Wednesday, August 18, 2021

Tenangkan Fikiran Dengan Staycation

Assalamualaikum...

Hi korang ...

Selama 2 tahun kita rakyat Malaysia berhadapan dengan Pandemik Covid 19. Kes- kes positive Covid 19 semakin hari semakin naik membuatkan semua takut nak keluar rumah. Semua mengambil langkah untuk terus berwaspada agar tidak  dijangkiti virus covid 19. Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai dilarang untuk pergi ke mana-mana tempat termasuklah pusat peranginan untuk aktiviti sosial dan sekiranya kunjungan tersebut tidak melibatkan perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan penting negara. Dengan perintah itu orang ramai semakin bosan dan semakin tertekan kerana pergerakan yang sangat- sangat terbatas. Semua orang impikan kebebasan macam sebelum dunia dilanda wabak Covid 10. Macam tu juga dengan SA. SA antara insan- insan yang tertekan dan impikan percutian. 

Baru - baru ini kita semua telah diberitahu tentang beberapa aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan sudah kembali beroperasi. Tetapi syarat untuk melaksanakan aktiviti itu mestilah individu tersebut sudah lengkap di vaksinasi. Iaitu lengkap 2 dos vaksin dan semestinya terdapat beberapa peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Mereka - mereka yang berada di negeri- negeri dibawah Fasa 2 dan Fasa 3 di bawah pelan pemulihan negara dibenarkan untuk merentas dan syarat yanag ditetapkan adalah individu yang telah lengkap 2 dos vaksin yang diberi keutamaan.



gambar dari google.com


Wah...ini berita baik kan? Mereka yang telah lama berjauhan dari ibu bapa dan anak- anak sudah boleh berbuat demikian. Sudah boleh melepaskan rindu. Cumanya aktiviti pelancongan masih belum dibenarkan. Mana tau akan datang ini sektor pelancongan akan dibuka semula, bolehlah kita semua merancang percutian walaupun hanya di dalam negeri kan? SA pula impikan staycation yang menenangkan. Stress kan sekejap ke office, sekejap bekerja di rumah. 2 tahun tidak kemana- mana kan dan selama ini akur mengikut perintah kawalan yang telah ditetapkan kerajaan. Percutian yang pendek pun tak kisah asalkan dapat melepaskan tekanan. Memandangkan sempadan Malaysia pun masih belum dibuka untuk aktiviti pelancongan, memadai lah dengan hanya bercuti di dalam negeri. Itupun dah cukup kan asalkan dapat udara baru dan dapat melihat tempat orang walaupun bercuti dengan mengikut garis- garis panduan yang telah ditetapkan.


Dikala pandemik Covid 19 ini ramai pekerja khususnya di Malaysia diarahkan untuk bekerja di rumah. Namun ada juga segelintir pekerja yang ingin bekerja sambil bercuti. Selain bekerja di rumah, kita juga boleh memilih bekerja di lokasi percutian. Sejak penularan wabak Covid-19 ini segalanya telah berubah termasuk cara bekerja. Ada sesetengah orang berasa tidak selesa dengan norma baharu ini sehingga menyebabkan stress, sekali gus menjejaskan prestasi kerja mereka. Disebabkan itu juga, ramai cuba mencari alternatif lain bagi mendapatkan mood positif ketika bekerja. Tidak dinafikan salah satu cara bagi meningkatkan mood bekerja adalah dengan memilih tempat yang tenang dan selesa. Begitu juga SA, SA sendiri telah mula bekerja dari rumah On and Off sejak pandemic di negara kita. Adakala tekanan bekerja di rumah akan berlaku kerana ketidakselesaan dan berdepan dengan masalah- masalah kelengkapan bekerja yang kurang contohnya melibatkan capaian internet.



Gambar dari google.com


Tidak di nafikan ada sesetengah hotel dibenarkan untuk beroperasi. Antaranya Hotel in Kuala Lumpur yang menawarkan promosi yang menarik memandangkan ramai dibenarkan bekerja dari rumah, percutian sambil bekerja di lokasi menarik juga adalah salah satu cara bagi meningkatkan prestasi kerja. Malah sejak akhir-akhir ini, banyak hotel menawarkan pakej menarik bagi yang ingin bekerja sambil bercuti dengan kelengkapan menarik seperti bilik persidangan, capaian Internet, ruang bekerja yang selesa dan sebagainya. Sekali lagi ianya tertakluk kepada peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan. Juga pastikan hotel yang anda pilih adalah antara hotel yang telah disenaraikan dan dibenarkan beroperasi ketika pandemik ini.

Jika anda ingin bekerja di luar kawasan sambil menenangkan fikiran, anda perlu memilih tempat selesa dan mempunyai kelengkapan yang baik. Selain itu, fikir tujuan utama anda ke tempat itu adalah untuk bekerja dan bukannya berseronok kerana ia boleh menggangu fokus pekerjaan anda. Antara yang perlu dipertimbangkan adalah lokasi menarik, selesa  serta kemudahan yang ada memudahkan anda menyiapkan kerja. Selain itu, tetapkan bajet bersesuaian kerana ini bukan masanya untuk membazir.



Gambar dari google.com


Bagi pemilihan lokasi pula, ia bergantung kepada berapa lama tempoh anda ingin menginap di situ. Jika merancang hanya dua hari satu malam, hotel berdekatan sudah memadai . Budaya bekerja di hotel juga semakin popular sehinggakan ramai yang sanggup mencuba kerana ianya menjamin keselesaan. Apa-apa pun, pastikan faktor keselamatan diutamakan serta mematuhi semua SOP ditetapkan agar dapat membendung penularan dan jangkitan Covid-19.

Anda juga perlu ingat, tidak semua hotel dibenarkan beroperasi ketika ini dan ada antara hotel terpilih juga di jadikan tempat untuk pesakit- pesakit yang positive Covid 19 menjalani kuarantin. Apapun pilihan di tangan anda. Yang penting utamakan keselamatan dan kesihatan. Memandangkan beberapa kelonggaran telah pun diumumkan. Anda perlu bijak untuk memilih.Yang pastinya kita semua belum menang.

14 comments:

  1. Rindu nk stay cation... Nk juga bermalam di tempat yg lain dr lain hehe

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak staycation tapi tu la satu dose vaksin belum dpt lagi ni.

    ReplyDelete
  3. Rindu kan SA nak bercuti.. tapi dapat staycation pun jadi lah kan buat permulaan nie..

    ReplyDelete
  4. Betul kam. Teringin sangat nk staycation even dekat2 ni je. Tp sop semua tetap kena jaga.

    ReplyDelete
  5. bestnya inilah yg saya tunggu2 kak oii.. merenyam aje ni haha. tapi tunggu syafi terima vaksin dulu kot

    ReplyDelete
  6. rindu gak nak tido otel ni...
    tapi klu lepas ni dibenarkan.. ermm org2 yg da vaksin je la bole kan.. bdk2 x leh mask hotel la kan

    ReplyDelete
  7. Nampaknya semua org rindukan suasana dulu2...sblm si covid jahat tu menyerang..bestnya kalau dpt berehat dihotel..akak sukakan yg mengadap pantai..

    ReplyDelete
  8. Nampaknya semua org rindukan suasana dulu2...sblm si covid jahat tu menyerang..bestnya kalau dpt berehat dihotel..akak sukakan yg mengadap pantai..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Sabar menanti.

    ReplyDelete
  10. Lama giler tak cuti-cuti dok hotel sejak pendemik ni... memang rindu nak bercuti rehatkan minta mmg plan dah nak pergi bila dah boleh merentas nanti

    ReplyDelete
  11. Bolehlah rehat rehatkan otak bila dapat bercuti. kena pilih waktu yang sesuai. Saya dapat tengok laut pun jadilah :)

    ReplyDelete
  12. Setuju dengan kak fiza, dapat tengok laut pun dah okey dah, lama nya tak jejak kaki dekat pantai :')

    ReplyDelete
  13. Setuju dengan kak SA... Apapun keselamatan diri perlu dijaga... Tak sabar rasanya nak tunggu berakhirnya pandemik nie, nak staycation untuk release tension nie...

    ReplyDelete
  14. rindu nya nak staycation. dh berbulan terperap dkt rumah je. pegi keja, blik dduk dkt rumah je..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah