Thursday, July 8, 2021

8 Daerah Seremban Dikenakan PKPD

Assalamualaikum...

Hi korang..

Akhirnya seluruh Daerah Seremban di kenakan PKPD. Tak tahu nak kata apa..nak sedih of course sedih la kan..nak gembira pun ada jugak..kalau x dilaksanakan PKPD, ramai yang masih berdegil. Ada yang tak cakna dengan keadaan sekarang..tolak tepi la kes kilang...kena tengok sikap individu sendiri. Apa yang SA saksikan ramai yang x ikut SOP. Keluar sana sini macam takde apa yang berlaku. Kerajaan dah war- warkan. Keluar sekiranya perlu...sebaliknya....erm...malas nak kata apa dah....

So Rakyat Seremban terima aje la PKPD ni dengan tabah...



Lama kan...ntah macam mana SA nak pergi kerja. Dah la SA ni tak drive pi kerja..bergantung pada public transport. Walau PKPD SA tetap bekerja dan ikut jadual yang telah di tetapkan. Satu masalah kat situ kan..

Kawasan PKPD Seremban

PKPD di seluruh daerah Seremban, Negeri Sembilan  berkuat kuasa bermula 9 Julai sehingga 22 Julai 2021. PKPD Seremban melibatkan lapan mukim iaitu:

  1. Mukim Ampangan
  2. Mukim Labu
  3. Mukim Lenggeng
  4. Mukim Pantai
  5. Mukim Rantau
  6. Mukim Rasah
  7. Mukim Seremban
  8. Mukim Setul

Keliling SA PKPD ni ha....bertabah lah....

7 comments:

  1. Apo nak dikato.. Semoga pendamik ini segera berakhir.

    ReplyDelete
  2. Bertabahlah kita kak. Itulah hal kerja tu. Ada yang kata tak boleh keluar even urusan kerja pun. Entahlah..Semoga masing masing faham.

    ReplyDelete
  3. Baru perasan negeri 9 pon kes tinggi. Take care yaa kak

    ReplyDelete
  4. Bertabahlah kak SA, moga moga covid19 cepat cepat diangkat oleh Allah.

    ReplyDelete
  5. Tak dapek nak nolong.. Kami kat Selangor ni pun senasib. Semoga kes dapat diturunkan.

    ReplyDelete
  6. Semoa musibah dari Allah ni segera berakhir..

    ReplyDelete
  7. Hairan pula akhir-akhir ini angka mencanak-canak naik. Moga warga Seremban baik-baik saja.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......