Tuesday, August 31, 2021
Kerana Cempedak...
Menu Breakfast & Lunch Sempena Hari Kebangsaan
Menu Berbuka Puasa Sunat Isnin...
Monday, August 30, 2021
Gelabah Tenuk Microsoft Outlook Hilang dari Laptop
Puteri Untuk Pangeran
Assalamualaikum..
Hi korang...
Lupa nak citer kat sini pasal drama Indonesia yang jadi kegemaran Mak Pah dan Pak Zain ..SA agak kureng skit dengan drama Indonesia ni...bukan sceptical tapi tu la pening ngan jalan cerita dia...tapi siri Puteri Untuk Pangeran ni bukan main plak Mak Pah ngan Pak Zain emosi sesangat...focus betul diorang tgok citer ni...setiap hari jam 6 petang dia Awesome TV...akhirnya SA terjebak tau...asal minum petang je mesti terjebak...sampai SA pun turut emosi tengok...korang faham la kan citer Indonesia...kejap2 lelaki langgar perempuan tetiba lama pandang memandang jeling menjeling...eh .x tau la apa istilah tu....lama jauhkan dari dunia seni ni terus lupa banyak istilah2.....asal korang paham dh la...scene jatuh...lelaki sambut and mata bertentang terus tetiba kaku...slow gitu...dalam 3-4 minit ok balik...haaaa...gitu...apa istilah tu? Korang tau?
Sinopsis
Mengisahkan tentang perjuangan seorang gadis baik hati yang tidak menyedari bahawa dirinya merupakan keturunan bidadari. Putri (Ranty Maria) merupakan pelajar di University Bunga Bangsa terpaksa berjualan makanan yg dinamakan usus goreng demi membantu ekonomi ibunya yang merupakan seorang single parent. Di sisi lain, Putri memiliki kebolehan mendengar suara hati orang lain yang dia dapat dari genetik bidadari di tubuhnya.
Namun, Putri menjadi mangsa buli senior tampan di kampusnya sebab ia melakukan kesalahan yang tak disengaja. Pangeran (Verrel Bramasta) tak berhenti membuli Putri sebab dirinya masih tidak terima atas apa yang telah Putri lakukan sampai akhirnya suatu kejadian mengubah pandangan Pangeran terhadap Putri.
Di masa yg lain Putri memiliki Rizky (Riza Syah) yang sangat bersimpati padanya. Rizky selalu membantu Putri setiap kali Putri di dalam kesusahan
Apakah Pangeran dan Putri akhirnya saling mengungkapkan perasaannya? Apakah Rizky yang lebih dulu mengungkapkan perasaannya kepada Putri?
Panjang lagi siri ni...biasa la kan..cerita Indonesia memang banyak episod nya...lama nak tunggu habis .awal cerita macam bosan sangat...tapi bila dah lama-lama macam best pulak..haha...nasib la terjebak...sekarang ni dh tengok episode 20. Tak tau la ada berapa episod citer ni...paling menyampah tgok watak Mel perempuan kaya yang bimbo terhegeh-hegeh himpit Pangeran. mentang- mentang kaya demua kehendak dia kena ikut. Tak dapat apa yang dia nak...dia call ayah dia...so dapat la..termasuklah dapat himpit Pangeran untuk dijadikan boneka dalam media sosial. Mel ni addicted dengan Live Instagram dan dia sanggup memalukan diri dia sendiri untuk dia dapatkan Pangeran...so cliche citer ni sebab ada babak2 suka kat student tu ini dan rebut-rsbut gitu. Macam zaman sekolah dulu la....pelajar perempuan berebut pelajar lelaki yang handsome...
Ada ke antara korang tengok citer ni?
Sekarang dah banyak episode tapi kalau korang nak tengok boleh la tengok di Netflix...mendidih gak darah tengok citer ni nak lagi bab gedik si Mel tu....
Sunday, August 29, 2021
Menu Hari Ahad & SA Pula Merajuk
Review K-Drama ~ 200 Pounds Beauty
Assalamualaikum...
Hi korang...
Kali ni SA nak review satu lagi K-Drama yang SA dah habis tengok minggu lepas. Lupa nak share..lepas tu bantai tengok siri baru. 200 Pounds Beauty ni release tahaun 2006 dan best citer dia..SA macam biasa la ketinggalan bab K- Drama ni. Dulu macam tak minat tapi bila dah tertengok terus terjebak...cerita kali ni takde siri atau banyak episode ye...satu cerita ni je...jalan cerita best...ada part sedih dan ada part kelakar jugak...sebuah cerita romantic komedy yang akan buat korang x leh stop tengok dari awal sampai akhir.
Tajuk : 200 Pounds Beauty
Pelakon : Kim Ah-joong, Joo Jin-mo, Kim Yong-geon
Sinopsis
Han-Na (Kim A-Joong) adalah seorang gadis yang berbadan besar dengan hati yang lembut. Dia juga mempunyai suara yang hebat dan sukar dipercayai. Han-Na ingin menjadi penyanyi pop, tetapi kerana penampilannya yang terlalu besar,dia hanya dapat berfungsi sebagai penyanyi tanpa wajah. Dia memberikan vokal untuk penyanyi terkenal bernama Amy (Ji Seo-Yun), seorang wanita muda yang cantik yang tidak ada bakat suara dan hanya pandai menari sahaja.
Han-Na juga jatuh cinta dengan penerbit muzik Amiys, Sang-Joon (Joo Jin-Mo), tetapi cinta itu hanya bertepuk sebelah tangan sebab dia hanya mencintai dalam diam sahaja. Suatu hari, Han-Na dijemput ke majlis ulang tahun Sang-Joon dan menerima gaun merah daripadanya untuk dipakai ke majlisnya. Han-Na teruja, namun takut. Gaun itu menawan dan cukup mewah. Dengan susuk tubuhnya yang sangat besar, dia tidak pasti sama ada dia boleh memakai pakaian seperti itu. Han-Na akhirnya pergi ke pesta ulang tahun dengan dress merah tersebut, tetapi tersipu ketika Amy yang cantik muncul dengan gaun merah yang sama. Semasa majlis ulang tahun tersebut, Han-Na mengalami trauma emosi dan dia hilang begitu saja selama satu tahun. Han- Na nekad menjalani plastic surgery.
Setelah setahun berusaha untuk menjalani plastic surgery, Han-Na kemudian kembali sebagai Jenny yang cantik dan berusaha menjadi penyanyi terkenal. Akhirnya rahsia Han- Na melakukan pembedahan plastic terbongkar dan dia yakin dia dibenci oleh peminatnya tetapi sebaliknya berlaku apabila semua peminatnya menyokongnya.
Diatas kejayaan Han- Na menjadi seorang yang terlalu cantik..semakin ramai wanita Korea mengikut jejak langkahnya untuk melakukan plastic surgery.
Korang patut tengok citer ni sebab jalan cerita dia best sangat...sedih masa Han- Na berbdan besar tapi best dan kelakar bila dia berubah jadi Jenny yang cantik mengalahkan ratu dunia...
Recommended!!!
Saturday, August 28, 2021
Yong Tau Foo Warisan Hamim Cafe
Menu Sabtu Yang Panas Lit Lit...
Sambal sardin ni utk Dania...Pak Zain buatkan sebab dia lagi tau cucu kesayangan dia tu makan apa...