Friday, September 3, 2021

Korang Rasa SA Gemuk Ke?

Assalamualaikum...

Hi korang...

Semalam kan SA jumpa doctor...siapa lagi kalau bukan Dato' Dr Marina yang kecik molek kat KPJ Seremban...lama gak borak dengan dia...eh..eh..dia komen SA sedikit gemuk dan memang SA akui since PKP3.0 ni berat badan SA memang naik 5kg....dari 58kg and now dah cecah 63kg. Suatu yang menakutkan dalam sejarah hidup SA...hahaha....

Seorang yang mencinti makanan macam SA ni memang susah nak tolak kalau bab makanan depan mata kan...lepas tu rajin plak terjebak dengan kawan- kawan yang update di media sosial...sebelum ni SA memang mengekalkan berat badan untuk dapatkan figure Hourglass body sebab SA kekadang pi kerja pakai skirt atau dress...so kalau dah berlemak sana sini memang x cantik la pakaian pejabat tu kan...macam mana nak dapatkan balik figure ni kena la SA rajin bersenam semula...sebelum ni kan x bleh keluar rumah...lepas ni semua dah ok...NS pun bakal bertukar ke Fasa 3 so banyak lah aktivit boleh buat kan....antara rajin dengan malas je...okey start hari ni SA nak pi jogging petang....Dania plak ada amsuk virtual run...SA pun join la jogging....



Kalau jauh x nampak la kan...hakikatnya.....


Perut sedikit moncit laaaa....


Korang rasa Rakyat Malaysia ni rajin bersenam tak?

Sebenarnya kan...Aktiviti fizikal merupakan satu amalan yang sangat baik dan amat digalakkan untuk mengekalkan kehidupan yang sihat daripada kebaikan bersenam.

Hakikatnya, badan manusia dipercayai dicipta untuk menjadi aktif. Badan yang tidak aktif cenderung untuk berdepan dengan kesan buruk seperti penambahan kolesterol dan lemak di dalam badan, otot menjadi lemah, saluran darah menjadi sempit dan tersumbat serta berkemungkinan untuk mengalami gangguan emosi.

Betul x? of course la akan mengalami gangguan emosi...tengok badan sendiri naik dan pakaian kegemaran kita tak muat seolah mengecil..padahal?Sendiri yang tak ingat untuk control pengambilan makanan. Kerap bersenam juga dipercayai dapat mencegah masalah tekanan darah tinggi, berat badan berlebihan dan obesiti serta boleh meningkatkan kesihatan mental dan kualiti kesihatan hidup secara keseluruhannya.

Namun, dikatakan sebahagian besar populasi dunia semakin kurang bersenam. Betul la tu...antaranya SA la...bila pi check up kang...insaf sekejap je...dihidangkan dengan makanan...lupa terus pesanan doktor sampai la tarikh berjumpa doktor semula....sedih perangai macam ni...kan?

16 comments:

  1. Teringat dulu2 SA suka aktiviti hiking..huhu lasak time tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak...masa tu blom PKP 2.0 dan 3.0... lepas tu dah ad larangan kan...tu sebab semua plan postpone...kalau x bulan ni SA dah naik Kinabalu dah

      Delete
  2. Saya selalunya kawal pemakanan je untuk turunkan berat badan. Kalau tak minum air manis dan makan makanan berasaskan sup, memang cepat turun berat badan.

    ReplyDelete
  3. duduk rumah ni memang berat badan bertambah, saya sendiri terkejut tengok berat sendiri..haha

    ReplyDelete
  4. Rasanya PC salah seorang rakyat Malaysia yang kurang bersenam la kak. Aduh. Kena ubah dan berubah ni.

    ReplyDelete
  5. kalau tgk no tu mmg naik tu kak tp kalau tgk gambar ssh sikit nk ckp.. sbb ada org bila dpn² eh dlm gambar nmpk besar tp real kecik je rupanya... haaa gitu.. hehehehe

    ReplyDelete
  6. komen saya seperti dalam gambar kedua. Aci tak? hihi..susah nak bendung pengaruh makanan di medsos. Kena tutup pasni kalau lalulalang. Tapikan kalau kita dah biasa aktif ni dan banyak kalori dibakar rasa tak risau makan banyak.

    ReplyDelete
  7. Rabia dulu berat 45 kg jeeeee
    Sekarang 52 kg
    Hurmmm
    Kena kuruskan badan ni
    So kelmarin rabia main badminton la .
    Keluarkan peluh

    ReplyDelete
  8. Wak tak pernh bersenam
    Tapi hari2 banting tulang

    ReplyDelete
  9. Cinta makanan tak salah SA... jangan cinta makan. Ikut gaya Tun Mahathir, kalau rasa sedap, berhenti makan hahahahaa!

    ReplyDelete
  10. Tak nampak gemuk pun SA. Tapi kalau timbang angka dah bertambah tu mksudnya memang kena exercise lah sebab penimbang tak menipu. haha..

    ReplyDelete
  11. Bagi saya, kalau BMI normal, okey je. Saya tergolong dalam kalangan rakyat Malaysia yang malas bersenam hehehe.

    ReplyDelete
  12. soalan ke ulasan ni kak SA hahaaa..xpe kak SA harungilah kehidupan dgn gembira ya..gemuk sng hati no problem kak SA :) tp bg shida xla gemuk kak SA kalau nk banding shida ni..^^

    ReplyDelete
  13. makanan dgn kita mmg tak boleh dipisahkan.. hehe, akak cntik jela.. x gemuk pun.. just nice!

    ReplyDelete
  14. Ini case semua orang saat pandemic laah :D. Sebelumnya berat badan saya stabil, susah naik malah. Tapi sejak pandemic, dan terkurung di rumah, wassalam lah kak, beratpun naik 4 kg, dan susaaaaaaah nak turunkan :(.

    Sekarang nih saya diet, tak makan nasi. Jadi saya tukar dengan kentang di rebus. Awal2 tak suka pasti. Tap lama2 terbiasa, walopuuuun saya ada cheating day seminggu sekali, di mana saat itu boleh makan nasi hahahah .

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......