Thursday, July 22, 2021

Settle 2nd Dose Sinovac For Mak Pah


 Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah settle dah suntikan vaksin dose ke 2 untuk Mak Pah. SA yang sepatutnya temankan mak memang diduga..dari malam semalam SA tak sihat..rasa nak demam, badan x panas sangat la just "angkal" kata orang Negeri Sembilan. Atau kata mudahnya Dedar la badan SA malam tadi. Kepala sakit macam nak pecah. check tekanan darah takde la tinggi sangat. teringat plak semalam memang SA berpanas kat USIM Nilai tu. Ye la x dibenarkan masuk dewan kan..so SA duduk kat luar di bawah pokok. Nak kata rendang tak rendang tapi boleh la lindung skit dari panas matahari. Kalau dah pukul 12 tengahari tu takkan la matahari sembunyi kan...dah tentu- tentu tegak atas kepala.
 
Nak dijadikan cerita pagi tadi SA bangun macam biasa nak pergi kerja..pukul 5.15am SA dah mandi..badan sakit- sakit lagi ni...kepala masih sakit kuat ni...dah time mandi tu la SA decided tak yah la pi keja. Kang melarat plak kang. SA WFH je la kat rumah. Terus sambung tido semula. Pagi tadi kul 8.30am kena jerit dek Mak Pah. " Alonggg.....ekau x kojo ko?" haih...sabar jer la...Kalau dah demam memang x kerja la kan.

Sempat la mintak maaf ngan Mak Pah sebab tak dapat temankan dia suntik 2nd dos vaksin hari ni...kesian Mak..bukan Along sengaja tau mak..memang tak larat, badan sakit- sakit..kang terdedah bahaya wabak Covid tu...lagi susah kang. So Pak Zain la yang temankan Mak Pah hari ni. Nasib selesai jugak. Kesian Mak Pah. Nasib baik Mak Pah faham. Lagipun memang x boleh la nak pergi bertiga kan...syarat SOP baru ni 1 kereta hanya 2 orang dan x lebih dari 10km dari tempat tinggal. 3 orang kalau urusan kecemasan sahaja. 

Tahniah Mak Pah. semoga keduanya terus dilindungi oleh Allah SWT dan dijauhkan dari wabak Covid 19 ni. 

Korang tengok la Pak Zain tu ha....bukan main lagi dia kan....pas tu gelabah..cari gambar tak jumpa. dicarinya kat hp buka camera. Bukan dia pi tengok kat gallery. Balik rumah bebel- bebel kata orang hospital tu tolong ambik gambar tapi gambar takde. Orang tu tak ikhlas la apa la katanya..penat je amik gambar tapi gambar takde...SA memang dah agak dah. Dia memang tak pandai godek-godek hp...sekali SA ambil hp tu carik gambar kat gallery tunjuk kat diorang. Haihh....tu la..cepat sangat nak melatah kan..benda ada kata takde...elok cantik je petugas tu amikkan gambar. Macam- macam hal Pak Zain ni....bukan apa korang.Dia mana pernah guna camera handphone. Pandai guna untuk call je...itu je la...whatsaap pun jenuh kami semua ajar dia...

19 comments:

  1. hahhaha lawak la pak zain...
    gelabah dia gmbr xde, penat dia posing tau heehhe..
    tahniah mak pah n pak zain dah lengkap dedua dos..

    Take care SA, semoga cepat sembuh.
    jangan main panas tau :p

    ReplyDelete
  2. Hehe. Comel betul Pak Zain cari gambar tu ye.. Alhamdulillah dah complete parent kak SA. :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah Pak Zain & Mak Pah..Semoga dikurniakan kesihatan yang baik & diberkati dunia & akhirat.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...dah setel 2 dos..moga menjadi asbab diri terhindar dari wabak ini..

    ReplyDelete
  5. Tahniah Pak Zain & Mak Pah. Alhamdulillah. Syukur urusan suntikan vaksin dipermudahkan. Moga sihat-sihat saja.

    ReplyDelete
  6. Tahniah Kak Pah dan Abang Zain dah lengkap 2 dos vaksinasi

    ReplyDelete
  7. Boleh imagine comel je Pak Zain cari gambar. Alhamdulillah settle dah vaksin utk mereka

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah settle dah dua dos untuk mak ayah akak. Semoga mereka baik baik dan sihat je. Akak pun, semoga cepat sembuh. Aaminn...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah dah selesai 2 dose vaccine untuk Mak Pah dan Pak Zain

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. Semoga semuanya sihat-sihat sahaja.

    ReplyDelete
  11. mesti Pak Zain tu sedih memula, da bergambar tapi gambar nya tiada..

    ReplyDelete
  12. Tahniah Mak Pah & Pak Zain. Moga sentiasa sihat aamin.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah dah setel dah mak pah dengan pak cik zain. Semoga sihat sihat aje :D

    ReplyDelete
  14. hahaha... pak zain ni cpt sgt kalut tu😊😊 x pe yg penting dah selamat semua...

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah...semoga kita semua terhindar dari bahaya virus corona

    ReplyDelete
  16. hahahaha kelakar la Pak Zain ni.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......