Sunday, July 11, 2021

Resepi Ayam Kampung Phadprik Guna Pes Padprik Segera Ala Thailand

Assalamualaikum..

Hi korang...

Hari ni SA nak share ngan korang satu produk yang memudahkan korang untuk memasak lauk- lauk masakan Thai especially Padprik. Musim PKPD ni kedai- kedai tomyam tutup kan...tapi kita boleh jer masak sendiri. SA beli Pes Padprik kat Shopee baru- baru ni..sebab teringin sangat- sangat makan lauk Padprik. Yang ada dalam fridge ayam dan daging...daging plak beku...kebetulan Pak Zain ada rendam ayam kampung..ada sikit jer balance masak lemak cili api minggu lepas. SA guna tu je..malas nak simpan lagi kan...buat penuh fridge je....

Jom tengok resepi...sorry gambar tunggang terbalik..malas SA nak betulkan...




Bahan- bahan

  1. Ayam kampung 6 ketul potong2 sederhana kecil
  2. Bawang putih - 2 ulas tumbuk
  3. Bawang merah - 4 ulas tumbuk
  4. Bawang besar 1 biji - hiris bulat
  5. Halia 1 inch - tumbuk
  6. Pes padprik - 2 sudu
  7. Daun limau purut 2 helai
  8. Daun bawang - optional utk hiasan
  9. cili padi  - 6 biji diketuk
  10. Serai- 2 batang
  11. Serbuk secukup rasa - 1 sudu kecil
  12. Sos tiram -1 sudu
Cara masak
  1. Tumis bawang putih, bawang kecil dan halia sampai naik bau.
  2. Masukkan pes padprik , gaul dan biarkan sampai betul2 masak
  3. masukkan serai
  4. Masukkan ayam dan gaul mesra dengan bahan
  5. letak sedikit air kalau perlu..
  6. Ayam dah masak masukkan bawang besar, daun limau purut
  7. Gaul rata
  8. Masukkan sos tiram dan serbuk secukup rasa..
  9. Gaul lagi
  10. Tutup api, taburkan daun bawang kalau suka
  11. Sedia dihidang


Pes Padprik ni sedap 


Bahan- bahan yang SA gunakan untuk menumis

Dah siap!!

Selamat mencuba...kalau siapa suka pedas boleh tambah cili kisar 1 sudu...tapi SA x tambah sebab baby- baby dalam rumah ni tak tahn pedas...so cili api tu kalau x nak ketuk..masukkan aje bulat2 dalam masakan...

11 comments:

  1. sedqpp tu SA
    paprik memang kesukaan ank2 juga

    ReplyDelete
  2. Wowwww nampak menarik.. Nnt bole cari pes ni

    ReplyDelete
  3. sedapnya lauk masak paprik ni. guna pes lagi sedap masakan :)

    ReplyDelete
  4. Senang kerja memasak ada ready made pes. Rasanya pun asli phadprik gitu kan.

    ReplyDelete
  5. Nampakkkk sedapp! Boleh la try cari pes paprik ni lepas ni

    ReplyDelete
  6. First time nampak pes padprik segera.

    ReplyDelete
  7. Kelihatannya sangat sedap
    Apatah lagi guna ayam kampung

    ReplyDelete
  8. Wow.. lagi mudah nak masak paprik bila ada pes ni.

    ReplyDelete
  9. Boleh cuba pes phadprik ni, Kak SA dah recommend sedap :)

    ReplyDelete
  10. Ya ampuuunnn! Ada serai, halia, daun limau purut tu memang aromanya semerbak satu dapur ni SA!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah