Thursday, September 2, 2021

Menu Lunch Hari Ini, Asam Pedas Ikan Jepun

Assalamualaikum...

Hi korang...

Penatnya hari ni...ya allah x tau la nak kata macam mana penatnya...belik dari KPJ Seremban tadi SA terus pi pasar...Pasar Besar Seremban ye...tapi x leh masuk sebab SA x completa vaksin lagi kan. Punya la strict diorang ni sekarang...sebelum ni lepas je...sekarang susah nak lepas. SAa faham la untuk kebaikkan bersama...then SA bagi duit kat Pak Zain suruh dia je pergi beli..SA buatkan VC supaya SA boleh pilih apa yang nak beli...kelakar betul...kesian Pak Zain kena bawak hp dan vc kat dalam pasar tu...

So beli la kerang 2kg RM30, Lala 1.5kg RM18 dan ikan Jepun atau Ikan tauhu. beli 2 ekor RM15...then suruh Pak Zain beli sayur- sayur...itu je...cukup la tu...kerang tu nak buat sambal nasi lemak untuk sarapan esok pagi...Ikan Jepun tu SA teringat kat blog Kak Amie...katanya sedap..so SA nak cuba. Seriously memang x pernah makan dan SA google je orang pernah masak apa Ikan Jepun ni....ramai yang buat asam pedas so bahan semua ada..cuma takde bendi je...kalau ada bendi lagi sedap kot...psst...SA dah pandai masak asam pedas...alhamdulillah...dah x susah dah..kalau x memang suruh adik yang masakkan tak pun makan kat tempat lain...


Ikan Jepun masak Asam Pedas..


Ni la rupa ikan Jepun yang masak tadi...ni gambar google..cuma xde la besar macam ni dan kecik skit..tapi gemuk la..isi dia padat dan halus..


Sebenarnya nak masak sweet sour...dah nak masak baru perasan xde sos tomato...terus tukar ke paprik lala...SA suruh beli lala ni sebab nampak dalam video besar2 dan harga sekilo RM13...so beli la..last lagi pun...orang tu timbang tengok 1.5kg...


Goreng sayur sawi...

Syukur Alhamdulillah...rezeki hari ni....x sabar nak buat nasi lemak sambal kerang esok...cuma takde kacang tanah plak...kalau ada kan best...tgok la kalau Pak Zain nak tolong pi beli pagi esok..kat kedai atas tu pun ada rasanya kacang tanah..

Update check up SA hari ni...seperti yang SA jangkakan result x secantik yang diharapkan..

Red blood count > 488 ( sepatutnya x boleh lebih dari 400)
White blood count > 14.3 ( sepatutnya bawah 10)
Bad Cholestrol > 5.5 ( sepatutnya bawah 5.2)

Bacaan yang lain- lain semua perfect so doktor tengah nak siasat kenapa white blood count SA still tinggi sedangkan SA bukan sakit atau baru lepas sakit. Macam masalah ni berpanjangan...adakala turun adakala makin naik...bulan12 akan datang SA kena buat detail blood test sekali lagi. Sementara tu Doc mintak SA jaga pemakanan dan banyakkan bersenam. Yela kan..sebelum ni nak keluar bersenam pun x boleh kan..baru- baru ni je dah dibenarkan semula...so kena la SA mulakan semula aktiviti petang- petang jogging...so SA ada masa 3 bulan lagi...2 October nanti SA kena mengadap Doc semula dan dia nak tengok result lagi baik...kalau x dia nak start treatment ubat cairkan darah seumur hidup. Bahaya Red Blood count tinggi sebab ia boleh mengakibatkan salur darah tersumbat dan serangan jantung.itu yang sebolehnya nak dielakkan..

Seram plak SA dengar....

14 comments:

  1. Kt sini tak pernah jumpa lagi ikan jepun..tak tau la kut2 dipanggil dgn nama lain..

    ReplyDelete
  2. ikan jepun tu ikan apa eh?? first time gak tgk n tahu kewujudan nya hehehe
    Konpom la x pernah makan kan

    ReplyDelete
  3. Ikan Jepun tu orang tempatan di sini panggil ikan sulig. Arwah MIL suka ikan Jepun dibuat serunding. Isinya padat dan lembut.
    Rajin SA jaga kesihatan,dan sememangnyalah kita semua kena begitu kan SA.

    ReplyDelete
  4. Sedappnyaaa lala tuuu, lama tak makan sebab allergik tapi tetap makan jugak sekali sekala hehehehe. Sama dengan komen kak ret dan kak kamsiah, first time tengok ikan jepun hehehe

    ReplyDelete
  5. Tertarik pulak dengan ikan jepun ni, rasanya ikan ni kalau kat pulau macam tioman memang banyak sebab kalau snokling tu boleh nampak... cantik je nampak jinak tapi sukar nak ditangkap

    ReplyDelete
  6. Menu kita sama laa sis SA .. Ccl masak asam pedas ikan pari & goreng sayur sawi juga

    ReplyDelete
  7. Nampak macam manis isi ikan Jepun tu. Banyak tulang tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isi dia lembut, manis dan x banyak tulang..kalau ada pun tulang kecik2 kat bahagian tengah je...

      Delete
  8. Tak pernah makan lagi ikan Jepun. Pertana kali dengar namanya.

    ReplyDelete
  9. Pergi pasar syok dapat beli barang basah segar. Betul betul strict sekarang ni nak masuk premis kan. Semua result paras atas tu. Pasni boleh sambung brisk walk semula kak.

    ReplyDelete
  10. Allahu sedap menu2 ni kak SA, mahu menambah nasi ni hehee

    ReplyDelete
  11. Hai kak Amanda, semoga cepat pulih dan pemeriksan Checkup berikutnya bisa membaik hasil yaaa.

    Saya langsung sukaaaa liat ikan asam pedas yaaaa :D. Ya Allah mama sering buat dulu. Saya sebenarnya tak terlalu suka ikan, tapi ada bbrp ikan yg saya suka, dan kalo bumbunya pas, kayak di masak asam pedas nih, saya sukaaa. Krn rasa amisnya tak terlalu tercium :).

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah