Assalamualaikum..
Hi korang...
Rabu lepas..petang tu SA belajar buat kek marble kampung. Saje suka- suka nak buatkan..hari tu dah buat kek butter so kali ni SA belajar buat kek marble plak..ikutkan mak SA x suka..tapi dia yang beria makan...hahaha...puas hati bila dah pandai dah buat kek...lepas tu kan..ada la Pakcik tu mintak buatkan kek durian...biar yang betul kan...mana la SA tau buat kek durian...agak la...amateur lagi ni...tak berani nak mencabar diri buat kek durian...macam complicated je...banyak dan renyah kot kan....kisahnya masa kecik- kecik dulu Mak memang rajin buat kek, buat kuih malahan mak memang buat kuih raya sendiri. Tak pernah beli..lepas Mak decided bekerja sebab keluarga kami dah besar, pendapatan Pak Zain sebagai kakitangan hospital x mencukupi dan nak sara kami juga memabntu kami dalam pembelajaran maka Mak terpaksa bekerja. Sejak dari tu dah lama mak x buat kuih or kek atau sebagainya sampaia la sekarang..Terasa rindu plak nak makan kek simple- simple kan...nanti SA nak buat kek pandan plak la...sambil- sambil mengimbau kenangan masa kecik- kecik..
Jom tengok gambar SA buat kek marble ni..tapi masa awal step x amik gambar la..
Ni masa dah 10 minit masukkan dalam oven
ni masa dah 1/2 jam...naik tinggi betul sebenarnya...
SA lebihkan sedikit masa 10 minit sebab masa cucuk dengan lidi, lidi tu lembab lagi...so nampak garing kat bahagian atas kan...itu yang sedap sebenarnya...sejukkan sekejap..tapi Pak Zain x sabar nak rasa...diorang memang suka makan kek panas- panas...
Nampak..lembab dan lembut...tak manis sangat sebab SA memang x suka kek manis- manis
Sedap la tu sampai 3/4 dah habis...yanag suka ulang- ulang makaan si Dania la...
Cantik kan texture dia...cuma SA kena pandai main ngan corak dia plak lepas ni...
Untuk marble kek kampung ni SA cuba resepi dari Saji.my. SA sharekan resepi ye...memang SA tiru bulat- bulat resepi ni..cumanya corak marble tu SA x pandai nak buat bagi betul- betul cantik....
RESEPI KEK MARBLE KAMPUNG
Bahan-bahan :
- 250gm tepung kek naik sendiri
- 250gm mentega - SA guna Amborg
- 150gm gula - SA guna 100gram aje
- 1/2 tin susu pekat
- 4 biji telur gred A
- Esen vanilla
- Serbuk koko
Cara Membuat Kek Marble
1. Mula-mula mix mentega dan gula sampai kembang.
2. Lepas itu masukkan telur sebiji demi sebiji. Mix sampai gebu.
3. Kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit dan mix lagi sampai sebati.
4. Setelah mix sebati, masukkan susu pekat dan esen vanilla.
5. Mix sampai jadi gebu dana betul2 kembang
6. Ambil setengah adunan masukkan 1 sudu besar serbuk koko.
7. Kemudian bakar dalam oven dalam 45-50 minit suhu 170°C api atas bawah.
8. Kalau sudah siap keluarkan dari oven biar suam baru keluarkan dari loyang.
Tips:-
Untuk membuat belang, tuang adunan selang seli anggaran sama dalam satu sudu besar penuh.
Guna tepung kek jangan guna tepung lain.
Kerana kalau guna tepung kek anda tidak perlu tambah yis atau baking powder.
Tapi kalau guna tepung gandum anda perlu tambah baking powder.
Makan panas2 sedap ni.. :) Teringin nak buat kek tapi MALAS sangat Kak SA. Tak tahu la apa penyakit Malas teruk sangat ni.
ReplyDeletekek panas keluar dari oven memang sedap dan rangup!
ReplyDeletewah rajin SA... pasni kek doyan tu bole dipertimbangkan lagi tu hehehe chaiyokkk!!
ReplyDeleteBetul, kek ni makan panas-panas nikmatnya lain macam kak. Wah boleh dicuba ni.
ReplyDeleteNampakkk sedapp lah kak SA! Menjadii kek marble tuuuu, lepasni kek durian dengan kek pandan pulakkk kak SA eh hehehe
ReplyDeleteSedapnya makan kek yang baru kuar oven. Tumpang semulut SA.
ReplyDeletewah sedapnya...
ReplyDeleteTerbaik kak. Dah maju setapak buat kek. Tahniah. Fresh from oven pun dah habis suku. Sedap makan panas panas. bau dia pun best.
ReplyDeleteNampak sedap kek tu. Bestnya dapat makan kek yang baru keluar dari oven.
ReplyDeletefav sy ni. kalau dpt mkn panas2 tau2 setengah loyang dah habis😆😆
ReplyDeleteEh,kenapa kek tu nampak macam melambai2 la...hihihi
ReplyDeleteMacam nak kena buat juga ni
sedapnya kek panas panas baru kuar oven
ReplyDeleteSuka makan kek macam ni..
ReplyDeletewah! sedapnya kak.. kek marble.. nadyya pon baru makan haritu.. tupon jiran bagi.hehe
ReplyDeletesaya pun suka kalau garing dekat bahagian atas tu
ReplyDeleteSedapnya kek marble
ReplyDeleteLama dah tak baking cake ni