Saturday, September 11, 2021

Ikan Susu Masak Lemak Cili Api Campur Mangga Muda

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni memang SA lepak betul..lepak yang betul- betul lepak sampai malas nak bangun. Nak tido mata x mahu lelap pula...tengahari SA masak..bahan- bahan semua dah siap awal...Pak Zain hari ni beli ikan susu seekor..cadangnya nak bakar atau panggang macam yang kak amie selalu buat. Tak pun masak singgang ke kan? Tapi Mak plak x nak...masak lemak cili api aje la Along...katanya...campur mangga muda...SA menurut perintah masak la ikut selera Mak Pah. Lepas tu sayur plak SA masak Kailan ikan masin...anak dara tu suka kailan ikan masin...so..layankan aje...cadangnya nak tambah satu lauk lagi...tapi ada lauk sup ayam kampung semalam x habis lagi...so jangan membazir masak itu aje....



Ikan Susu masak lemak cili api campur mangga muda



Sayur Kailan Ikan Masin
 

Cukup la 2 jenis lauk...ada left over sup ayam kan...malam ni pun masih makan lauk yang sama..kejap lagi SA nak goreng telur dadar ngan ikan masin bulu ayam la...bagi selera makan skit..SA masak lauk ikan tu x banyak..4 ketul je..2 ketul untuk tengahari dan 2 ketul untuk makan malam...kang kalau masak banyak- banyak x habis...

SA ada kerja review nak kena buat...nasib baik review kat IG je...malas pulak nak ambil gambar...esok la..banyak lagi masa...kan? deadline 16hb..SA pun pelik PR ni mana ntah dapat nama SA..dia approach kat IG...SA terima je la..sebab dah sendu- sendu ni...orang bagi job amik je...hehehe....esok la SA settlekan...macam malas plak nak buat hari ni....

7 comments:

  1. Waahh first time lah tengok masakan cili padi tambah mangga muda

    Tahniah SA! Chaiyok2 semoga dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
  2. Ikan susu? ya allah..akak ni jenis tak kenal ikan. tau ikan yg biasa akak makan je.

    ReplyDelete
  3. SA.. nanti Kak Amie pun nak cubalah juga ikan susu masak lemak cili api dengan mangga.

    ReplyDelete
  4. Selamat berhujung minggu kak SA. Ya betul,amik aja job asalkan bukan yang aneh-aneh. Hihi

    ReplyDelete
  5. Tak pernah cuba lagi tambahkan mangga muda dalam masak lemak cili api.

    ReplyDelete
  6. Nampak sgt keluarga kak SA pemakan Ikan..semua jenis ikan ada dan muncul dlm masakan kak SA..tp saya xkenal pun hahaaa maafkan saya ^_^

    ReplyDelete
  7. Sebagai tukang masak, kita ikutkan je lah selera yang lain. Nanti masak lain tak selera makan, kita pulak susah hati. Hihi...
    Sekali masak banyak senang malam tak payah masak tambah tambah lauk sikit je. Kecur tengok campur mangga tu ha.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......