Thursday, September 30, 2021

Giveaway Cipta Sajak Sempena Ulangtahun Kelahiran Ainnul Dania Huda

GIVEAWAY TAMAT


Assalamualaikum..

Hi korang...

September datang lagi..25 September 2021 merupakan ulangtahun kelahiran satu- satunya harta SA dunia dan akhirat. Ulangtahun genap ke 17 tahun usia Dania. Sekejap aje masa berlalu kan..untuk itu sempena ulangtahun Dania ni SA nak organise Giveaway dan pemenangnya nanti akan dipilih sendiri oleh Dania. Rasanya tak pernah lagi ada yang buat giveaway cipta sajak ni kan...idea ni datang dari Dania sendiri. 

Jom tengok syarat- syarat yang disediakan..


 
Syarat-syarat penyertaan :

  1. Follow blog Suriaamanda 
  2. Follow Instagram SA ( Klik Sini)
  3. Follow Facebook SA ( Klik Sini
  4. Copy and paste banner di atas. Buat entri "Giveaway Cipta Sajak Sempena Ulangtahun Kelahiran Ainnul Dania Huda"
  5. Komen link penyertaan di komen di bawah.
  6. Pemenang akan dipilih oleh Dania berdasarkan sajak yang berjaya memikat hatinya
  7. Sajak perlulah berkaitan tentang Dania dan dunia pembelajaran dia
  8. 3 orang Pemenang di cari untuk giveaway ini
  9. 10  penyertaan SA akan masukkan dalam Bloglist Ahli- Ahli Mesyuarat Tingkap di sidebar (Guna Random.org)
  10. Tarikh penyertaan :  5 September 2021 - 30 September 2021 (Pengumuman pada 1 Oktober 2021)
3 Hadiah yang bakal disediakan adalah dari Shein Malaysia.

All The Best Buat Semua!!!!

Lunch Mat Rock Ayam Goreng Kunyit

Assalamualaikum...

Hi korang...

Dah makan ke?

SA tengah makan ni...sambil makan sambil menung...menung sebab pedas..nasib la diasingkan sambal tu siap2..kalau campur mau meleleh air hidung...sblom ni SA pernah share Mat Rock Ayam Goreng Kunyit ni..2017 kalau x salah....punya la lama x order..ke ada order tapi x share...hahaha....ye la x kan nak share selalu kan...nanti orang boring....kena dengan tagline dia  "Makan Sampai Berpeluh"..memang betul korang...peluh-peluh dahi and berair mata ngan air hidung...pedas gilos....

Jom tengok gambar...



Korang bleh scan bar code kalau nak order ye


SA amik Supreme which is ada ayam, daging, sotong dan udang...
 

Semua pun suka Mat Rock Nasi Ayam Kunyit tu..korang area Lembah Klang boleh la order...ada banyak pilihan, Ayam, Daging, Udang dan Sotong...harga mengikut harga semasa bahan basah rasanya....kalau korang nak cuba boleh la order...eh takde plak no phone...so kena scan barcode tu eh...
mana tau korang tengah mencari online food yang value for money kan...boleh la cuba..

Masalah Alahan Hama

Assalamualaikum..

Hi korang..

Korang pernah ada masalah allergy habuk? ikutkan ianya hanya simple aje kan...tetapi jangan pandang remeh ye. Allergy habuk juga membahayakan especially melibatkan hidung dan telinga. Ini yang terjadi kepada Dania baru- baru ni dimana dia ada masalah allergy habuk dan hama. Bila allergy nyer sampai mulalah dia terbersin kerap dan menghadapi tekanan pada telinga. Akibatnya telinga Dania berdengung macam masuk air. Bila bawak jumpa doktor telinga dia takde masalah tetapi hidungnya yang bermasalah. pelik kan? telinga berdengung menyebabkan dia kurang dengar. Rupa-rupanya akibat tekanan dari hidung. Kesin dia bila kurang selesa beberapa hari...

Kat bawah ni SA sharekan sedikit info yang SA dapat untuk korang ambil tahu tentang bahayanya alahan hama ini.



Gambar dari google.com

Alahan hama adalah tindak balas alergi terhadap pepijat kecil yang biasanya hidup dalam habuk debu rumah. Tanda-tanda alahan hama termasuk yang menyerupai demam hay, seperti bersin dan hidung berair.

Ramai orang yang mengalami alahan hama atau habuk juga mengalami tanda-tanda asma, seperti nafas berbunyi dan kesukaran bernafas.

Definisi

Hama, iaitu species yang terdekat dengan kutu dan labah-labah, terlalu kecil untuk dilihat tanpa mikroskop. Hama habuk memakan sel-sel kulit manusia yang gugur, dan mereka tumbuh dengan baik dalam persekitaran yang hangat dan lembap.

Dalam kebanyakan rumah, barangan seperti tempat tidur, perabot dan permaidani menyediakan persekitaran yang sesuai untuk hama.



Gambaran rupa bentuk hama dari google.com

Apakah kebarangkalian penyakit ini?

Habuk hama – kadang-kadang dipanggil hama katil atau hama habuk adalah penyebab alahan yang paling umum dari habuk rumah.

Orang-orang dengan alahan hama sering menderita paling banyak di dalam rumah mereka sendiri atau di rumah orang lain. 

Sila rujuk dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.



Gambaran hama dari google.com

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptomnya?

Antara gejala biasa untuk alahan hama adalah:

  1. Bersin.
  2. Hidung berair.
  3. Gatal, mata merah atau berair.
  4. Hidung tersumbat.
  5. Gatal hidung, lelangit atau tekak.
  6. Titisan postnasal.
  7. Batuk.
  8. Rasa sakit dan tekanan pada muka.
  9. Bengkak, kulit berwarna biru di bawah mata.
  10. Untuk kanak-kanak, kerap menggosok hidung.

Sekiranya alahan hama anda menyumbang kepada asma, anda juga mungkin mengalami:

  1. Kesukaran bernafas.
  2. Kesesakan dada atau kesakitan.
  3. Siulan atau mengeluarkan bunyi apabila menghembuskan nafas.
  4. Masalah tidur yang disebabkan oleh sesak nafas, batuk atau berdehit.
  5. Batuk atau berdehit yang bertambah buruk disebabkan oleh virus pernafasan seperti selesema.


Terdapat banyak faktor risiko untuk alahan hama, seperti:
  1. Mempunyai sejarah keluarga dengan alahan. Anda lebih cenderung untuk mempunyai sensitiviti pada hama jika beberapa ahli keluarga anda juga mempunyai alahan.
  2. Pendedahan kepada hama habuk. Pendedahan dengan paras hama yang tinggi, terutama pada awal kehidupan, meningkatkan risiko anda.
  3. Seorang kanak-kanak atau orang dewasa yang muda. Anda lebih cenderung untuk mendapat alahan hama semasa kanak-kanak atau awal dewasa.

Hama alahan boleh berkisar dari tahap yang ringan hingga teruk. Kes alahan hama yang ringan boleh menyebabkan hidung tersumbat, mata berair dan bersin.

Dalam kes-kes yang teruk, keadaan mungkin berterusan (kronik), menyebabkan bersin berseteru, batuk, kesesakan hidung, tekanan pada muka atau serangan asma yang teruk.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Jangan ambil mudah atau pandang remeh dengan masalah ini ye?Ianya akan menjadi lebih teruk sekiranya tidak dirawat.

Hasil Mini Kebun Pak Zain

Assalamualaikum...

Hi korang...

Khamis dh kan ...sekejap je masa berlalu...SA dalam perjalanan ke KL macam biasa, macam yg SA mentioned sebelum ni...patut hari ni SA bekerja dari rumah tapi memandangkan 2 hari SA training makanya kena la tolerate sikit ..selain task biasa SA kat office, SA kena buat filing document yang ditinggalkan oleh staff yg resign...banyak giler kot dan ada banyak project2 lama punya document. Nak buang x boleh and kena tubggu 5-7 tahun akan datang ..baru boleh dilupuskan....

Pagi Ahad ke pagi Sabtu SA pungut hasil tanaman Pak Zain kat depan rumah...ada la sikit...sekarang Pak Zain tengah semai benih bayam dan dah nampak tumbuh subur dh....x sabar nak tengok ianya besar dan dialihkan . SA sempat petik cili api...pucuk ubi dan ambil serai paha ayam...geram tau...semuanya menjadi



Cili api yg x tau jenis apa...pedas yarabbi


Pucuk Ubi...sedap masak dengan daging salai...


Serai paha ayam katanya..x tau la...SA ambil je...Wak Warisan Petani tau la ni...

 

SA ada order rak untuk letak pasu bunga nanti ..cadangnya nak cuba tanam bunga plak, suka tengok rumah Dana  Miswan yang banyak bunga rose..mesti buka pintu wangi je....sekali Pak Zain hijack..katanya jangan nak mengada tanam bunga..bukan boleh makan...x payah la tanam2 bunga ni.. eeeeee...sedih tau ..ah SA x kira...sampai nanti rak bunga tu SA nak jugak beli bunga..x dapat bunga rose SA nak beli pokok keladi yang tengah trending sekarang....biarlah Pak Zain nak marah ke apa...pas tu nak beli rose jepun jenis yang gantung tu...leh gantung kat awning rumah....anak-anak buah semua dh besar sure diorang x usik punya pokok bunga tu kan....rumah SA mmg xde pokok bunga...banyak pokok sayur je...sesekali ubah x per kot kan? 

Wednesday, September 29, 2021

Lunch Makan Hot & Roll Aje...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni SA x bawak bekal...baru elok demam cuma badan x berapa sedap makanya vitamin M tu menguasai diri..padahal ada je lauk yg SA frozenkan dalam fridge..Asam pedas melaka pemberian jiran sebelah..dia bagi sekeping ikan nyok- nyok..SA dah rasa dah asam pedas dia..sedap...orang lain x nak makan so SA frozenkan konon nak bawak pi opis..sudahnya....x bawak..sampai opis baru teringat...esok plak dah order makanan lain...Jumaat plak dah jani dengan kawan nak pi beli Yong Tau Foo kat medan selera KL Sentral...alaaaa.....bawak je la esok pi opis...simpan dalam fridge office kan...

So hari ni...memandangkan x sedap tekak, so SA pergi beli Hot& Roll..makan tu je la...




SA punya yang chicken slice tu...and guna roti pratha je..


Ni order org lain...besar portion ni...



Ni yang SA order


Apesal x sama macam dalam gambar atas tu erk...hahahah


Kenyang ke?
Kenyang je..sampai ke petang....ntah tekak SA ni x sedap...pas tu tonsil rasa macam sakit..sebelah kanan...dengan ekon office yang sejuk giler...terus rasa macam nak demam semula...sabar je la....balik kerja ni malam kang kena la makan ubat lagi...ye la..baru cucuk 2nd dose kan...antibody masih miserable...kena la hadap...another 11 days to go....hahaha...menghitung hari....

Simple 17th Birthday Celebration For Dania

Assalamualaikum..

Hi korang..

Simple jer sambutan birthday Dania tahun ni. Dia tak suka sambut besar- besar. Selalunya birthday dia kami yang sediakan hadiah..tapi sebab tak dapat pi beli hadiah so hadiah hold dulu. So nak dijadikan cerita petang sabtu dia mintak Sa duit..nak beli barang- barang nak buat aktiviti dengan adik- adik sepupu dia masa Ahad tu nanti...pas tu dia beli la botol air kat kedai RM2 tu dan jadikan hadiah...siap ada mug sekali...alasan dia nak buat aktiviti sebab dia x nak adik- adik sepupu dia asyik main handphone je...gasak la disitu...macam- macam entry la yang diorang buat...yang tu SA share entry lain eh...So pagi tu SA tolong mak masak pulut dan rendang ayam..ada buat doa selamat skit untuk adik bongsu satu family yang dah bebas dari Covid 19, dan sempena  Dania khatam Al-Quran. So pulut dan rendang  tu kami sedekahkan kat jiran- jiran...

Jom tengok gambar



Pulut kuning memang sinonim untuk majlis doa selamat kan?


Gambar rendang terjerang je ada.yang dah siap x sempat nak snap

Kat bawah ni plak bahan-bahn laksa








Laksa SA kali ni sedap sangat kata Dania...berulang- ulang kali dia repeat makan sepanjang hari..


Dah siap letak dalam container...


Rendang masak 3 ekor x cukup..hahaha...






Ada yang sedekah roti jala jelita...terima kasih biras adik SA


Aydan!!!atuk baca doa awak korek hidung eh?


Sidia yang di raikan...pakai  kaftan hitam pemberian kawan mama


Kita wefie...mama dah penat sangat masa ni


Bertuah ni tak reti duduk diam


Potong cake...


Cake pun ada kawan mama sponsor..thank you uncle 












First time makan kek dark choc...rich of choc dan memang sedap 




Satay Daging


Satay kambing


Satay ayam


Alhamdulillah..selesai semuanya...lepas makan tu...diorang semua sambung buat aktiviti kat luar rumah...ada mini sukaneka kat depan...dengan macam- macam acara...baling2 belon isi air la...cari gula dalam tepung la...ehhh...macam- macam la...nanti part tu SA cerita lain ye....meriah rumah SA sampai malam tu...malam SA order plak lagi satay dan jamu diorang...dah penat- penat sukaria petang tu semua penat kan...tapi tu la..beli banyak-banyak rupanya budak- budak tu x makan satay sama la macam kakak Dania. Dia memang x makan satay...x faham la kenapa diorang x suka...yang habis cepat malam tu satay kambing je..yang lain..diorang bahagi2 bawak balik...hahaha...

Settle sudah birthday kakak Dania...lepas ni tahun depan x perlu nak buat birthday celebration katanya..dia dah besar...so birthday dia tahun depan makan kat luar pun dah ok katanya..kalau la boleh makan kat luar dan kalau lah pandemic dan wabak semua ni hilang....Dania kata semua ok birthday dia tahun ni...cuma satu je kurang...takde sessi buka hadiah...ye la...dh tentu- tentu takde..mama pun x belikan lagi hadiah...nanti la...lepas habis pantang vaksin mama cari lah hadiah untuk awak..huhu...perli la tu...

Majlis Khatam Al-Quran Ainnul Dania Huda

Assalamualaikum...

Hi korang..

Jom la kita cerita part Majlis Khatam Al-Quran Dania Sabtu lepas...takde la buat majlis apa pun...kalau dulu- dulu majlis khatam Al-Quran besar- besaran masa majlis nikah kan...SA pernah tengok makcik2 SA buat majlis khatam ni time nikah...cuma zaman dan moden ni jarang la diadakan..kalau ada pun maybe di perkampungan yang masih mengamalkan adat istiadat yang kuat. tak mustahil kan.Ikutkan Khatam Al-Quran ni nak buat Ahad. Macam yang SA cakap sebelum ni nak buat time petang Ahad tu...then terus je sambut birthday Dania. Tapi Naluri seorang Atuk kan...kuat mengatakan Ahad tu nanti mesti dia akan uzur datang bulan. Cumanya tak pun...ye la orang tua kan...lebih pada berhati- hati dan dia pun kuat nak khatamkan Dania. Kira Khatam Guru la katanya..so settle dah satu bab. Sekarang Dania repeat baca Al-Quran lagi...selepas khatam kali pertama...

jom tengok gambar...





















Ada SA rakamkan video untuk dia...nanti lepas SA share kat youtube nanti SA akan update kat sini eh...nak letak direct besar sangat plak filenya...so..kemudian la SA update kat sini nanti ye...

Syukur alhamdulillah...sebahagian tanggungjawab SA sebagai mama dah settle...semoga akan datang Dania akan terus berjaya dunia dan akhirat dan megejar cita- citanya...semoga menjadi anak yang berguna dan membahagiakan SA. Semoga Dania terus menimba ilmu ke menara gading...amin....