Saturday, July 31, 2021

Makan Durian Lagi Hari Ni....

Assalamualaikum..

Hi korang...

Sebenarnya kan...dah dekat 2 minggu x makan durian...hari ni nak pergi klinik pagi tadi nampak ada orang jual Durian Jelebu kat area surau taman sebelah...then balik dari klinik singgah jap..saje nak beli sebiji dua buat makan kan..tempoyak dah banyak so tak yah dah beli durian tempoyak...beli la 3 biji RM30...sebab sekilo RM6 jer kan durian kampung....Masa belah kat situ dia tunjuk memang cantik la isi..sampai kat rumah sebiji je yang SA bleh makan..lagi 2 biji dah boleh buat tempoyak...katanya baru gugur kan...nampak sanagt kena tipu...malas plak nak pergi pulangkan semula...dah beli...


Abah tengah pilih durian...dia pun x berapa pandai pilih durian..harap kat orang tu je la...


Rezeki untuk hari ni kan...


Ini yang beli pagi tadi...


Kupas  durian abah boleh la...pilih dia x pandai...


Ini je yang SA boleh makan dan habis sebiji SA makan sorang...anak dara tu x makan durian...


Tak cukup makan pagi...petang tadi adik SA ajak pergi beli lagi...kali ni beli kat tempat yang orang jual mahal sikit sebab dia suka beli kat situ...sampai jer tengok- tengok...eh sama jer harga RM6 sekilo...lepas tu ada durian dah siap kopek Durian Musang King RM45 sepeket...itu adik SA belanja...SA beli 4 biji lagi dan kali ni memang puas hati...siap dapat buah manggis sorang satu plastik abang tu sedekah kat kami...syukur alhamdulillah...semoga murah rezeki abang tu....


Durian Musang King RM45 sepeket...


Bukan main Pak Zain melayan..sebab mmg diidamkan musang king tu...


Mak SA pun makan seulas tadi...dia x leh makan banyak kan..ada kencing manis


Yang SA beli ni semua boleh makan...4 biji RM27..Kedai abang tu bersebelahan Petronas Jalan Pantai


Macam biasa la Pak Zain tukang kopek

Ini pun x puas makan lagi tau...

Pak Zain ajak lagi beli esok...badan dah panas ni makan durian dari pagi...dah banyak kali mandi dah sebenarnya...tapi tu la..harga durian bukan main murah plak..harga jatuh RM6 sekilo untuk durian kampung kan...durian kahwin tu memang mahal la sikit, Durian Musang King RM33 sekilo...murah tu...sebelum ni x dapat de harga macam tu...kita tengok la esok macam mana...kalau rasa nak makan lagi boleh la pi beli....

Buat PCR Test Sebelum Masuk Kerja Next Week

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni hidung dan tekak SA ternoda, perit pedih dan macam- macam rasa ada...walaupun sekejap aje tak sampai 10 minit..tetap la terasa siksanya. Ntah macam mana la yang selalu buat swab test tu...SA buat RT-PCR test untuk masuk kerja next week. SA kan terlibat dalam project bid submission sampai 9hb so nak tak nak kena la buat test ni..Dah itu antara syarat- syarat SOP company. Untuk test ni SA dikenakan bayaran RM200. Tapi boleh la claim semula kat company. SA x buat melalui insurance sebab tahun ni dah banyak guna..tak nak cepat habis limit nanti..

Jom tengok gambar yang SA sempat snap tadi....terpaksa mintak tolong staff klinik amikkan gambar sebagai bukti SA dah buat PCR.



Ada yang berkenan dengan face mask SA ni kat klinik...rata2 yang terserempak ngan SA tanya beli kat mana...Shopee je uolls...apa ntah kod face mask ni...


SA buat PCR Test kat sini...klinik ni kat Dataran Senawang. Orang Seremban tau la ni...


Ternoda hidung SA....dah la lama gak dia putar2...


Bila nak habis erk


Buat kat tekak plak ye...
 

SA dikehendaki kuarantin selama 3 hari sampai Isnin atau sampai keputusan keluar

So..bermulalah kuarantin diri dari tarikh hari ni sampai Isnin nanti...atau sampai keputusan keluar...dah buat test hari Sabtu...lab Ahad x buka kan...and memang dah di beri info result untuk PCR Test ambil masa 48-72 jam. So kena la ikut.. tak boleh la x ikut kan...dah la next week SA kena masuk kerja hari- hari termasuk Sabtu dan Ahad. Ikutkan risau jugak nak kerja hari- hari..nak - nak plak kes semakin hari semakin tinggi kan...kadang ada yang x faham. Ye kita tahu la tanggungjawab kita sebagai pekerja tapi kena fikir jugak situasi sekarang yang sangat- sangat bahaya. Kita pertruhkan nyawa tau untuk bekerja. SA x mintak banyak pun...mintak faham keadaan je. dah la kesihatan sedikit miserable selepas vaksin ni..antibody SA dan antibody orang lain dah tentu tak sama sebab SA pernah sakit kronik dulu kan...pernah koma dan sebagainya..kadang- kadang benda macam ni buat SA stress..kita nak badan kita sentiasa sihat untuk kelangsungan hidup..tapi ada pihak yang sengaja tak nak faham keadaan kita. Sakit pening kita ada ke mereka yang akan amik tahu? Takde kan?

Semoga allah permudahkan lah perjalanan SA dalam mengharungi cabaran untuk bertugas nanti..Dan semoga SA diberi kesihatan yang berpanjangan untuk menjayakan project bid submission ni..tak lama hanya sampai 9hb aje....lepas tu back to normal semula....

Friday, July 30, 2021

Dapat Pun Manggis Walau Terpaksa Beli

Assalamualaikum...

Hi korang...

Begini la nasib orang terkurung PKP x leh balik kampung, takleh merentas daerah atau negeri...ikutkan kat kampung ada jer pokok manggis tengah berbuah...tapi takde rezeki kami balik kampung makan buah kali ni...semuanya sebab x boleh merentas daerah ni ha...terkurung jer kat rumah dah setengah tahun dah...walaupun PKPD di NS semuanya dah di tamatkan tapi SOP masih ketat dimana merentas negeri dan daerah tetap tidak dibenarkan...kereta pun cuma 2 orang jer bleh naik dan hanya kelonggaran diberi untuk 10km jarak dari rumah...apo....

Nak dijadikan rezeki kami la kot kat Pasaraya Zemart ni ada di jual manggis. Pak Zain beli la sebab murah..RM4.50 sekilo...buahnya pun cantik- cantik...jadi merasa la kami anak- beranak makan buah manggis walau SA x berapa minat sebab manis...Mak pulak kencing manis kan...sebiji sehari jer la kalau boleh pun...kang naik plak gula dia satu hal..semua nak kena jaga tu....



3 kg jugak Pak Zain beli...

Cantik kan buah dia... 


Nah...isi di dalam...


Setakat ni SA baru makan 2 biji...ada banyak lagi tu...harap Ahad nanti adik SA yang hantar SA pi vaksin hari tu datang la dengan anak dia si Dida...boleh la tolong perabihkan nanti....kami janji nak masak- masak Ahad ni...Sotong besar tu pun dah tambah lagi 2 ekor yang besar gak...x tau la nak masak sambal ke nanti atau nak buat sotong goreng tepung...tengok la nanti macam mana. Yang penting nak dia yang masak la...SA dah muak makan masakan sendiri...hehehehe.....nampaknya musim durian macam nak habis jer ni...tekak ni teringin durian plak...

Tips Buat Sotong Goreng Tepung Sempurna Macam Di Kedai TomYam

Assalamualaikum...

Hi korang...

Sotong goreng tepung memang hidangan yang digemari oleh semua golongan usia. Tak kira tua ke muda. Sedap dimakan untuk hidangan tengahari dan makan malam. Adakala tak sempat jadi lauh habis diratah begitu sahaja kan.. SA selalu terbaca kat mana- mana blog dan kat page- page masakan yang ramai hadapi masalah ketika nak buat sotong goreng tepung kan. Masalah paling ketara adalah tepung tidak melekat pada sotong. Ada yang tepung terpisah dari sotong dan macam- macam lagi. SA sebelum ni pun tak pandai jugak..hadapi masalah yang sama jugak tapi sebab rajin mencari cara yang betul so SA dah takde masalah dah. Kalau makan kat restoran ada yang bagi sotong goreng tepung yang macam cekodok..sudahnya gigih buat sendiri...Puas hati dan puas makan....

Kisahnya hari ni Pak Zain pi Pasaraya Zemart, dia kata murah sotong gergasi ni..RM29 sekilo...dibelinya 2 kilo. Balik jer dia bagi kat SA...pelik plak..dah kenapa...dia kata ko tengok la murah betul...ye la korang...RM29 sekilo...2 ekor tu x sampai sekilo..RM37...erm...bapak giler besar nak buat apa ni...sudahnya SA buat sotong goreng tepung je....Dania suka...

Jom tengok cara- cara SA buat sotong goreng tepung


Besar kan?


Tengok la...pelik plak..kalau kat pasar besar ni harganya RM50++ sekilo...kat pasaraya plak murah


Part kepala memang fav SA..


Telur 2 biji...kacau macam nak buat telur dadar


Masukkan sotong..coated kan dia dengan telur


Then masukkan dalam bekas makanan yang dah letak tepung goreng bistari...SA suka guna tepung bistari ni...sedap..kemudian tutup bekas tu dan goncangkan...tepung tu akan melekat mesra dengan sotong tu...


Dia jadi macam ni...


Macam ni...haaa...kan tepung tu melekat sekata berbanding kita guna tangan kan...so tangan kita bersih tak berselaput dengan tepung dah...tepung tu pun kekal melekat pada sotong...


Then goreng dlam minyak yang betul- betul panas


Dah siap!!!


 Separuh dah kena cukai...diratah...

Macam SA cakap...

Sotong Goreng Tepung ni tak akan jadi lauk....belum masak semua dah kena cukai...terjerit- jerit SA kat dapur tengok dah tinggal sikit...sabar jer la...now korang dah tau kan macam mana nak buat sotong goreng tepung yang sempurna kejadiannya. Make sure letak dalam bekas tepung tu, coated dengan telur dan goncang bagi semua tepung tu melekat pada sotong...

Selamat mencuba ye......

Jadilah Jiran Yang Prihatin, Jangan Takut Untuk Menghulurkan Bantuan

Assalamualaikum..

Hi korang...

SA terpanggil untuk share tentang perkongsian yang bermanfaat ini dengan korang kerana ini adalah penting. Penting untuk kita menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Tak kisah lah situasi macam mana pun. Betul wabak Covid 19 ini adalah berbahaya tetapi ianya bukanlah penghalang untuk kita semua membuat kebaikkan especially terhadap jiran kita..sekurang- kurangnya tindakkan pantas kita mampu menyelamatkan nyawa mereka ketika itu..

Pada zaman nenek moyang kita dahulu, keseronokan dan keindahan hidup berjiran menjadi satu perkara yang sangat penting. Mereka hidup aman damai tanpa pergaduhan.Boleh dikatakan kemesraan antara jiran tetangga amat erat. Jika ada kenduri atau kematian, pasti berduyun-duyun orang kampung akan hadir.

Namun, pada zaman milenia ini, adab dan kemesraan dalam berjiran tidak sama seperti dahulu, malah kian pudar dan bertukar 100 peratus.Mungkin sekarang ini konsep berjiran sudah tidak membawa sebarang makna atau sudah ketinggalan zaman.Semangat hidup berjiran yang kita warisi sejak turun temurun, kini jelas semakin terpinggir.Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur, antaranya perubahan gaya hidup masyarakat yang terlalu sibuk dengan hal sendiri serta sibuk mencari rezeki masing-masing.

Kerana kesibukan juga menyebabkan masyarakat tiada masa untuk berbual atau saling tegur menegur antara satu sama lain.Malah ada yang tidak kenal dengan jiran sebelah walaupun sudah tinggal di kawasan perumahan yang sama sejak 10 tahun. Ha...itu SA la tu..dh lebih 10 tahun duduk di perumahan ni...tapi masih x kenal jiran- jiran lorong ni...selalu jugak jiran- jiran bagi juadah..bila anak- anak mereka datang hulurkan bungkusan terpaksa tanya dari rumah no berapa...teruk kan? Jujurnya tiada jiran- jiran yang berumur macam mak abah SA..Semuanya orang muda dan mereka kebanyakkannya bekerja luar dari Seremban. Jenis jiran- jiran yang hanya duduk dalam rumah dan kurang bergaul. SA rasa kita semua perlu mulakan semula keseronokkan hidup berjiran seperti di kampung -kampung kan? Belajar ambil tahu untuk kebaikkan..



Jom baca perkongsian ini...

Sekiranya ahli keluarga atau jiran² anda sesak nafas disebabkan covid-19..

  • Terus hantar mereka ke hospital guna kenderaan awam..
  • Tidak perlu hubungi atau tunggu ambulan datang ambil..
  • Ambulan tidak akan datang kecuali jika anda guna perkhidmatan ambulan swasta berbayar..
  • Banyak Nyawa sudah terkorban gara² tunggu ambulan sampai..
  • Ini berdasarkan pengalaman yang diceritakan oleh waris jenazah yang kami sudah uruskan..
  • Tolong jadikan iktibar..
  • Mohon jangan takut bantu hantar mereka yang sesak nafas disebabkan positif covid-19..
  • Mereka perlukan bantuan anda..
  • Guna saja kenderaan yang anda ada seperti kereta atau van..
  • Pakai mask 2 lapis sudah mencukupi,jika ada glove itu lebih baik..
  • Jangan pasang penghawa dingin kereta dan buka semua tingkap sepanjang perjalanan..
  • Selesai hantar terus sanitasi tangan dan seluruh badan anda..
  • Sanitasi juga kenderaan anda luar dan dalam..
  • Balik rumah pastikan terus mandi..

Jadilah jiran yang prihatin..

Jangan takut untuk membantu mereka yang dalam kesulitan..

Banyak nyawa boleh diselamatkan jika anda mengikut panduan yang dikongsikan

Thursday, July 29, 2021

Bertugas Di Office Hari Ini


Assalamualaikum..

Hi korang..

Hari ni SA  bersiaran dari office, setelah beberapa hari WFH dan demam. Bercakap tentang kerja memang banyak kerja dan SA dikhabarkan perlu masuk kerja hari- hari start next week sebab team SA akan buat submission untuk project. Sebelum tu SA dikehendaki membuat PCR Test terlebih dahulu untuk kemudahan keluar masuk project room. Nampaknya SA memang kena masuk office la nanti even Sabtu Ahad pun rasanya...

Sabar jer la kan...dah tugas...kena la hadap...semoga SA diberikan kesihatan yang baik. Bekerja dalam suasana yang tak selamat memang menakutkan....

Wednesday, July 28, 2021

Apabila Semua Serba Tak Kena..

Assalamualaikum...

Hi korang...


Kadangkala SA tak faham dengan sesetengah orang...kadangkala rasa nak marah dan nak hentam balik. Tapi bila difikirkan semula..nak marah pun takde faedah....tapi apa jer yang kita semua boleh buat..buat bodoh makin menjadi- jadi bab kecam mengecam ni...tapi perasan tak setiap situasi tu sememangnya berlaku antara diri kita dan orang- orang terdekat? SA bukan la bekerja sahaja, SA pun berniaga jugak...ragam orang- orang terdekat ni memang adakala buat SA rasa geram...tapi SA mampu bertabah aje la....sebab tu SA malas nak aktif sangat berniaga...kalau ada yang order jer baru SA buat jualan..

Korang pernah berhadapan dengan situasi di bawah?




👉Artis jual produk kurang berkesan kat kau, kau diam tak komplen.

Kawan kau jual produk kurang berkesan kat kau, kau minta refund siap viralkan di fb.

👉Guardian jual produk cuci muka import tak ada tanda halal dan kkm, kau beli tak bising dan pakai tanpa was-was.

Kawan kau jual produk lambat dapat halal dan kkm, kau kata produk kawan kau tak berkualiti dan tak bagus malah rasa was-was walaupun kau tau kawan kau tu Islam.

👉Bakers homemade buat kek siap bedeko bagai nk rak..sanggup perah idea sampai tak tido..jual rm100 pon ko kate mahal!!!

SR jual kek bulat kosong tak ade deko harge ratus2 rilek je ko beli..padahal ko pon tak tahu yg buat tu org islam ke tidak..kebersihan proces dr kilang terjamin ke tidak?

👉Ayam Kepsi seketul RM4 kau kata murah. Jual satu set kentang, ayam, air RM6.90 kau kata berbaloi.

Kawan kau jual ayam goreng tepung RM3 seketul kau kata mahal.

👉Kedai Torchlight Nasi Kandar jual nasi, ayam goreng, kuah kari caj kau RM7 kau kata murah dan bayar tanpa komplen.

Kawan kau jual nasi, ayam goreng, sayur, kuah caj kau RM6 kau kata dia jual mahal macam nak naik haji cepat.

👉Bertabahlah wahai sahabat bila berniaga di Malaysia. huhuhuhuhu

Kawan2 nk support berkira.. memilih pulak tue..

Tolongla support kawan2 buat business..tak kisah la business apa pun..

Yang paling best....bila bagi FREE...dia dulu nak....😂😂😂

WW~ Semakin Ramai Yang Positive Covid 19

 Assalamualaikum...

Hi korang..

Hidup kita selama 2 tahun diuji dengan virus Covid 19. Virus ni  berada di sekeliling kita..ada dalam udara yang kita hirup hari- hari. Semakin hari berita- berita mereka yang gugur semakin bertalu dan menyesakkan hati dan perasaan. Apatah lagi mereka yang kehilangan keluarga, sahabat dan orang terdekat. Kes semakin tinggi, jumlah yang meninggal pun semakin tinggi. Sedih..tak tahu nak buat apa dan fikir macam mana lagi..

Yang tak dapat balik kampung jumpa Ibu Bapa? Yang tak jumpa husband & wife? Tak jumpa anak- anak...yang tiba- tiba semua jadi yatim piatu..suami isteri meninggal dan tinggalkan anak- anak yang kecil. Anak- anak yang x sempat balik ibu ayah meninggal akibat covid? Isteri ramai jadi balu, suami yang jadi duda kehilangan isteri? Allahu...SA x dapat nak terima dengan tenang. Dengar jer berita family members yang positive dan ada yang meninggal buat SA jadi Anxiety. Tak dapat SA nak bayangkan kalau antara mangsa tu adalah SA atau ahli keluarga SA...mintak dijauhkan la...


Hari ni SA terima perkhabaran sahabat dan kawan office yang positive satu family. Aduhai...terus SA rasa tak tenang....walaupun mereka hanya kuarantin di rumah sebab tidak bergejala, tetap menambah kes positive harian kan?Kawan office satu family bermula demam selepas dapat vaksin. On and off demam sampai berjangkit- jangkit dengan anak-anak dan suami. Memang dia fully WFH. Pun kena juga kan..kawan FB sorang lagi...x tau dapat dari mana. Satu family positive termasuk bayi kecil...kuarantin dirumah juga..Ada jugak terbaca kawan- kawan blogger yang agak rapat positive juga...Syafakallah semuanya.....

Ya allah ya tuhanku..angkat lah wabak ini...nyahkan lah dari muka bumi ini. semakin ramai yang jadi anak yatim piatu, semakin ramai jadi balu, semakin ramai yang jadi duda...semakin ramai hilang ibu bapa dan tak sempat jumpa. Kasihani lah kami hambamu..berikanlah kami hidup yang selesa seperti sediakala..amin....

Update Adam Kushairy. Aadam dah discharged hari ni...tapi masih perlu kuarantin kendiri di rumah. Adam sampaikan ucapan terima kasih diatas doa- doa kawan- kawan semua.

Semakin SA dengar ramai yang positive semakin SA rasa virus ni dekat ngan kita..macam ada kat sebelah aje...semoga allah lindungi kita semua....amin...... 

Inilah yang Terjadi Pada Tubuh Anda Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi..

 

MANFAAT LEMON BUAT TUBUH KITA




Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu

Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system.

Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati

Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?

Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi


Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.

4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.

11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Lain-Lain Keistimewaan Lemon:


Menghilangkan acne

Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar

Caranya:

Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa

Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)

Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.

Menghilangkan rasa takut dan cemas

Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.

Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?

Caranya:

Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.

Tiada lagi ulser mulut (saya panggil mata ikan, HEHE)

Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni

Caranya:

Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa
Bye-bye demam

Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.

Caranya:

Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.

Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!

Selesema dan Sakit Tekak

Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak

Caranya:

Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.

Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan

Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)

Caranya:

Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas.
Biarkan semalaman.
Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan.
Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.
Merawat Eczema

Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit

Caranya:
Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi

Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari

Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.

Merawat Keletihan

Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.

Caranya:

Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment
Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air
Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam

Hypertension

Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.

Caranya:

Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya
Reneh atas api selama 5 minit
Tapiskan dan sejukkan
Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari
Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah

Melegakan sengatan serangga berbisa

Caranya:

Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu

Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi

Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik
Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil

Menidurkan Insomnia

Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.

Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan

Menyelamatkan perut

Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.
Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut
Selamat tinggal Varicose Vein!

Caranya:

Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart

Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.

Menghilangkan kesakitan

Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari

Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil

Menghilangkan nafas berbau!

Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.

Caranya:

Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan.

Sumber : Resepi Sheila Rusly

Tuesday, July 27, 2021

Sup Tulang Selangka & Ekor Lembu Menu Lunch Orang Takde Selera Makan

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ke 2 demam selepas vaksin Ahad lepas...selera memang takde..so Pak Zain masakkan sup tulang selangka campur ekor lembu...ini bukan dapat dari Ibadah Korban ye...bertahun tak pernah dapat daging korban..last dapat masa kami baru- baru pindah kat rumah ni...kalau balik kampung time raya korban je la dapat sekilo 2 ornag kampung sedekah. Insyaallah nanti tahun depan kalau diizinkan kami plak adik beradik nak buat korban...kami tak harap pun orang bagi daging korban..klaau ada rezeki tu ada la kan...

Apapun daging korban kena habiskan..tak boleh simpan lama ye...kena ingat tu...hari ni sedap betul SA menghirup sup...nasi makan 2-3 sudu je..entah kenapa dengan perut ni tak selera...ada chances kurus tak kalau dapat effect takde selera makan ni...SA lebih banyak minum air jer ni...risau jugak perut tak lapar- lapar...sudahnya hirup sup dan makan daging je la...bagi lasa perut yang lapar....


Sup tulang selangka campur ekor lembu....


Rendang kacang buncis campur kerang


Daun sup dan daun bawang untuk sup


Ikan masin gelama belah...Mak Pah la tu mintak gorengkan...


Update SA...alhamdulillah SA dah kebah demam...sakit- akit badan tu je la tinggal..bahu memang sakit la kat tempat cucuk tu....terima kasih korang yang sudi mendoakan...insyaallah esok lusa SA okey la ni...Khamis SA dah masuk kerja semula dah ikut turn...harap- harap SA terus sihat...tak dapat la SA nak bayangkan keadaan SA nanti lepas dapat dose ke 2 September nanti...punya la lama kan...cucuk hari tu 25hb July 2021, 2nd dose plak 26 September 2021....amenda ntah petugas tu cakap 2nd dose SA nanti October...

A Daughter Is Just A Little Girl Who Grows Up To Be Your Best Friend



My Ainnul Dania Huda....Every Moment I Have Had With My Daughter Is Precious. Her Smile Make Me Smile, Her Laugh Is Infectious. Her Heart Is Pure And True...
Above All, I Love That She Is My DAUGHTER😘😘😘 

Segmen Wanna Be My GFF by AO

 Assalamualaikum...

Tengah demam dan takde idea ni meh la kita join Segmen dari AO...SA dah kebosanan takde idea ni..nak masak tak larat...penangan Vaksin AZ ni memang teruk la...ni baru 1st dose..belum 2nd dose lagi


Syarat Penyertaan:

  1. Mestilah follower blog Alien Oren
  2. Follow Facebook dan Instagram Golden Fresh Fruits [ Instagram | Facebook ]
  3. Follow Instagram Kepada Sesiapa dan Facebook Alien Oren Space
  4. Buat satu post bertajuk 'Segmen Wanna Be My GFF by AO' 
  5. Copy banner serta link entri
  6. Klik Publish dan  submit link korang di ruangan komen.
  7. SIAP!

Segmen ni akan berlangsung selama TIGA MINGGU bermula 21 Julai sehingga 11 Ogos 2021.

Monday, July 26, 2021

Menu Untuk Orang Demam Lepas Kena Vaksin

Assalamualaikum...

Hi korang...

SA demam teruk kan...bagus la demam sebab vaksin tu bertindak baik ikut antibodi kan....SA sakit- sakit badan ni yang tak larat..memang layan makan panadol jer untuk setiap  6 jam...hari ni SA x masak pun,..Pak Zain dan Mak Pah yang masak. SA memang x larat langsung...dapat MC 2 hari...tapi dalam pada MC pun SA tetap kena buat kerja kat rumah..ye la..team SA kan tengah buat preparation untuk submit project..

Jom tengok apa yang Pak Zain dan Mak Pah masak hari ni...SA makan je walau selera takde...layankan makan sebab nak makan ubat kan...



Sayur bayam goreng


Sup Ketam untuk orang demam...leka dek menghirup kuah sup je la..


Masak lemak cili api kepala ikan kerapu...

 

Selera takde hirup sup ajer la...tekak ni x tau nak makan apa...perut sentiasa kenyang aje plak...air dah 3 botol habis...badan panas dalam kan...tapak kaki panas, tapak tangan panas...memang tak selesa...harap- harap cepat la berlalu segala demam ni...x larat dah nak hadap....

MyClaaz.com: Platform Digital Yang Menyokong Tenaga Pengajar Dengan Pelbagai Peluang Untuk Menjana Pendapatan

Pasaran dalam talian untuk pendidikan ini menawarkan pelbagai kelas bimbingan oleh guru dan pelatih bertauliah 



Pertama seumpamanya di Asia, platform digital pendidikan ini tidak hanya memberi kemudahan kepada golongan tenaga pengajar dan pelajar malah membolehkan janaan pendapatan lumayan penggunanya.Sehingga kini, MyClaaz.com, platform di web dan aplikasi Android dan Apple mempunyai lebih daripada 15,000 ribu pengguna dan 600 mata pelajaran berdaftar.

Sejak pelancaran platform berkenaan pada Jun 2020, kini terdapat lebih 14,000 transaksi pengguna daripada 20 negara. Menariknya, terdapat kira-kira 100 pengguna yang membuat transaksi lebih daripada 10 kali dalam tempoh setahun berkenaan.

Berdasarkan perkembangan yang memberangsangkan ini, Pengasas Myclaaz.com Dr Zaharuddin Abd Rahman, menyifatkan ia suatu peluang untuk menjana pendapatan dan ilmu serta kemahiran tambahan secara digital buat kalangan tenaga pengajar di platform berkenaan. Malah, pengguna turut berpeluang belajar secara berstruktur kemas dengan harga berpatutan dan mendapat sijil professional melalui platform mycourse.my (iaitu sub portal myclaaz) bagi meningkatkan peluang karier mereka



Dr Zaharuddin Abd Rahman, Pengasas Myclaaz.com


“Pendaftaran tenaga pengajar diberikan secara percuma bagi membolehkan mereka menikmati pelbagai faedah. Malah, perkhidmatan pengajaran dan produk pendidikan seperti e-buku, e-nota, soalan ramalan dan video pengajaran mereka boleh dibeli dengan mudah dari seluruh dunia menerusi platform ini,” jelasnya.



MyClaaz®️ adalah platform padanan antara pelajar-tenaga pengajar secara automatik yang memanfaatkan teknologi berasaskan pengenalpastian jarak lokasi serta turut menyediakan ruang digital sebagai pasaran dalam talian untuk sebarang produk pendidikan.

Menurutnya, pembangunan teknologi pendidikan ini bertujuan mempelbagaikan cara golongan pendidik berhubung dengan pelajar tanpa mengira lokasi dengan menawarkan ciri serta perkhidmatan yang inovatif.

Pakar dalam pelbagai bidang profesional serta pencipta modul kursus seharusnya mengambil kesempatan dengan mendaftarkan diri di platform ini tanpa sebarang pembayaran, seterusnya memanfaatkan semua kemudahan Myclaaz.com.




“Golongan sasaran ini boleh mencipta sendiri kerjaya mereka sebagai pengajar, tutor atau pensyarah. Malah kini MyClaaz®️ mempunyai beberapa tenaga pengajar yang mampu menjana sehingga RM300,000 nilai jualan hanya dalam tempoh tiga bulan melalui penjualan tiket pelbagai program pendidikan, e-buku dan bahan pembelajaran mereka,"jelasnya.

Selain itu, platform MyClaaz®️ menyediakan ruang untuk pembayaran kelas secara sekali bayaran dengan harga serendah RM10.

Justeru, golongan daripada pelbagai latar belakang sosio-ekonomi boleh menyertai kelas tanpa komitmen bayaran yang tinggi seperti kelaziman oleh pusat tuisyen atau tutor yang mengenakan syarat kepada pelajar untuk mengikuti pengajian mereka bagi tempoh yang lama.

Ini sekaligus dapat membantu pelajar yang memerlukan bantuan tambahan semasa pandemik untuk memilih subjek tertentu di samping meminta sesi daripada pelbagai tenaga pengajar yang mereka selesa dan yakin.

Platform ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti perkhidmatan pengaturan kelas individu, kelas dalam talian serta penjualan produk termasuk nota, ujian, peperiksaan dalam talian dan tiket acara. Myclaaz.com juga memberi kemudahan kepada tenaga pengajar menjalankan sesi pembelajaran dengan cekap melalui persidangan video berserta ciri tambahan yang membolehkan pelajar merakam sesi pembelajaran dengan lancar



Bukan itu sahaja, MyClaaz menyediakan platform pembelajaran khusus untuk perniagaan, universiti dan badan pensijilan profesional dalam bentuk kursus pendek melalui laman sesawang sub (mycourse.my) dengan harapan ia akan digunakan sebagai platform inovatif untuk menjalani pembelajaran dalam talian pada harga mampu milik

Penawaran mata pelajaran yang diluluskan di platform ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu mata pelajaran sekolah, mata pelajaran universiti, mata pelajaran umum dan subjek kemahiran profesional.

"Kami telah menggunakan myclaaz untuk membuat lebih daripada 20 transaksi dalam beberapa bulan terakhir dan itu termasuk membuat tempahan untuk kelas peribadi dalam talian, membeli tiket untuk acara pendidikan dan banyak lagi. Kami mendapati platform ini menarik dan ia menjadikan proses pembelajaran lebih mudah. Ini adalah sesuatu yang anda mesti cuba. Terima kasih myclaaz! " kata Suhaidah, pengguna MyClaaz dari Singapura

Myclaaz®️ juga diiktiraf antara pemenang bantuan permulaan Cradle Fund yang membuktikan integriti, reputasi dan kepercayaan pihak kami dalam pemudahan sektor pendidikan.

Selain itu, pengasas syarikat ini yang dikenali sebagai ahli akademik dan tokoh awam terkemuka, Profesor Adjung Dr Zaharuddin Abd Rahman, juga menganggotai beberapa majlis penasihat seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bermatlamat untuk menjadikan pendidikan lebih inklusif dan fleksibel, Myclaaz®️ juga membantu proses pembelajaran dan penyebaran pengetahuan kepada masyarakat tempatan dan luar negara.  Untuk maklumat lanjut, layari https://www.myclaaz.com,  hubungi 01158530774 atau hello@myclaaz.com.