Assalamualaikum...
Hi korang....
Semua orang suka coklat kan? Macam tu jugak SA..suka tapi takde la nak makan hari- hari.. kalau dulu SA sedikit sceptical dengan coklat. Ada momokan dari kawan- kawan mengatakan makan coklat akan terus gemuk..sejak tu SA kurang makan coklat dan menghindari satu- satunya snek kegemaran. Apalah...bila dah di baca khasiat sebenar coklat baru sedar yang SA buang masa terlalu lama sebab takut gemuk bila makan coklat sedangkan ada khasiat- khasiat tertentu dari coklat. Ini la masalah nya bila lebih percaya cakap orang dari mengkaji sendiri kebenarannya...kan dah bazir masa begitu lama..dah berumur baru sibuk nak makan coklat. Coklat boleh menyebabkan seseorang gemuk adalah kerana ianya diambil secara berlebihan.
Percaya tak coklat membuatkan kita gembira?
“Coklat? eh tak naklah manis sangat, makan nanti gemuk”, itu ucapan biasa apabila ditawarkan coklat kepada mereka.
Hakikatnya apa saja manisan sekiranya dimakan berlebihan menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan atau obesiti.
Bagaimanapun, pakar kimia dari Jerman, Justus Von Liebig mengesahkan coklat adalah makanan sempurna, di sebalik rasanya yang enak, kaya nutrisi tambahan yang memulihkan tenaga.
Amalan memakan coklat juga baik kerana dapat merembeskan hormon endorfin ke dalam otak yang merangsang emosi gembira, sekali gus mengatasi masalah kemurungan secara semula jadi.
Coklat pahit yang berwarna hitam antara yang terbaik kerana belum dicampur zat tambahan lain. Sekeping coklat pahit mempunyai 70 hingga 85 peratus koko, mengandungi 11 gram serat, 67 peratus zat besi, 58 peratus magnesium, 98 peratus mangan, kalium dan fosforus.
Lebih menarik apabila di dalamnya terkandung lemak tidak tepu baik untuk kesihatan. Coklat pahit kaya dengan antioksidan seperti polifenol, flayanol dan catechin, baik untuk kesihatan selain melindungi sel tubuh daripada radikal bebas.
Semalam SA beli coklat Beryl's yang ada kacang almond ni...sedap...harga? RM2.90 untuk 6 biji di Family Mart bawah opis...
Sedap!!!
Kandungan flayanol dalam coklat pahit berupaya merangsang endothelium yang digunakan untuk menghasilkan nitrik oksida yang berupaya melambatkan proses penuaan selain merendahkan tekanan dan melancarkan aliran darah.
Kesan kebaikan pengambilan coklat dalam menu harian, Harriston muncul sebagai pengeluar pertama di Asia memasarkan coklat keempat dunia, iaitu coklat ruby.
Coklat Ruby putih ditemui kira-kira 80 tahun lalu sebelum coklat gelap dan susu.
Sekali pandang, coklat Ruby seperti dicampur pewarna merah jambu atau perisa strawberi. Hakikatnya warna rubi itu terhasil daripada kekacang koko Ruby tanpa sebarang perisa atau pewarna tambahan.
Pengarah Eksekutifnya Harriston, Queenie Teng, berkata pihaknya bekerjasama dengan syarikat pengeluar coklat terkemuka dunia, Barry Callebaut untuk memasarkan manisan ini.
“Kami percaya keunikan rasa coklat Ruby memenuhi keinginan peminat manisan, khususnya pelanggan wanita. Jika sebelum ini kita agak stereotaip dengan pilihan coklat sedia ada, kekal dengan rasa manis dan susu, kini ada variasi rasa beri daripada biji koko asli.
“Coklat ini lebih menarik dan disukai wanita kerana rasa dan warnanya unik selain tinggi kandungan nutrisi.
“Malah mengeratkan hubungan kasih sayang antara pasangan atau keluarga dengan menikmatinya bersama-sama ,” katanya.
Info Coklat gelap
* Mengandungi serat - 11 gram (gm)
* Zat besi - 67 peratus
* Magnesium - 58 peratus
* mangan, kalium dan fosforus - 98 peratus
Perbezaan coklat:
Coklat putih
- Mengandungi kalsium bagi menguatkan tulang dan gigi.
- Membantu jantung, otot dan saraf untuk berfungsi normal.
- Antioksidan - meningkatkan kesihatan kardiovaskular
- Menurunkan tekanan darah.
- Mencegah hipertensi
- Tidur lebih nyenyak
- Meningkatkan daya ingatan.
Coklat putih mengandungi mentega koko (20 peratus), pepejal susu (14 peratus), lemak susu (3.5 peratus) dan tidak lebih gula atau pemanis lain (55 peratus).
Coklat gelap
* Kandungan mentega koko tinggi
* Kurang susu berbanding coklat lain
* Antioksidan seperti polifenol
* Rendah gula.
* Flavanols merangsang endothelium iaitu lapisan arteri menghasilkan sejenis gas nitrik oksida.
* Mengurangkan tekanan darah.
Apapun Coklat sangat- sangat sesuai diambil ketika kita merasa sedikit stress..sebab apa...sebab coklat mampu merembeskan emosi gembira apabila kita memakannya...coklat memberikan kita tenaga kerana kandungan gula didalamnya...selalunya SA akan ambil coklat apabila berhadapan dengan PMS SA setiap bulan.. bila seseorang wanita didatangi kawan karibnya setiap bulan pasti emosi tidak menentu...masa ni la yang sesuai sekali untuk menikmati coklat...coklat memang sentiasa ada di dalam tas tangan SA..senang untuk SA nikmati apabila perlu....
Timm mmg sentiasa standby coklat sbb low blood pressure, rasa pening nk pitam mesti mkn coklat..
ReplyDeleteSedapnya. Lama dah tak makan coklat.
ReplyDeletefav saya tu coklat especially coklat putih ehehehe
ReplyDeleteSaya suka makan coklat.. Haha.. Orang perempuan kalau makan coklat sedikit-sedikit, lambat habis, kalau saya, memang banyak le sekali makan..
ReplyDeleteCoklat memang sedap. Tau2 je habis satu bar besar tu.
ReplyDeleteCoklat putih tak pernah makan sbb warna putih. Tu je reason tak makna.
Coklat pun boleh dijadikan sebagai antioksidan. Memang mampu hilangkan stress.
ReplyDeleteCoklat memang sedap! Banyak manfaatnya untuk si pemakan.
ReplyDeleteAduhai...tiba-tiba terbayang cegala macam coklat di Labuan yang murah-murah tu!
Suka dark chocolate. rasa pahit pahit tu. Memang better dari chocolate bias. Lama tak makan chocolate bulat ada almond ni. Harga memang mahal tapi sedap :)
ReplyDeleteCoklat is my favourite. Tak boleh nak tolak kalau orang pelawa. hehe. Betul, tak salah nak makan coklat cuma jangan berlebihan.
ReplyDeleteada juga terbaca Kak SA..kdg2 x stress pun blasah je makan hahahaa ^_^
ReplyDeleteramai kata gitu, tp saya, kalau stress tak makan coklat. Makan coklat ini, ikut mood heheeh
ReplyDeleteTak stress pun makan jugak cokelatnya sebab favorite hahahaha. Coklat is bae gitu hehehe
ReplyDelete