Saturday, July 31, 2021
Makan Durian Lagi Hari Ni....
Buat PCR Test Sebelum Masuk Kerja Next Week
Friday, July 30, 2021
Dapat Pun Manggis Walau Terpaksa Beli
Cantik kan buah dia...
Tips Buat Sotong Goreng Tepung Sempurna Macam Di Kedai TomYam
Jadilah Jiran Yang Prihatin, Jangan Takut Untuk Menghulurkan Bantuan
- Terus hantar mereka ke hospital guna kenderaan awam..
- Tidak perlu hubungi atau tunggu ambulan datang ambil..
- Ambulan tidak akan datang kecuali jika anda guna perkhidmatan ambulan swasta berbayar..
- Banyak Nyawa sudah terkorban gara² tunggu ambulan sampai..
- Ini berdasarkan pengalaman yang diceritakan oleh waris jenazah yang kami sudah uruskan..
- Tolong jadikan iktibar..
- Mohon jangan takut bantu hantar mereka yang sesak nafas disebabkan positif covid-19..
- Mereka perlukan bantuan anda..
- Guna saja kenderaan yang anda ada seperti kereta atau van..
- Pakai mask 2 lapis sudah mencukupi,jika ada glove itu lebih baik..
- Jangan pasang penghawa dingin kereta dan buka semua tingkap sepanjang perjalanan..
- Selesai hantar terus sanitasi tangan dan seluruh badan anda..
- Sanitasi juga kenderaan anda luar dan dalam..
- Balik rumah pastikan terus mandi..
Thursday, July 29, 2021
Bertugas Di Office Hari Ini
Hi korang..
Hari ni SA bersiaran dari office, setelah beberapa hari WFH dan demam. Bercakap tentang kerja memang banyak kerja dan SA dikhabarkan perlu masuk kerja hari- hari start next week sebab team SA akan buat submission untuk project. Sebelum tu SA dikehendaki membuat PCR Test terlebih dahulu untuk kemudahan keluar masuk project room. Nampaknya SA memang kena masuk office la nanti even Sabtu Ahad pun rasanya...
Sabar jer la kan...dah tugas...kena la hadap...semoga SA diberikan kesihatan yang baik. Bekerja dalam suasana yang tak selamat memang menakutkan....
Wednesday, July 28, 2021
Apabila Semua Serba Tak Kena..
Assalamualaikum...
Hi korang...
👉Artis jual produk kurang berkesan kat kau, kau diam tak komplen.
WW~ Semakin Ramai Yang Positive Covid 19
Assalamualaikum...
Hi korang..
Hidup kita selama 2 tahun diuji dengan virus Covid 19. Virus ni berada di sekeliling kita..ada dalam udara yang kita hirup hari- hari. Semakin hari berita- berita mereka yang gugur semakin bertalu dan menyesakkan hati dan perasaan. Apatah lagi mereka yang kehilangan keluarga, sahabat dan orang terdekat. Kes semakin tinggi, jumlah yang meninggal pun semakin tinggi. Sedih..tak tahu nak buat apa dan fikir macam mana lagi..
Yang tak dapat balik kampung jumpa Ibu Bapa? Yang tak jumpa husband & wife? Tak jumpa anak- anak...yang tiba- tiba semua jadi yatim piatu..suami isteri meninggal dan tinggalkan anak- anak yang kecil. Anak- anak yang x sempat balik ibu ayah meninggal akibat covid? Isteri ramai jadi balu, suami yang jadi duda kehilangan isteri? Allahu...SA x dapat nak terima dengan tenang. Dengar jer berita family members yang positive dan ada yang meninggal buat SA jadi Anxiety. Tak dapat SA nak bayangkan kalau antara mangsa tu adalah SA atau ahli keluarga SA...mintak dijauhkan la...
Hari ni SA terima perkhabaran sahabat dan kawan office yang positive satu family. Aduhai...terus SA rasa tak tenang....walaupun mereka hanya kuarantin di rumah sebab tidak bergejala, tetap menambah kes positive harian kan?Kawan office satu family bermula demam selepas dapat vaksin. On and off demam sampai berjangkit- jangkit dengan anak-anak dan suami. Memang dia fully WFH. Pun kena juga kan..kawan FB sorang lagi...x tau dapat dari mana. Satu family positive termasuk bayi kecil...kuarantin dirumah juga..Ada jugak terbaca kawan- kawan blogger yang agak rapat positive juga...Syafakallah semuanya.....
Ya allah ya tuhanku..angkat lah wabak ini...nyahkan lah dari muka bumi ini. semakin ramai yang jadi anak yatim piatu, semakin ramai jadi balu, semakin ramai yang jadi duda...semakin ramai hilang ibu bapa dan tak sempat jumpa. Kasihani lah kami hambamu..berikanlah kami hidup yang selesa seperti sediakala..amin....
Update Adam Kushairy. Aadam dah discharged hari ni...tapi masih perlu kuarantin kendiri di rumah. Adam sampaikan ucapan terima kasih diatas doa- doa kawan- kawan semua.
Semakin SA dengar ramai yang positive semakin SA rasa virus ni dekat ngan kita..macam ada kat sebelah aje...semoga allah lindungi kita semua....amin......
Inilah yang Terjadi Pada Tubuh Anda Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi..
MANFAAT LEMON BUAT TUBUH KITA
Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi
Lain-Lain Keistimewaan Lemon:
Tuesday, July 27, 2021
Sup Tulang Selangka & Ekor Lembu Menu Lunch Orang Takde Selera Makan
A Daughter Is Just A Little Girl Who Grows Up To Be Your Best Friend
Segmen Wanna Be My GFF by AO
Assalamualaikum...
Tengah demam dan takde idea ni meh la kita join Segmen dari AO...SA dah kebosanan takde idea ni..nak masak tak larat...penangan Vaksin AZ ni memang teruk la...ni baru 1st dose..belum 2nd dose lagi
Syarat Penyertaan:
- Mestilah follower blog Alien Oren
- Follow Facebook dan Instagram Golden Fresh Fruits [ Instagram | Facebook ]
- Follow Instagram Kepada Sesiapa dan Facebook Alien Oren Space
- Buat satu post bertajuk 'Segmen Wanna Be My GFF by AO'
- Copy banner serta link entri
- Klik Publish dan submit link korang di ruangan komen.
- SIAP!
Segmen ni akan berlangsung selama TIGA MINGGU bermula 21 Julai sehingga 11 Ogos 2021.
Monday, July 26, 2021
Menu Untuk Orang Demam Lepas Kena Vaksin
MyClaaz.com: Platform Digital Yang Menyokong Tenaga Pengajar Dengan Pelbagai Peluang Untuk Menjana Pendapatan
Pasaran dalam talian untuk pendidikan ini menawarkan pelbagai kelas bimbingan oleh guru dan pelatih bertauliah
Sejak pelancaran platform berkenaan pada Jun 2020, kini terdapat lebih 14,000 transaksi pengguna daripada 20 negara. Menariknya, terdapat kira-kira 100 pengguna yang membuat transaksi lebih daripada 10 kali dalam tempoh setahun berkenaan.
Berdasarkan perkembangan yang memberangsangkan ini, Pengasas Myclaaz.com Dr Zaharuddin Abd Rahman, menyifatkan ia suatu peluang untuk menjana pendapatan dan ilmu serta kemahiran tambahan secara digital buat kalangan tenaga pengajar di platform berkenaan. Malah, pengguna turut berpeluang belajar secara berstruktur kemas dengan harga berpatutan dan mendapat sijil professional melalui platform mycourse.my (iaitu sub portal myclaaz) bagi meningkatkan peluang karier mereka
“Pendaftaran tenaga pengajar diberikan secara percuma bagi membolehkan mereka menikmati pelbagai faedah. Malah, perkhidmatan pengajaran dan produk pendidikan seperti e-buku, e-nota, soalan ramalan dan video pengajaran mereka boleh dibeli dengan mudah dari seluruh dunia menerusi platform ini,” jelasnya.
“Golongan sasaran ini boleh mencipta sendiri kerjaya mereka sebagai pengajar, tutor atau pensyarah. Malah kini MyClaaz®️ mempunyai beberapa tenaga pengajar yang mampu menjana sehingga RM300,000 nilai jualan hanya dalam tempoh tiga bulan melalui penjualan tiket pelbagai program pendidikan, e-buku dan bahan pembelajaran mereka,"jelasnya.
Selain itu, platform MyClaaz®️ menyediakan ruang untuk pembayaran kelas secara sekali bayaran dengan harga serendah RM10.
Justeru, golongan daripada pelbagai latar belakang sosio-ekonomi boleh menyertai kelas tanpa komitmen bayaran yang tinggi seperti kelaziman oleh pusat tuisyen atau tutor yang mengenakan syarat kepada pelajar untuk mengikuti pengajian mereka bagi tempoh yang lama.
Ini sekaligus dapat membantu pelajar yang memerlukan bantuan tambahan semasa pandemik untuk memilih subjek tertentu di samping meminta sesi daripada pelbagai tenaga pengajar yang mereka selesa dan yakin.
Platform ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti perkhidmatan pengaturan kelas individu, kelas dalam talian serta penjualan produk termasuk nota, ujian, peperiksaan dalam talian dan tiket acara. Myclaaz.com juga memberi kemudahan kepada tenaga pengajar menjalankan sesi pembelajaran dengan cekap melalui persidangan video berserta ciri tambahan yang membolehkan pelajar merakam sesi pembelajaran dengan lancar
Bukan itu sahaja, MyClaaz menyediakan platform pembelajaran khusus untuk perniagaan, universiti dan badan pensijilan profesional dalam bentuk kursus pendek melalui laman sesawang sub (mycourse.my) dengan harapan ia akan digunakan sebagai platform inovatif untuk menjalani pembelajaran dalam talian pada harga mampu milik
Penawaran mata pelajaran yang diluluskan di platform ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu mata pelajaran sekolah, mata pelajaran universiti, mata pelajaran umum dan subjek kemahiran profesional.
"Kami telah menggunakan myclaaz untuk membuat lebih daripada 20 transaksi dalam beberapa bulan terakhir dan itu termasuk membuat tempahan untuk kelas peribadi dalam talian, membeli tiket untuk acara pendidikan dan banyak lagi. Kami mendapati platform ini menarik dan ia menjadikan proses pembelajaran lebih mudah. Ini adalah sesuatu yang anda mesti cuba. Terima kasih myclaaz! " kata Suhaidah, pengguna MyClaaz dari Singapura
Myclaaz®️ juga diiktiraf antara pemenang bantuan permulaan Cradle Fund yang membuktikan integriti, reputasi dan kepercayaan pihak kami dalam pemudahan sektor pendidikan.
Selain itu, pengasas syarikat ini yang dikenali sebagai ahli akademik dan tokoh awam terkemuka, Profesor Adjung Dr Zaharuddin Abd Rahman, juga menganggotai beberapa majlis penasihat seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Bermatlamat untuk menjadikan pendidikan lebih inklusif dan fleksibel, Myclaaz®️ juga membantu proses pembelajaran dan penyebaran pengetahuan kepada masyarakat tempatan dan luar negara. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.myclaaz.com, hubungi 01158530774 atau hello@myclaaz.com.
Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah