Monday, September 6, 2021

Hidangan Tengahari Ahad

Assalamualaikum..

Hi korang...

Semalam SA bagi laluan untuk entry GA birthday Dania aje. Sebenarnya semalam lebih pada nak rehat sebab hari ni kerja kat office sampai Khamis kan...semalam cuaca sejuk betul. Bila dah sejuk jadi malas nak buat apa pun...sebab tu tak up pun menu tengahari semalam. Sebut kisah menu semalam, Mak Pah ada beli buah rambai. Dia beli semata- mata nak dapatkan kulit rambai tu untuk dimasak dengan ikan. SA rasa la buah rambai tu masam mencocoh. Belum cukup masak orang dah jual..ye la kat NS ni kebanyakkan orang tua- tua suka masukkan kulit rambai ni dalam masak lemak cili padi ikan. Especially ikan sungai. Guna ikan laut pun boleh.


Buah Rambai pun dah mahal sekarang. tak ada yang murah dh...


Kulit rambai di asingkan dari isinya, basuh dan rebus seketika


Hasil setelah dicampurkan dalam masakan...Mak Pah campur dalam Masak Lemak Cili Api Ikan Pelaling.

SA up lauk kat bawah ni untuk Dania. Dania ni kalau yang pelik- pelik dia x makan..


Sambal Sotong


Ikan talapia goreng...makan cicah budu...sedap....


Buah orange dan nenas muda..nenas tu konon nak makan cicah kicap cili...risau gastrik plak..

 
Itu aje la menu lunch semalam...Mak Pah sedap makan...SA makan lauk sotong ngan ikan goreng yang cicah ngan budu..sedap la makan...tapi xde la makan bertambah...ntah kenapa badan penat sangat..selera pun jadi celaru..


14 comments:

  1. Oooo kita br tau kulit rambai buat lauk dlm lemak cili api.. Hehehe x pernah plk nmpk arwah mak kita masak hehe..

    ReplyDelete
  2. lama tk mkn buah rambai..tkpernh lg makan menu letak kulit buah rambai

    ReplyDelete
  3. lama tak makan sayur kulit rambai. kecik-kecik duduk dengan nenek so selalu jugak makan

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi masukkan kulit buah rambai dalam masakan.

    ReplyDelete
  5. Dulu2 arwah mak suka sgt boh kulit rambai bila masak lemak ilan haruan ke. Ikan keli ka...alahai sedap la pulak bila teringat

    ReplyDelete
  6. Sedap-sedap semuanya SA.
    Dah bertahun tak rasa masak lemak kulit rambai.
    Ikan talapia goreng tu.... aduhai! Terlir Kak Amie tau.

    ReplyDelete
  7. susah nak cari rambai skrg. saya tak penah mkn lagi tahun ni

    ReplyDelete
  8. Pernah makan sekali orang Indo masak kat rumah kongsi lepas tu bagi rasa. Lupa dah masak apa namanya..
    Dah lama tak jumpa buah rambai.

    ReplyDelete
  9. Baru kenal kulit rambai
    Kawan rabia hari tu dia cakap nak masak lauk kulit rambai rabia tak kenal kulit rambai tu mcm mana. Tgk entry blog akak bru rabia kenal

    ReplyDelete
  10. teringin nak rasa gulai kulit rambai tu... mcm sedap jer

    ReplyDelete
  11. Lama tak makan buah rambai. Masa kecik2, boleh petik je dari pokok.

    ReplyDelete
  12. Tak pernah lagi makan masakan kulit rambai

    ReplyDelete
  13. Kulit buah rambai pun boleh dibuat lauk eh.. Hehe, baru tau.

    ReplyDelete
  14. Sekarang ni buah buahan pun dah mahal harganya. Tak pernah cuba kulit rambai campur cili api. Suka gak makan rambai. Lupa pulak nak membelek kedai tepi jalan pilah tu balik haritu.
    Ikan talapia goreng sedapnya goreng garing. Agaknya dah penat, kurang selera makan kot kak.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......