Sunday, July 11, 2021

Resepi Sambal Ikan Bilis Tempoyak

Assalamualaikum...

Hi korang..

SA hari ni tak masak banyak pun...makan lauk left over ikan bawal emas masak tempoyak pahang semalam. Lepas tu mak SA mintak plak gorengkan sambal ikan bilis tempoyak. Tekak dia tak nak makan lauk ikan bawal emas..lagipun mak memang x suka ikan bawal emas. Tak tahu la kenapa..padahal sedap jer..lagi satu mak tak suka daunkesum dan bunga kantan. Tak sedap baunya padahal itulah penyedap masakan kan.. takpe la kita masakkan lauk lain. Orang dah tua dan sakit..hari- hari makan ubat ubatan yang banyak emmang tekak dan lidah dah x sedpa nak makan. sesekali datang selera baru dia makan banyak. Lepas tu Pak Zain ada masak sup kaki ayam...erm cukup la tu...

SA dah selalu rasanya share resepi ni...malas plak nak korek dari entry- entry sebelum ni..tempoyak yang SA gunakan ni adalah tempoyak baru. Memang sedap dan wangi baunya....

Meh engok resepi yang SA share...




 RESEPI SAMBAL IKAN BILIS TEMPOYAK

  1. Ikan bilis (beli yg kualiti) - ikut suka nak banyak mana..SA guna sepeket..goreng garing2
  2. Bawang merah kecil - 5 biji
  3. bawang putih - 4 biji
  4. Cili api - ikut tahap kepedasan yang korang suka
  5. Tempoyak mentah 3 sudu besar / letak la lebih ikut banyak ikan bilis.
Bahan 2+3+4  tumbuk lumat

Cara- cara masak
  1. Ikan bilis digoreng garing terlebih dahulu dan ketepikan 
  2. Gunakan minyak yang sama, tumis bahan 2,3 dan 4 yang dah ditumbuk lumat tadi sampai naik bau dan sedikit garing
  3. Masukkan tempoyak...gaul2 bagi sebati
  4. Masukkan ikan bilis..gaul lagi 
  5. Kalau nak berkuah sikit boleh tambah air
  6. Kalau nak pekat dan kering biarkan seketika
  7. Padam api dan sedia di hidang
Kalau nak sedap selera..regukan dengan telur dadar panas- panas....memang laju la menyuap...ini lauk fav adik bongsu dan Dania ni...ada satu lauk ni pun dah cukup sedap dan buat makan bertambah.

Selamat mencuba ye.....


14 comments:

  1. Sambal ikan bilis tu dh nnmpk menarik dh tp ada tempoyak eh hehehe..

    ReplyDelete
  2. Pertama kali tahu ada masakan ni.

    ReplyDelete
  3. tak penah rasa lg ni
    ikan bilis tempoyak
    kalau masak lemak tempoyak pucuk ubi selalu jga

    ReplyDelete
  4. entry musim PKP...masak masak aje lah kita kak... nak ke mana pun tak oleh

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap tapi wak tak makan tempoyak

    ReplyDelete
  6. Baru je buat sambal ikan bilis tapi tak letak tempoyak. Memang sedap makan dengan telur goreng.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya lauk2 kering mcm ni..kena nasi panas2..ada ulam2 sikit..

    ReplyDelete
  8. Mudah je. Naniey tak reti mkn mcm ni. Tempoyak hanya buat gulai tempoyak je. Pelik kan 🤣

    ReplyDelete
  9. Aduhai, menggodanya, kak! Ada ikan bilis garing dah cukup menambat selera... tambah pula dengan tempoyak goreng tu... yummehhhh!

    ReplyDelete
  10. Sedapnya. Tak pernah cuba lagi kombinasi ikan bilis dan tempoyak.

    ReplyDelete
  11. Lama tak nampak akak update pasal resipi kita pun layan juga memasak time PKP ni huhuhu

    ReplyDelete
  12. simple..boleh cubalah, tq share resepinya kak SA :)

    ReplyDelete
  13. Aduhai yang bernama tempoyak! Masak dengan apa pun tetap bau tempoyak! Sungguh menggoda selera.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah