Tuesday, August 10, 2021

Terkesan Dengan Pemergian Arwah Siti Sarah, Masak Ini Aje...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Semalam SA kurang post entry kat blog , tak macam sebelum- sebelum ni...SA rasa terkesan sangat dengan pemergian Allahyarhamah Siti Sarah. Tak tau kenapa SA terasa sangat sedangkan dia hanya bintang seni. Mungkin sebab kebaikkan allahyarhamah sebelum ni dan SA sangat suka dengan kesederhanaan yang arwah tampilkan dengan Shuib..suka tengok mereka berkasih sayang dan jujur SA sangat sedih memikirkan nasib anak- anak arwah.

Lupakan seketika pemergian arwah yang insyaallah husnul khatimah tu...kehidupan kita yang lain perlu diteruskan...SA baru kebah demam, baru sihat...tapi masih teruskan memasak macam biasa...hari ni masak simple 3 lauk ni aje...sebelum ni beli lauk termasuk semalam. hajat nak amik gambar tapi mood tu takde...hilang terus...sebab tu SA mendiamkan diri semalam...di IG dan FB pun SA senyap...malam pun SA hanya layan Netflix.

Jom tengok apa yang SA masak hari ni


Sayur kangkung goreng ikan masin


Ayam masak lemak cili api campur kentang dan serai


Ikan masin bulu ayam terlebih garing...termenung sekejap tadi..nasib x hangus....


Sebenarnya rata- rata ramai yang terkesan kan...ramai yang hilang mood...syukur pemergian arwah membuka banyak mata yang wabak ini sebenarnya real...ye kawan- kawan...covid is real...hari ni SA terima jugak berita suami adik bongsu SA positive covid 19 walaupun dah lengkap 2 dose vaksin. SA diserang panic attack..SA dah pecahkan 2 pinggan tadi masa kat dapur sebab terlalu risau...terbayang Opick dan Tiara. Adik bongsu pun...allah..dugaan apa yang datang lagi...Adik ipar SA positive yang tak bergejala. Hanya demam dan oksigen pun ok 99%. Harap adik ipar kuat semangat untuk melawan Covid ni...


17 comments:

  1. AllahuAkbar, semoga adik ipar SA kembali sembuh dan kuat melawan penyakit amin..

    ReplyDelete
  2. Semoga diberikan kesembuhan kepada keluarga adik Kak SA.

    ReplyDelete
  3. Tidak dinafikan permergian arwah siti sarah sebenarnya memberi kesan dan sedikit banyak membuka minda kepada masyarakat malaysia untuk sedar bahawa covid 19 adalah real dan bukan agenda. Social media pun penuh dengan video video beliau. Begitu banyak kebaikkan yang arwah telah lakukan. Sama - sama kita juga beramal selagi masih hidup.

    ReplyDelete
  4. Semoga adik ipar SA dan anak2 semua akan kembali sihat mcm biasa... Insyallah jgn risau kita doa moga2 kesan covid kat adik ipar tu x serius sbb dia dh dpt vaksin kan

    ReplyDelete
  5. Semoga adik ipar Kak SA cepat sembuh.

    ReplyDelete
  6. Pemergian yang dicemburui. Satu per satu kan kebaikan arwah orang tunjuk. Allahuakbar. Kalau bukak ig artis-artis malaysia memang semuanya ada post mengenai berita arwah. Pengakhiran yang sangat baik.

    Semoga syura buat Siti Sarah

    Allah. Semoga cepat smebuh juga kepada adik ipar kak.

    ReplyDelete
  7. C19 itu benar
    Semoga kita dijauhi daripada jangkitannya

    ReplyDelete
  8. Saya jarang makan ikan kering/masin tapi kalau makan memang menambah selera.

    ReplyDelete
  9. ramai yg terkesan dgn pemergian siti sarah ni kan.. semoga syurga buatnya. alfatihah

    ReplyDelete
  10. walaupun tak pernah bersua muka dgn nya
    tapi hati ni masih sayu

    ReplyDelete
  11. Kan SA, dua hari lepas ni mood down gilerr.. satunya tak percaya, satu lagi mungkin sifat keibuan kita.. huhuhu tapi tu laa.. banyak pengajaran dan tauladan dan sekali gus membuka jiwa ramai manusia...baik lelaki baik perempuan...

    ReplyDelete
  12. Betul kak, saya pun kemurungan seharian. Tak ada mood nak buat apa. Emosi dan fikiran terganggu. Kematian yang menghidupkan. Al fatihah buat arwah Siti Sarah Raissuddin.

    Sedap lauk simple pun ada ikan masin penambah selera.

    Allahu..semoga keluarga adik akak semuanya dalam keadaan baik-baik je dan segera sembuh dari COVID-19. Aaminn..

    Akak take care juga ye.

    ReplyDelete
  13. Sehingga ke hari ini Kak Amie masih terasa pemergiannya... memang akan mengalir air mata setiap kali terbaca kisahnya yang lalu lalang di FB.

    ReplyDelete
  14. Semoga adik ipar kak SA diberikan kesembuhan daripada covid-19. Aamiin.
    Memang runsing kalau kena dekat family sendiri kan kak SA, kak SA pun jangan lupa jaga diri.

    ReplyDelete
  15. sama dgn shida kak SA, bila dapat tahu tu..sepanjang hari duk menuung..duk fkirkan arwah, sdgkan dia siapa? sbelum ni xpernah pun nk ambil tahu sgt..tp bila arwah pergi rsa satu kehilangan..apatah lg perasaan shuib yg lebih dekat dgn arwah.

    ReplyDelete
  16. ammi pun rasa terkesan dengan pemergian arwah siti sarah. bukan kenal sangat pun..nak kata minat tak juga tapi entahlah. sebab kita ibu kot. pastu banyak pulak cerita2 kat fb, ig tentang anak2 kecil yg kehilangan bukan aje ibu tp ayah sekali..aduhaiii..tidur malam pun sampai nangis2 bengkak mata

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah