Memelihara Kekayaan Dan Menyediakan Perlindungan Insurans Hayat Sehingga Usia 100 Tahun.
Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd.
(“Tokio Marine Life”) bersama rakan
kongsi Bancainsurans, Kumpulan Perbankan RHB (“RHB” atau “Kumpulan”) melancarkan
RHB Treasure 100, suatu penyelesaian
komprehensif insurans hayat yang menawarkan Jaminan Pembayaran Tunai seumur hidup yang pertama dalam industri sehingga
usia 100 tahun, memelihara kekayaan para
pemegang polisi dan pada masa yang sama menyediakan perlindungan insurans.
Jaminan Pembayaran Tunai seumur hidup
berkenaan dilakukan setiap tahun mulai akhir tahun pertama polisi, sehingga
mencecah usia 100 tahun untuk hayat yang menerima perlindungan insurans. Pemegang polisi RHB Treasure 100 boleh memilih
untuk menerima bayaran tunai biasa, atau sebagai pilihan melabur semula bayaran
tunai berkenaan dengan Tokio Marine Life untuk terus mengembang dan mengumpul
kekayaan mereka. Polisi berkenaan
menyepadukan perlindungan untuk kematian serta Ketidakupayaan Sepenuhnya dan
Kekal, di samping tiga peruntukan tambahan pilihan untuk meningkatkan
perlindungan hayat, termasuklah perlindungan hayat untuk kedua-dua pemegang
polisi dan hayat yang diberikan perlindungan insurans bagi memperoleh
perlindungan dan manfaat yang lebih meluas.
“Tokio
Marine Life terus komited dengan kerjasama kami bersama RHB. Kami sentiasa
bekerjasama untuk menyediakan penyelesaian insurans yang unik bagi meningkatkan
kualiti kehidupan pemegang polisi kami dan pihak yang tersayang mereka.
Menerusi RHB Treasure 100, kami menyediakan suatu pelan untuk memelihara
kekayaan dan mengekalkan legasi untuk waris mereka,” kata Ketua Pegawai
Eksekutif Tokio Marine Life, Encik Toi See Jong.
Mengenai pelancaran RHB Treasure 100, Ketua
Perbankan Runcit Kumpulan Perbankan RHB, Rakesh Kaul, berkata, "RHB
Treasure 100 menyediakan fleksibiliti kepada pemegang polisi dari segi
memelihara komitmen kewangan yang ringkas dan mudah diurus, berserta pilihan
syarat bayaran premium sama ada 5 tahun atau 10 tahun dan pada masa yang sama
memelihara kekayaan dan menyediakan perlindungan sehingga usia 100 tahun. Tambahan yang tepat pada masanya kepada
penyelesaian kekayaan RHB ini membuka lebih banyak pilihan kepada para
pelanggan kami, sekali gus membolehkan mereka menyesuaikannya dengan keperluan
kewangan masing-masing. Kami mensasarkan untuk memperoleh sehingga 2,000 pemegang
polisi baharu menerusi pelan ini bagi tempoh dua belas bulan akan datang.”
Bagi
memastikan kesihatan dan keselamatan pelanggan sepanjang pandemik COVID-19 yang
kian berlarutan ini, Kumpulan Perbankan RHB dan Tokio Marine Life telah mengoptimumkan
penggunaan platform digital mereka dalam menyediakan sokongan tanpa gangguan
kepada pihak pelanggan bagi perkhidmatan polisi insurans, pembayaran tanpa
tunai secara dalam talian yang selamat, penghantaran tuntutan secara dalam
talian dan mendapatkan sejarah tuntutan.
Untuk maklumat lanjut
mengenai RHB
Treasure 100, sila klik
di sini.
Panjang dia punya tempoh tu. Tokio Marine Life lama antara nama besar yang boleh dipercayai.
ReplyDeletePanjang dia punya tempoh tu. Tokio Marine Life antara nama besar yang boleh dipercayai.
ReplyDelete