Assalamualaikum.
Hi korang...
Ya allah hari ni SAa busy betul sampai takde masa langsung nak curi- curi update blog...dari pagi sampai ke petang SA busy. korang bayangkan SA hanya dapat makan tengahari pada pukul 4 petang...itupun lari kejap ke Burger King KL Sentral sebab dah lapar sangat. Perut pun dah sebu dah masa tu...memang makan apa pun x guna la...berangin badan lepas tu...dah lewat makan kan.....
Minah ni makin gemuk laaa...tgok jari jemari pun tau berat dah naik...cecah balik 60kg..aduhaiiiii
Dalam train tadi SA ada terbaca tentang- tentang simptom - simptom selepas ambil suntikan vaksin yang perlu kita semua beri perhatian. Minggu depan SA akan ambil vaksin Astra Zeneca. Dari pembacaan dan pengalaman kawan- kawan terus buat SA rasa seram nak amik suntikkan. Tapi SA percaya apa juga vaksin yang kita dapat adalah selamat. Cuma kita kena transparent dengan doktor yang bertugas. beritahu masalah kesihatan yang kita hadapi...
Jom baca sesuatu yang sangat penting untuk kita beri perhatian.
Kebanyakan penerima vaksin akan mengalami simptom seakan-akan demam, termasuklah:
- Sakit dan bengkak pada kawasan suntikan.
- Rasa letih.
- Sakit kepala.
- Rasa seram sejuk.
- Demam.
- Sakit otot dan sendi.
- Rasa loya dan muntah-muntah.
- Kulit merah atau muncul ruam pada kawasan suntikan.
- Nodus limfa membengkak.
Setelah menerima vaksinasi, anda digalakkan untuk mengambil ubat-ubatan seperti ibuprofen, aspirin atau antihistamin untuk sebarang ketidakselesaan yang anda alami.
Untuk suntikan kedua, kesan sampingannya mungkin lebih teruk berbanding suntikan yang pertama.
Semua ubat-ubatan ini boleh didapati di farmasi berdekatan. Walau bagaimanapun, jangan ambil ubat ini sebelum vaksinasi ya!
WHO juga tidak menggalakkan anda untuk mengambil sebarang ubat untuk mengelakkan kesan sampingan sebelum mendapatkan vaksinasi.
Kesan sampingan selepas vaksin COVID-19 merupakan sesuatu yang biasa. Malah, vaksin biasa juga boleh menyebabkan reaksi seperti demam dan kelesuan.
Menurut pakar, reaksi yang sederhana merupakan tanda sistem imun badan sedang bertindak balas dengan vaksin. Malah, normal jika anda perlu berehat selama beberapa hari selepas menerima vaksin.
Tetapi, jika anda tidak mengalami apa-apa kesan sampingan, itu bukanlah bermaksud vaksin tersebut tidak berkesan! Malah, anda merupakan golongan yang bertuah jika tidak mengalami sebarang reaksi terhadap vaksin.
Jika anda mengalami kesan sampingan yang teruk, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin. Sama jugalah jika ada sesuatu yang abnormal berlaku pada kawasan suntikan anda
Nasib baik SA terbaca artikel ni...mulanya SA memang nak makan panadol dan vitamin C sebelum ambil suntikan vaksin...rupanya tidak digalakkan dan ianya akan menambahkan risiko kesan sampingan...Agaknya kawan- kawan SA yang demam teruk dan sampai sekarang masih menerima kesan sampingan tu agaknya diorang makan ubat sebelum amik suntikkan kot..sebab ada diorang cerita diorang amik panadol dan makan supplement siap-siap sebelum amik suntikan vaksin sebab x nak demam dan sebagainya.. Rupanya lagi teruk kesan sampingan...Baiklah...x perlu la kita menambah risiko yang tidak mungkin ada kan...Tak payah la cari penyakit. Just buat biasa je la...ye tak?
Lain badan lain tidakbalasnya kan SA. Suntikan pertama dulu Kak Amie dapat bulan puasa. Bengkaklah sikit lengan. Malamnya rasa panas sejuk tapi Kak Amie tak makan panadol. Esoknya demam sikit. Setelah buka puasa terus telan panadol. Ok. Demam pun sembuh.
ReplyDeleteDos kedua pula, lengan tak sakit. Demam pun tidak tapi rasa lapar nak makan saja! Ada dua tiga orang kawan yang sama macam Kak Amie. Ada pula yang demam!
Kawan-kawan Kak Amie pun cadangkan telan panadol dulu sebelum suntik tapi Kak Amie tak mahu. Akhirnya mereka pun tak jadi telan panadol sebelum suntikan, takut ada risiko yang tak dijangka akan berlaku.
Ini yang rasa seram juga nak kena cucuk vaksin ni. Semoga tak ada effect yang teruk lah dan baik baik je. Aaaminnn...
ReplyDeletelain org lain ceritanya kan
ReplyDeletepengalaman yg berbeza
ada yg demam ada yg pening, ada yg ckp tambah selera mknlah he hee
alhamdillah cik nur ok dos pertama ni
balik tu xda apa2 ptg rasa juga mcm nk demam cepat2 telan panadol 2 biji
cuma tempat suntik tu rasa sengal2 keesokkanya, sehari juga
pastu ok
Mungkin lain orang, lain kesannya kak SA. Semoga Allah permudahkan segala urusan kak SA dan tak ada kesan sampingan yang terukk terukk. Aamiin.
ReplyDeleteHa mungkin jgk mkn panadol b4 suntik kesan nya lain macam tp alhamdulilah ako pun x amek pape ubat ms b4 cucuk pertama n xde kesan sampingan sgt alhamdulilah sgt.. Harao nya cucuk kedua ahad nnt pun xde la kesan yg teruk sgt.. 0
ReplyDeleteBetul ada yang advise suruh ready siap-siap makan panadol..
ReplyDeleteTengok kawan-kawan semua yang cucuk steady jer, As pulak yang risau. Semoga dipermudahkan urusan SA..
ReplyDeleteLain orang lain tindak balas. Nak kena bagitau mama Naniey. Esok mama nak kena vaksin first dose.
ReplyDeleteSemoga semuanya baik baik aje..
ReplyDeleteAlhamdulillah Su amik vaksin haritu sekadar rasa letih je... taklah teruk mana... baru je cerita dekat blog pasal pengalaman amik vaksin hehe
ReplyDeleteAyah rabia vaksin kelmarin
ReplyDeleteAlhamdulillah. Cucukan pertama saya tidak mengalami sebarang simptom.
ReplyDeleteoo ye ke kak.. saya penah baca dia suruh mkn vit c byk2 sebelum vaksin kasi badan kuat. tapi seeloknya biarlah badan kita natral je kan terima vaksin, jgn makan apa2 dulu
ReplyDeleteSaya pun ambik vaksin astrazeneca.. simptom nya cuma ngantuk yang amat, rasa gatal² pada badan dan lapar memanjang.. alhamdulillah saya x alami demam sebab lepas cucuk tue sy terus telan panadol... tapi tak tahu keadaannya nanti bila dapat dos yang kedua...
ReplyDeleteTak semua org alami. Ikut ketahanan antibodi masing2 juga
ReplyDelete