Thursday, August 5, 2021

Lauk Pauk Beli Aje Hari Ni....

Assalamualaikum....

Hi korang...

Haari ni..punya la lama kat hospital, terusnya SA decided x nak masak...beli jer lauk kat luar...penat menunggu ubat mak tadi..ngan orang opis buat hal suruh SA pi kerja plak...selesai urusan mak tadi SA terus ke KTM nak ke office, ada urgent task nak kena settle, nak jadi cerita tak lepas pulak...surat pelepasan kerja SA dah expired. Surat MITI je x boleh kata polis tu...then SA balik jer la rumah...cari lah solution lain untuk kerja SA tu...settle dah semuanya dalam pukul 1 lebih macam tu...

SA beli lauk jer sikit kat Jalan Pantai, nasib ada yang jual lauk.. sedap x sedap belakang kira..sebab dah lambat nak masak kan....

Jom tengok apa yang SA beli tadi...




Ikan keli salai masak lemak cili api...kosong jer...RM8 untuk 2 ekor...


Daging salai anggaran semangkuk RM8


Sup Cendawan RM5


Rambutan kuning...Pak Zain la ni...sibuk nak makan rambutan plak

 

Sesekali beli lauk orang lain masak...sedap ke? boleh la...x sama macam sendiri masak...masak lemak cili api tu lebih banyak rasa kunyit serbuk dan kuat ajinomotonya...nasib beli sikit...takpe la..malam nanti masak lauk lain la....lauk masak lemak tu tadi tak rasa pedas langsung..SA makan ulam cili api...hehehe...berdesing tekak kepedasan....orang meniaga kan..x kan nak buat pedas- pedas...ye tak?

12 comments:

  1. rambutan kuning @ gading... arrghhhhhh mana nak cari kat KL ni weii?!!!!
    Hoyeee tadi jalan2 terjumpa pulasan.. ok kita beli pulasan sebagai ganti rambutan dl hehe

    ReplyDelete
  2. Wah! Pak Zain makan rambutan kuning ye.
    Tak apalah SA, walau tak tepati selera yang penting boleh alas perut. Nanti SA boleh masak sendiri.

    ReplyDelete
  3. Betul betul sibuk akak harini. Tak lepas pulak ye ada surat MITI je. Mujurlah dapat diselesaikan. Boleh tahan mahal juga harga lauk pauk tu. Fahamlah kan orang berniaga. Dah penat memang tak larat masak. Beli je la jawabnya.

    ReplyDelete
  4. Lama tak makan ikan keli.. masa kerja seperti biasa dulu, memang biasa lepak satu kedai ni waktu rehat dan biasa makan ikan keli di situ

    ReplyDelete
  5. Kalau mahal tapi sedap tak de la rasa terkilan kak SA nak bayar. Teringat beli kue teaw ladna. Dah la isi tak de, rasa tak sedap. Bukan nak mengeji makanan tapi rasa dia tak layak untuk meniaga. Disebabkan penat tak larat nak masak, dan niat nak support peniaga . Tapi rasanya sungguh kecewa. Terus tak beli dah kat kedai tu.

    ReplyDelete
  6. hihi, beli jugk yer rambutan yg pak zain teringin tu yer, hihi..klau tak mengidam beliau selagi xdpt,

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap je ikan keli salai masak lemak .tapi ccl tak,makan ikan keli

    ReplyDelete
  8. menu salai tu sedapnya...rambutan yg dh dikopek..nk plak ltk dlm peti ais..sedap tu

    ReplyDelete
  9. Sesekali makan lauk beli kalau kena dengan tekak syok..
    Sebab tak payah penat masak.Tapi sedap macamana pun,dua tiga kali beli mwsti tekak ngada nak makan lauk masak sendiri juga kan..hihihi

    ReplyDelete
  10. Kalau tak sempat memasak, memang beli makanan dari luar lah penyelesaian yang paling cepat.

    ReplyDelete
  11. busyra tak prnah makan keli salai.. padahal keli tu favorite busyra.. yg selalu makan masak sambal je. teringin nak cuba

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah