Assalamualaikum...
Hi korang
Bab Tupperware ni memang la menjadi kegilaan kaum wanita kan..termasuk lah SA ni ha yang entah macam mana boleh terjebak main kutu tupperware dengan adik SA dan jugak kawan- kawan office dia. Selama 4 bulan kami main kutu dan SA dah dapat dah tupperware giliran SA, rasa macam mak- mak sangat ni main kutu tupperware..punya lah seronok...tapi jangan tak percaya...dah banyak dah barangan tupperware SA yang pegi tak kembali.Selalunya disebabkan pinjam la..sebab adik- adik nak balik xde tupperware kan...selalu x bawak balik semula ke rumah ni...ada sekali tu bekas tupperware SA hilang kat opis...SA bawak bekal, dah maka dan keringkan letak kat pantry..x lama lepas tu hilang...moralnya...lepas cuci kena amik letak kat workstation semula...
Sebelum tu SA nak share sikit info tentang Tupperware yang dah lama bertapak di dunia ni...SA tak lahir lagi pun dah wujud dah produk ni...
Ditubuhkan 1948 di Orlando, Florida
Pengasas Earl Tupper
Tupperware ialah jenama produk rumah yang merangkumi penyediaan, penyimpanan, pembendungan, dan produk untuk dapur. Ia juga termasuk bekas plastik yang digunakan untuk menyimpan barangan dan / atau makanan. Pada tahun 1942, Earl Tupper mengembangkan bekas berbentuk loceng pertama; Produk jenama diperkenalkan kepada orang ramai pada tahun 1948.
Tupperware mengembangkan, mengeluarkan dan mengedarkan produknya sebagai anak syarikat milik penuh syarikat induknya Tupperware Brands. Ia dipasarkan dengan cara kira-kira 1.9 juta jurujual langsung dengan kontrak
Jom tengok paras rupa tupperware SA....cantik uiiiii....pepel kaler lagi....semua adik beradik SA ada set yang sama...lepa ni kena letak nama la..jangan bertukar plak nanti...masing- masing guna la kat rumah masing- masing kan....
Eh..eh...ada plak yang berkenan sampai cakap...cantiknyaaaa...kalau jadi bekas tempoyak Abah lagi cantik ni kan? haaaa....memang tak laaaa...x dapek nak nolongnya....mahal ni...RM170 lebih satu set ni...siap main kutu. Tiba- tiba nak jadi bekas tempoyak plak...tempoyak tu duduk dalam botol je dah cukup dah....pening arrr........haishhh.....kena sorok betul- betul ni....kang ada yang selamba guna....
Lepas ni x tau la main kutu set apa plak...this month last dan adik bongsu SA punya turn....
Berkenan jugaklah Mrs. A tengok so cantik hehehee...
ReplyDeleteAdoi!!! comel la Abah SA nak buat bekas tempoyak ha!
Cantik warnanya. Produk tuppwerware ni ekslusif. Harga pun ekslusif sangat. Tengok kotak lawa pun dah mahal dah. Hihi..Sebelum ni pernah nampak warna merah. Warna purple pun cantik. Kalau buat letak tempoyak, entah bila nak hilang bau dia. Hihi
ReplyDeletecantik, saya suka warna dia tu!
ReplyDeleteKak Amie pun gila tupperware. Selalu beli, sampai tak tahu di mana nak simpan sebab tak cukup ruang. Hai...inilah kegilaan kita ye SA.
ReplyDeletecantiknya warna dia..memang sayang lah nak buat letak tempoyak. hihi
ReplyDeletePenuhlah kabinet dengan Tupperware. Jangan ada tudungnya hilang sudah. Hihi
ReplyDelete