Sunday, August 15, 2021

Virtual Farewell Mohd Asraf Hamdan Mustafa

Assalamualaikum..

Hi  korang...

Bila dah lama dalam satu team....tiba- tiba salah seorang ucapkan selamat tinggal kerana meneruskan kelangsungan kerjaya di company lain, perasaaan sedih tu tetap ada...last Friday kami adakan virtual farewell untuk Mohd Asraf iaitu salah seorang Senior Manager kami...antara rakan sekerja yang baik, rajin dan tak pernah berkira...SA kenal Asraf masa SA dalam team Green Technology Initiative tahun 2013. Memang kami rapat...selalu bekerjasama...pernah terpisah division beberapa kali...dan akhirnya bersatu kembali dalam division yang sama...

Suasana sedih dan hiba masa virtual farewell ni...masing- masing throwback kebaikkan dan kenangan serta pengalaman bekerjasama dengan Asraf...Asraf tak terkeluar kata-kata kerana sebak...SA bila tengok macam tu laju je airmata...tapi alha mdulillah bila turn SA sampai...SA boleh kawal perasaan SA x macam masa farewell Aernie bulan lepas. Apapun...ini keputusan Asraf....Asraf buat yang terbaik untuk perjalanan kerjaya beliau kan...harapan SA agar Asraf terus success di luar sana....



Sebelah kiri Big Boss dan kanan Asraf...masa ni Asraf terkedu x boleh berkata- kata...


Hari last Asraf...bergambar dengan mereka yang ada kat opis...


Tag yang last Asraf...Goodbye


All the best Asraf..keep in touch..semoga Asraf terus maju dalam membina kerjaya....jangan lupa kami...ada masa nanti kita lepak- lepak minum kat luar...bila segala pandemic ni berakhir...kita buat farewell betul- betul.....

Goodbye Asraf.......


11 comments:

  1. Hiba rasa bila rakan sekerja berganjak ke tempat baru, moga lebih baik dan success dia di tempat baru.

    ReplyDelete
  2. Tak suka dan tak best perasaan berpisah dengan kawan-kawan yang dah lama sama-sama bekerja. lagi kalau memang ngam dan tidak ada apa-apa masalahkan.

    ReplyDelete
  3. Good luck utk kawan Kak SA. Bila kena berpisah macam ni sedih sayu je hati tpi utk career dev kan..

    ReplyDelete
  4. time2 covid pkp ni,ramai gak staf dept bertukar2....
    tak tau la sbb diorang dah bosan kat dept skrg or mmg saja nk cr life baru hahaha :D
    bila bersilih ganti staf ni, silap hb naik keje sok mmg dah x kenal staf2 kat dept hehehe sebab byk muka2 baru

    ReplyDelete
  5. Mesti sedih kann bila kawan dah pindah company ni kan kak SA.
    Btw all the best kawan kak SA.

    ReplyDelete
  6. emm sedih kalau bab perpisahan ni.. office mate busyra pun baru keluar dapat kerja baru.. huhu

    ReplyDelete
  7. Good luck Asyraf.
    Sedihnya perpisahan. Julai lalu 2 orang rakan Kak Amie pindah ke Malaya. Hari Sabtu lepas, seorang lagi rakan sekerja bersara!

    ReplyDelete
  8. cedih kan? ayu next week tukar bos, dpt bos baru lagi..suspen bila nak tukar bos. dah selesa dah dgn lady bos....now dpt bos lelaki balik.. harap2 ok la. aamiin...

    ReplyDelete
  9. Moment perpisahan memang menyedihkan. Lagilah dah lama bekerja sama. Moga bertemu lagi di lain kali.

    ReplyDelete
  10. sedih kan.. tp lg sedih sbb virtual farewell je. huhu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah