Assalamualaikum...
Hi korang..
Awalnya Pak Zain beli daging...haaaa....Pak Zain tu terlupa kita raya hari Selasa. Dia pi beli hari ni semua barang-barang ni...boleh plak dia terlupa...hahaha...beli daging 2 kilo, beli tulang 2 kilo dan beli daun maman untuk buat rendang..Ayam kampung pun Pak Zain beli sampai 2 ekor, Santan dah beli siap- siap...memang dia fikir esok Raya. Sudahnya santan tu bekukan...aduhai Pak Zain...sabar jer la...malas nak bising- bising takut dia sentap macam Raya Puasa yang lepas..so diamkan aje..layankan je la...
Daun maman tu mahal ye...seikat RM15, tak banyak mana pun...tapi tak pe la dah Pak Zain teringin nak makan rendang daging campur pucuk maman.. mesti sedap tu nanti kan...cumanya esok SA takde la...SA terpaksa kerja....
Daun maman yang dah mak siang dan asingkan...esok terus basuh aje
Ini la rupanya pucuk maman tu..rasa dia pahit- pahit skit tapi sedap dibuat jeruk atau masukkan dalam rendang
Tengok la tu punya semangat dia nak siap sedia masak rendang
Daging batang pinang yang dia siang untuk buat rendang esok
Tulang selangka untuk sup...ini yang masak hari ni....nampak macam banyak tapi sikit je
Potong / siang daging memang serah kat dia la..
Korang dah buat persiapan untuk masak juadah raya?
Tahun lepas merasa la beraya ngan adik beradik..tahun ni dua- dua raya kami berempat jer nampaknya...
Sedih betul..nampak gayanya dengan trend kes semakin lama semakin naik ni...confirm sampai hujung tahun kes ni x settle lagi...
Sampai bila la kehidupan kita nak terjejas....sedih betul...anak- anak x dapat balik jumpa ibu bapa...husband & wife terpisah....sedih kan...
Ni dengarnya ada yang degil, balik ke kampung jugak especially balik ke Pantai Timur....aduhai...korang dah kenapa....lepas ni psti ada Kluster Aidiladha....x takut ke diorang ni semua...x takut ke jadi punca pembawa virus kepada mak ayah kat kampung....
Aduhaiiiii.......
semangat nak berapa pak zain..alhamdulillah..raya haji tahun ni macam suram jer..huhu
ReplyDeleteRindunya nak merondang ramai2 kat kg... Meriah kan kg raya dl2.. Selamat merendang SA.. Amek cuti x tu hehe
ReplyDeleteTak cuti..patut kerja Rabu, Tapi sebab Rabu SA nak kena hantar Pak Zain for 2nd Dose,so tukar la WFH ke hari Isnin
DeleteSemangat Pak Zain. Tp memang mak mak pak pak orang lama ni memang siap semua awal. Naniey belum beli ni sebab kereta x boleh start pula tetiba hari ni. Adeh.. esok berebut la nak membeli..
ReplyDeleteHihihi.. jgn ditegur nnt pak zain merajuk kak.. tp elok jgk dia beli awal besok xde bersesak2 dgn org ramai.. dia nk jaga sop je tu sbnrnya
ReplyDeletebagus gak Pak Zain beli hari ni sbb jikalau esok pasti sesak pasar tu. segala daging tu buleh simpan dlm freezer dulu.
ReplyDeletePokok maman ni banyak tumbuh kat kebun wak.
ReplyDeleteTak pernah masak lagi sebab tak gheti makan, biasanya buang sahaja
Ahahaha semangat takpe. Nak raya kan.
ReplyDeletePokok maman. first time dengar. serius. Oh boleh buat jeruk ya.
Tu lah. yang balik merentas tu, tak belajar dari raya puasa tadi ke. hailahh
Wow,Syu tak prepare apa pun lagi nak sambut raya haji ni.Nak masak lebih2 takut tak termakan.Lagipun dekat rumah ada dua orang jer.Nak bagi jenjiran takut diorang tak makan.
ReplyDeleteWaa awal persoapan kak
ReplyDeleteInshaa Allah esok malam baru proses..jadi masak untuk 2 orang x renyah sgt hehee
ReplyDeleteSemangat pakcik zain nak beraya tuuu. Betul tu kak SA, banyak dah kereta balik ke kg nak nak ke pantai timur ni, tak tahu lah apa nak jadi hmmmm. Dan dan semua ada pelepasan untuk rentas negeri pulakkkk.
ReplyDeleteAduhai Pak Zan.
ReplyDeleteManalah anak cucu tak sayang Pak Cik!
sedapnya..bertuah akak stay dengan family walau banyak pengorbanan tapi tengok muka mereka sejuk je hati
ReplyDeleteWaaa.. jadi raya nampaknya tahun ni..
ReplyDeleteSemangat nak sambut raya ni kak. Mahal betul maman tu seikat. Sesekali buat lauk raya nak makan okay je. Itulah kan, raya sama macam raya yang lepas. Tak boleh kemana mana.
ReplyDeleteDah beli tadi daging masih beratur panjang walhal datang 8 pagi hehe
ReplyDeleteTak apalah SA..isnin ni tak perlu beratur nk beli daging semua tu..
ReplyDeletePersediaan awal ni SA
ReplyDeletenak masak apa tu Pak Zain he hee
kalau arwah ayah akak dulu beli daging dan tulang skali pastu suh buat sup
suka sgt sup tulang
Macam tak raya je bila kena cam skrg ni,SA. Memang tak seronok, nak balik kampung tak boleh. Geram betul yang tak ada rasa bersalah balik kg macam tu je. Confident betul, diaorang sihat. Sampai bila lah nak macam ni hah..
ReplyDeleteMacam tu lah kak SA, kalau duduk dengan orang tua. Kena sabar layan kerenah tapi kadang-kadang terhibur jugak. Selamat membuat persiapan Aidiladha. Sayur maman tu mesti nak buat masak lemak pedas tu kan?
ReplyDeleteAlhamdulillah.Semangat betul Pak Zain.Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik,umur yang oanjang lagi barokah untuk Pak Zain
ReplyDelete