Saturday, July 24, 2021

2 Hari Demam Kerana Berpanas Di USIM Nilai

Assalamualaikum...

Hi korang...

2 hari ni SA demam..bermula Rabu malam sampai la semalam hari Jumaat. Ni dah ok dah...kepala sakit melampau- lampau sebab SA berpanas kan...pengiring tak dibenarkan ikut masuk ke dewan. Dah la SA duduk di bawah pokok yang tak berapa nak rendang. Dengan matahari pacak di kepala masa tu. Memang mengundang demam la..SA plak alah dengan panas...Ikutkan SA memang dah lama x demam tau..bermula dari sakit kepala bawak ke panas badan. So seminggu ni memang SA x pergi kerja. Memang SOP company kalau demam , batuk atau gejala kurang sihat lain yang melanda tidak dibenarkan staff masuk kerja kan...

Dalam pada demam tu...semalam SA sempat masak lauk pauk untuk makan tengahari...sebab dah rasa kebah kan, SA demam panas je dan sakit kepala, takde batul atau selsema so takde la SA pergi klinik. SA dapatkan jugak la nasihat adik SA yang kerja nurse tu...dia kata tak perlu just makan panadol je..SAa ni makan panadol pun boleh lalok x tentu arah, penangan badan dah letih benar pun ye jugak kan...Mak Abah kan baru amik 2nd dose vaksin..kali ni walau diorang takde gejala tetap kesian kat diorang. Takkan nak biarkan diorang masak plak...masa demam Khamis tu memang Abah ngan Mak masak la..lepas tu SA gigih makan ubat nak sembuh cepat sebab tak nak susahkan mak abah. 

Jom tengok apa yang SA masak semalam


Masak lemak cili api ikan parang campur bendi. 


Celur sayur kangkung dan bendi


Sambal belacan pedas berapi..apesal cili besar zaman sekarang pedas giler erk...


Sotong goreng tepung bistari

Itu jer la yang terlarat SA masak semalam..SA hari ni nak kena rehat betul- betul sebab esok nak kena vaksin dah kan...so kena betul- betul relax agar takde apa- apa kesan  masa vaksin nanti....SA akan dapat vaksin AstraZeneca sebab tu la SA risau skit. Malas nak ulang balik kesan- kesan dari kawan- kawan kan..Walau effectnya base on antibody seseorang. SA tetap risau sebab SA tau la condition SA kan...kalau boleh biarlah takde apa- apa effect.

Apepun doakan untuk SA esok...harap- harap tak demam lagi...semoga allah permudahkan perjalanan SA ke UM esok...appointment suntikan pukul 10.30 pagi....


19 comments:

  1. Semoga cepat baik demamnya & dapat suntikan esok pagi..

    ReplyDelete
  2. Allahu Akbar..ada kawasan memang panas terik. Ada kawasan hujan hari-hari ni kak. Semoga akak cepat sembuh ya.

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah kurniakan kesembuhan...Semoga Pak Zain & Mak Pah juga sihat

    ReplyDelete
  4. sambal belacan tu menariknyaaaa

    ReplyDelete
  5. Semoga cepat sembuh kak SA! Makan ubat okey dan rest secukupnya :)

    ReplyDelete
  6. Demam-demam pun masih mampu memasak lauk yang sedap-sedap..

    ReplyDelete
  7. Gws kak.. sedapnya sotong goreng tepung

    ReplyDelete
  8. Allahu terus demam akak kena berpanas tu. Cuaca tak menentu boleh jatuh sakit. Semoga akak cepat sembuh untuk cucuk nanti.
    Sedapnya ikan parang masak letak bendi. Lama tak masak ikan masak lemak. Sedap ada ulaman dan sambal belacan.

    ReplyDelete
  9. Demam2 pun sempat msak sedap2 yerr..rest well kak SA!

    ReplyDelete
  10. hebat! demam demam pon boleh masak lagi kak.. sotong goreng tuu nampak menyelerakannn :)

    ReplyDelete
  11. xlarat pun masak nampak sedap tu..gws kak SA

    ReplyDelete
  12. Semoga cepat sembuh kak SA. Take rest !

    ReplyDelete
  13. Sedapnya lauk2 akak❤️❤️❤️

    ReplyDelete
  14. Get well soon kakak
    Take care
    Tidur cukup tau
    Minum air kosong byk2
    Ubat jgn lupa makan
    💗💓❤

    ReplyDelete
  15. dia punya masak kalah saya yang sihat ni haha. Semoga cepat sembuh kak SA. Minum air banyak2 & rest secukupnya tau :)

    ReplyDelete
  16. Harap SA dah makin sihat ye :)

    ReplyDelete
  17. menu terlampau sedap nih,demam boleh pulih Inshaa Allah kalau mkn kerap2 lauk2 sedap gini heheee ^_^

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah