Thursday, July 1, 2021

Kalau Nampak Org Tengah Susah, Jangan Ingat Allah Tengah Uji Orang Tu, sebaliknya Allah Tengah Uji Kita

Assalamualaikum..

Hi korang..

Selasa lepas kan..SA tengah buat kerja kat opis...tetiba dapat la citer pasal orang susah ni kat group whatsaap..SA baca la kejap...sambil- sambil baca tu terfikir..allahu dalam keadaan negara tengah pandemic, Lockdown ni...macam- macam berlaku. Ada yang mencuri, ada yang hilang kerja..dan tak kurang juga ada yang bunuh diri apabila buntu tak dapat settlekan masalah kewangan...ya allah sedihnya sampai memutuskan pengakhiran macam tu. Beberapa hari ni SA baca banyak kes bunuh diri. Siap ada video orang bunuh diri..ya allah...sedih sangat. Ada yang berjimat cermat sampai nak beli susu anak pun takde duit. Teruk betul kesan pandemic sekarang kan. Mana yang ada barang kemas tu dah start gadaikan barang kemas dah. Ada yang jual kereta walau tau berapa sangat hasil dari jualan kereta.

SA share kat sini...untuk pengajaran dan pedoman kita bersama.

Korang seandainya mampu, kalau ada orang- orang berdekatan dengan korang yang memerlukan...bantulah sekuang-kurangnya dapat meringankan beban mereka. Bantulah asalkan anak- anak kecik ini dapat makan dan dapat minum susu...begitu juga SA...tak banyak sedikit SA cuba bantu...

Kalau Nampak Org Tengah Susah, Jangan Ingat Allah Tengah Uji Orang Tu, Sebaliknya Allah Tengah Uji Kita

SA setuju dengan ayat ni...betul sebenarnya Allah sedang uji kita..adakah kita yang mampu ini sanggup menolong mereka yang didalam kesusahan..



Jom Baca Kisah Ini

Aku kerja polis ,Kerja kat Penang.

Tak payah aku mention balai mana,

Masa tgh kerja dapat call, utk ambil satu tangkapan kes curi di Tesco (tesco mana tak payah aku mention).

Sampai kat tesco, masuk guard room tengok ada satu laki melayu duduk atas kerusi.

Atas meja depan dia ada 2 bungkus roti gardenia.

Dapat info laki ni curi roti tu.

Nilai roti tak sampai rm10.

3x aku tanya guard tu, "takkan nak tangkap juga? Nilai curi tak smapai rm10?".

Guard cakap kena tangkap jugak, arahan pihak atasan tesco.

So, bawa jugak la laki tu naik kereta.

Dlm kereta aku tanya kenapa curi?

Dia cakap tak ada duit nk beli, curi pun utk bgi anak dia makan kat rumah.

Terkedu aku dengar.

Dia cakap lagi, anak dia dh 2 hari tak makan nasi, dia cuma mampu bagi anak dia makan keropok mamee sahaja.

Keropok mamee yg harga 20sen sebungkus tu..


Lepas aku dengar, bergenang air mata. Terbayang anak kat rumah.

Sampai kat balai, guard tu dh sampai dulu sekali dgn roti gardenia 2 bungkus, barang curi tu. 

Dh depan EO nk buat report.

Kebetulan timbalan ketua balai (AOCS) baru sampai.

Bila AOCS aku dapat tahu cerita ni, apalagi kena maki guard tu. 


Tapi guard tu tak boleh buat apa, dia pun cuma ikut arahan atasan dia kata.

AOCS aku suruh call atasan dia datang.

Dlm 20minit datang 1 pompuan melayu, incharge guard tesco tu

Apa lagi berbakul2 lagi pompuan tu kena maki.

Dh insaf kena maki,

Pompuan tu kata kalau nk settel jugak, laki tu kena bayar 10x ganda dari harga barang yg dicuri.


AOCS aku dengar, dia terus bayarkan 10x ganda nilai roti tu.

Dh selesai urusan, melutut laki tu menangis terima kasih kat AOCS aku dlm balai.

AOCS aku cakap apa "Sekarang ni Allah bukan uji hang, tapi ALLAH tgh uji aku sekarang, utk tgok apa aku boleh buat dgn pangkat yg aku ada utk bantu sama saudara yg tgh susah" 


Laki tu baru kena buang kerja kilang.

Bini lari, ada anak laki sorang umur 5 tahun.

Aocs aku siap bagi duit poket utk dia survive 2 beranak.

Selang berapa bulan lepas tu, laki tu datang balik kat balai, cari Aocs aku, dia kata dh dapat kerja baru, dia nk bayarkan balik apa yg Aocs aku tolong dia dulu. Tapi Aocs aku dh pindah ke balai di Nibong Tebal.


Sampai sekarang aku ingat apa yg Aocs aku pesan kat aku

"kalau nampak org tgh susah, jangan ingat Allah tgh uji orng tu, sebaliknya Allah tgh uji kita, Allah nk tengok apa yg kita boleh buat utk tolong org susah tu"


Salute kat Aocs aku Sarjan Mejor Shahruddin.


Kredit : Mohd Rosli Wahab

Encik Solihin


10 comments:

  1. betul tu kak.. kena sentiasa muhasabah diri kita kan

    ReplyDelete
  2. insyallah... berbuat baik ada rezeki lain menanti kita... amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh lupa bgtau... tahniah tau! sbb jadi antara top komentar kat blog ako...
      small token dah otw ke rumah ye :)

      Delete
  3. Allahu. Thanks Kak SA sebab ingatkan Rawlins. Ye betul - now terfikir bahawa setiap kali nampak orang minta sedekah dan Rawlins berfikir dua tiga kali nak bantu, sebenarnya Allah uji Rawlins.

    TQ kak sharing ini.

    ReplyDelete
  4. Sama-sama kita muhasabah diri.
    Terima kasih atas perkongsian SA













    ReplyDelete
  5. Betul juga tu.. Tapi, orang tu tetap juga diuji..

    ReplyDelete
  6. Thank you for sharing this dan ingatkan kami semua.

    ReplyDelete
  7. Teringat kisah-kisahteladan di zaman Khulafa' al-Rasyidin.

    ReplyDelete
  8. Betul akak pernah dengar ustaz ckp mcm tu. Kita nampak org susah tp kita diuji. Allah nk tgk sejauh mana hati kita nk membantu ke tak

    ReplyDelete
  9. Semoga kita dapat membantu mereka yang memerlukan. Setiap orang ada kesusahan masing-masing. Demi kelangsungan hidup, terpaksa mencuri. Syukur ada orang yang membantu.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah