Saturday, July 3, 2021

1st Sinovac For Mak Pah

Assalamualaikum..

Hi korang...

Khamis lepas SA hantar Mak Pah plak amik vaksin kat Senawang Specialist Hospital atau SALAM. Lega sikit sebab tak jauh dari rumah. Lepas tu urusan pun mudah je..cepat dan tak ramai orang. Cumanya SA x dapat nak amik gambar dari awal urusan sebab mak tak pandai sangat nak explain dan x boleh nak isi borang...mana yang ada jer gambar ni semua..

Untuk vaksin kali ni Mak dapat Sinovac jugak. Syukur mak dapat Sinovac sebab less effect. Dan memang takde effect langsung..demam takde..lenguh pun takde. Cumanya mak macam abah...lepas sehari kena vaksin ni dia sangat- sangat hyper. Tak reti duduk diam dan paling x leh blah. Mak x leh nak tido..rasa cergas aje katanya. allahu..betul ke diorang ni cucuk vaksin. Abah SA pun sama tak boleh duduk diam.Confused SA.

Jom tengok gamabr apa yang sempat SA snap Khamis lepas



Lepas settle daftar apa segala, sesi interview..kena la naik ke level 4_ Vaccination Centre


Muka macam cuak je...mana ada katanya


Nampak ke baca tu?


Tunggu giliran jumpa doktor


Bilik counseling 3 katanya


Keadaan kat sini terkawal sebab  tak ramai dan kakitangan pun sangat best


Dah sampai turn...SA tanya dulu bleh ke amik gambar nak tunjuk kat anak cucu mak...boleh kak...katanya


Get ready untuk cucuk


Yeay mak dah dapat vaksin....


Sampai SA x sedar mak punya mask senget


One more photo


Mak dah sudah..SA belum lagi...sabar je la...


2nd Dose Mak nanti pada hari raya haji yang ke 2, ditempat yang sama

SA punya vaksin nanti 25 July kat UM. Tengah fikir ni nak teruskan atau tak. Sebabnya takde orang nak temankan SA...Astra Zeneca punya vaksin akan buatkan seseorang tu pening selepas di cucuk. Base on feedback kawan- kawan SA. So at least kena seorang temankan SA. Kalau pergi sorang dah tentu SA naik public transport kan..Nanti la SA fikir dulu macam mana. Maybe ajak Pak Zain la kot. Cumanya dia tak berani nak drive kat KL.

Eh lambat lagi la...nanti la fikir.....

3 comments:

  1. Alhamdulillah selesai. Mcm parents 2 dose dpt sinovac tak ada simptom

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah setel satu dos. Tinggal satu dos je lagii tuuu.

    ReplyDelete
  3. Senang hati bila tak ramai orang. Senang urusan sikit. Lain macam pulak ye bila dapat vaksin Sinovac ni. Cergas lain macam. Semoga dipermudahkan urusan akak pulak nanti. Harap ada orang teman akak nanti.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah