Friday, August 13, 2021

Syukur Mood Memasak Kembali Seperti Biasa

Assalamualaikum...

Hi korang..

Alhamdulillah...SA dah dapat balik momentum memasak macam biasa...kira bagus la sebab SA lepas pergi Pasar Besar Seremban tadi...balik sampai rumah lepas dah mandi bersih semula terus masak...lega rasanya...hari ni masak lauk lain skit...saje nak buka selera...tapi lauk kepala ikan tenggiri masak lemak cili api tu Mak Pah yang masak...petai yang Pak Zain beli tadi tu kan...dikikisnya pas tu dicampurnya dalam masak lemak cili api tu...settle satu lauk dan SA masak lauk yang lainnya...

Kepah yang SA beli tadi tu 1.5kg RM20...segar- segar...kepah ni duduknya dalam tanah dipersisiran pantai. Nak carinya bukan senang. Masa SA tinggal kat Pasir Panjang PD dulu...antara aktiviti setiap weekend mesti ikut Pak Zain cari kepah. Kalau orang kat sana panggil "Buah Tanah" . Namanya macam tu maybe sebab dia dalam tanah...nak cari kena kais tanah tu guna alat khas tak pun masa dulu Pak Zain buatkan alat tu dari hanger besi...macam tu punya suffer kami masa tu tahun 1990an. Hidup berdekatan dengan perkampungan nelayan. Berbekalkan bakat menjala dan menjaring Pak Zain, memang kami mewah dengan makanan laut. Pak Zain plak memang rajin ke laut...kadang- kadang menjala, kadang- kadang menjaring ikut kawana nelayannya. Rindu betul kehidupan di sana. Kadng- kadang kami rajin balik sana semata- mata mengimbau kembali kenangan kami 10 tahun tinggal di sana. Dulu kami adik beradik x putih macam sekarang tau...sebab tinggal di kawasan berdekatan laut so panas dia lain macam kan..kami adik beradik hitam legam.


Kepah masak serai...campur daun ketumbar...sedappppp


Ni lauk Mak Pah masak...kepala ikan tenggiri masak lemak cili api campur petai kikis


Sayur kangkung dan bendi celur


Sambal belacan....pedas nak mati ni..cili api semata sebab lupa beli cili besar..

 

Alhamdulillah....settle masak...now tunggu habis solat jumaat dan lepas solat zohor baru makan...harap- harap selera kembali seperti asal...letih la asyik nak beli lauk je kan..hahahaha..

Jumpa lagi next entry....

Salam Jumaat dari SA dan keluarga.....

9 comments:

  1. Oh rupanya petai itu buat masak lemak.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kepah.
    Bestnya childhood SA adik beradik. kenangan yang takboleh ditwar harga. terlalu bernilai.
    Haha yang part petai tu... macam dkt rumah ni la kalau ada petai masak apa pun dicampak saja petai . hantu petai mcm ni lah

    Salam jumaat juga kak

    ReplyDelete
  3. Mesti ada masak lomak cili api ek

    ReplyDelete
  4. Semoga Kak SA lebih bersemangat nak memasak selepas ni.

    ReplyDelete
  5. Bila dapat jumpa bahan masak yang kita dah lama tak makan, memang semangat tu datang balik. Hehe. Lamanya tak makan kepah. Sedap tu

    ReplyDelete
  6. Saya reti makan kepah tapi tak reti masak😅😅

    ReplyDelete
  7. Sedapnya hirup kuah kepah!

    ReplyDelete
  8. Yeay! mood masak dah kembali. Sedapnya kepah. Nampak fresh kak. Saya rajin juga pergi Pasir panjang tu. Suka makan kat kedai ada jeti tu. Pernah pg masa covid yg boleh rentas daerah. Sendu 1-2 kedai je bukak. seafood memang fresh.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah