Monday, July 5, 2021

Kalau Terbeli Durian Muda/ Mengkal, Jangan Dibuang..Boleh Buat Bahan Tambahan Dalam Masakan...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Mesti ada yang pelik kan bila SA cakap durian tua/mengkal atau durian muda boleh dicampurkan dalam makanan? Especially masak lemak cili api . Pernah jugak Mak SA masak durian tua/mengkal semata- mata. Masak lemak cili api campur ikan bilis dan serai sahaja. Lepas tu goreng ikan masin garing- garing...pergh...memang best giler. Dulu SA macam pelik...tapi bila Mak dah masak dan SA rasa sendiri...memang sedap. Mak cakap...rasa dulu..kalau sedap makan bertambah....






Ni masakan Mak SA tau...

Memang sedap guna Ayam Kampung..kalau ayam daging biasa nanti rasa jemu sebab banyak isi kan...durian mengkal yang ni dapat semangkuk je semalam. Hasil dari beli durian tempoyak terselit durian muda dan mengkal...tak nak membazir terus SA cakap..jangan buang...belinya mahal yarabbi...

Durian muda/ mengkal ni nak buat tempoyak x sesuai kan...so jangan buang...boleh masak macam ni...

Sedap...dan jangan marah SA kalau korang makan nasi bertambah nanti...

Sebab apa SA cakap macam tu?

Sebab SA makan nasi bertambah- tambah...x tau nak nangis ke nak menyesal..

7 comments:

  1. ada je idea kalao kreatif bab memasak ni kan? janji x takut mencuba je

    ReplyDelete
  2. suka mkn gulai lemak nangka...masak lomak cili api kasi terangkat!

    ReplyDelete
  3. Pertama kali dengar tentang penggunaan durian dalam masak lemak. Tak pernah cuba lagi masak macam ni.

    ReplyDelete
  4. yelahh,, harga mahal, nak buang sayang, boleh improvise buat masakan..sedap ni..

    ReplyDelete
  5. tak pernah pulak dibuat masak gulai..wahhhh, nanti boleh try

    ReplyDelete
  6. Nak buang sayang, jadi kena kreatif, buat jadi masakan kan kak SA. Menarikkk.

    ReplyDelete
  7. Kalau kat Johor durian mengkal ni masak lemak putih pernah lah nampak. Bagus jugak tu tak membazir boleh buat lauk.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......