Menurut Arleena, bukan mudah nak menghasilkan Roti Jala Jelita ni. Dulu dia hanya buat suka- suka jae..tapi sekarang dia berpuas hati kerana sudah ada pelanggan tersendiri dan mampu menjana pendapatan sampingan. Bukan mudah seperti membuat roti jala biasa sebab tu harganya sedikit berbeza seiring dengan usaha dan idea yang dipersembahkan. Kebanyakkan hasil- hasil kreativiti yang dihasilkan adalah mengikut kehendak pelanggan dan Arleena cuba merealisasikan mengikut kehendak pelanggannya termasuk corak dan warna.
Bukan mudah ye..menurut Arleena lagi, ianya tidak macam menjala roti jala biasa tu..nak buat Roti Jala Jelita sedikit renyah. Kena pandai bermain dengan warna, cara kiraian lain dan acuan pun lain. Kena pandai gulung ikut bentuk bunganya dan kena pastikan ianya kemas dan cantik. Namun kuah pencicahnya masih sama iaitu kuah kari, serawa durian ataupun kaya. Ikut permintaan pelanggan.
Arleena banyak menerima tempahan Roti Jala Jelita untuk dijadikan sebagai hantaran, majlis hari lahir dan keraian lain. Setakat ini Arleena menerima tempahan sekitar Cheras. Kalau ada tempahan dari area lain boleh dipertimbangkan samada ianya dihantar menggunakan perkhidmatan Lalamove. Caj penghantaran juga akan dikenakan.
Korang kalau berminat nak tempah Roti Jala Jelita dari kawan office SA ni...boleh la hubungi beliau. Kalau nak buat surprise kepada orang- orang tersayang pun boleh. Korang deal aje dengan Arleena.
Sebarang tempahan sila hubungi
Arleena Abd Rahim > 012-3636349
Facebook : https://www.facebook.com/arleena.rahim
Instagram : https://www.instagram.com/ar_rimau.kitchen/
ala.. kenapa kat cheras je? sungguh menyeksa jiwa mampu tengok gambar je ni.. huhu
ReplyDeleteYa Allah cantik2 kak, macam lukisan 😍
ReplyDeleteKalau cantik macam ni, sayang pulak nak makan hahahaha
ReplyDeleteCantiknya kak. Seronok kalau dapat mcm ni.
ReplyDeletekreatif sekarang ni pembuat roti jala..inovasi roti jala
ReplyDeleteWohh jelitanya roti Jala.. boleh buat utk byk event ni
ReplyDeleteYa. Memang cantik-cantik semuanya.. Si pembuat pastinya seorang yang kreatif dan berjiwa seni.
ReplyDeleteHilang stress kalau dapat jala jelita begini....tapi pandang-pandang sajalah, sayang nak telan hihihiii! Cantik sangat.
ReplyDeleteWaaa cantiknya. Dulu kek marble jelita. Sekarang ada roti jala jelita pulak. Sayang nak makan sebab cantik sangat. Memang bukan mudah nak buat roti jala macam ni. warna dan bentuk. Nak menyusun lagi. Kagum dengan pembuat roti jala jelita ni.
ReplyDeleteBuang perkataan jala tu
ReplyDeleteJadi roti jelita aje
Cantiknye roti jala jelita nih, memang kalau ada depan mata dok tenung jerlah sayang nak makan
ReplyDeleteSesuai sangat dgn nama yg diberi.
ReplyDeleteNi memang jelita sangat ni.nak cicah kari buat makan pun tak sanggup😂
ReplyDeletekreatif orang2 ni. Roti jala pun boleh jadi cntik mcm ni. Memang sayang nak makan.
ReplyDeleteKalau macam ni punya jelitalah saya pun tak sanggup nak makan. Framekan terus
ReplyDeleteYa Allah kak cantiknya sume. Saya pun ada plan nak tempah utk birthday suami nnti. Syg kan nak makan cecantik mcm ni
ReplyDeleteKreatif kawan Kak SA. Sekarang ni memang trend roti jala yang dihias macam ni.
ReplyDeletebetullah, rasa sayang nak makan, rsa nak framekan je. teruja sgt sy tengok hasilnya... kemahiran dan kreativiti tu yang mahal. hasilnya cantik, kemas, tambahan pulak kalau sedap. lengkap pakej!
ReplyDeleteKalau nadya, mmg xsangop nak makan. Cantikkkkk!
ReplyDeleteRoti jala jelita ni dh byk btul agen dia kan.. Suka tgk corak2 yg dihasilkan.. Mcm2 bentuk.. Betul.. Syg nak mkn mulanya tp haha telan jgk..
ReplyDeleteYang wane biru tu Allahhhh cantiknyeee kak SA! sanggup bekukan xnk rosak hahaa ^_^
ReplyDelete