Monday, September 20, 2021

Menu Lunch Hari Ini

Assalamualaikum...

Hi korang...

Selamat bekerja buat korang yang sedang bekerja..SA bekerja dari rumah hari ni...jadual kerja semalam dah confirm so minggu ni SA akan bekerja di office dari Selasa sampai Khamis..Isnin dan Jumaat SA dari rumah.So hari ni SA pagi- pagi dah gerak ke klinik..anak dara SA ni sakit telinga plak...sampai klinik doktor check takde masalah apa pun.gegendang cantik..taik telinga pun xde semua clear dan rupanya..ada kaitan dengan hidung dia dimana dia ni allergy habuk.so selalu mengalami hidung tersumbat dan bersin. Asal malam jer selsema..so doktor cakap hidung dan telinga adalah berkait.Dia nak refer doktor pakar. Tapi dia bagi makan ubat dan ubat spray dulu. tengok 2-3 hari ni macam mana. Klau masih berpanjangan dia kan keluarkan surat untuk refer doktor pakar di KPJ.

Balik dari klinik singgah Zemart kejap beli barang dapur..takde apa menarik..SA beli anak ikan selar kuning, anak bawal putih dan ikan Jepun je...hari ni masakan sekali lagi berasaskan ikan..dan sekali lagi guna kuasa veto SA..

Jom tengok apa SA masak...



Asam pedas ikan jepun


Ikan selar kuning dan ikan bawal kecik goreng biasa je


Sambal belacan pedas


Sayur kangkung celur,ulam timun jepun dan hirisan tomato

 

Alhamdulillah lepas Zuhur dan settle solat SA lunch. 

Then hadap kerja macam biasa. Dari awal pagi SA banyak dapat email untuk settlekan kerja. Ni sampai ke petang la ni....

12 comments:

  1. sambal belacan tu yang sedap tu.Hu3

    ReplyDelete
  2. Kangkung celur tu dengan sambal. Boleh berdengung makan. Tapi syok.

    ReplyDelete
  3. Aduhhh sedapnya menu akak... lapo trs

    ReplyDelete
  4. Ikan Jepun ikan apa ek? Dah biasa ke dapur pun, ni baru dengo ikan jepun SA.. jap nak google..

    ReplyDelete
  5. First time dengar ikan Jepun ni kak..dah google baru tau rupa ikan jepun. Pernah beli tapi nama tak tau apa, makan je la yang tau :D

    ReplyDelete
  6. Kawan ammi dulu pun mcm dania.. Hidung tersumbat pastu dia sibuk dok hembus nak keluarkan hingus. Pastu jadi sakit telinga sbb mcm tekanan kat telinga. Harap ubat yg doc bg tu berkesan lah.

    ReplyDelete
  7. menyelerakan menu-menu kak SA, bila tah saya nk cuba buat asam pedas ni..tak pernah lg cuba masak tau..

    ReplyDelete
  8. Kangkung cicah sambal belacan,ada ikan goreng...dah cukup bg akak

    ReplyDelete
  9. makan ikan goreng, sambal belacan dengan ulam celur pun dah berselera dah.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, nampak sedapnyer
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  11. Harapnya tak ada apa yang seriouslah dan ubat tu berkesan. Aaminnn...

    Ada lauk ikan goreng, sambal belacan dan ulam tu pun dah cukup dah.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......