Monday, June 14, 2021

Takkan Pernah Puas Kalau Bab Durian

Assalamualaikum

Hi korang..

Dapat jugak SA makan durian. Kisah durian ni SA beli hari Sabtu. Sebelum kejadian air panas semalam la...lupa plak nak share pasal ni...tengah nak delete gambar terus ternampak...mahal sikit la durian sekarang...best ,masa kecik- kecik dulu. Masa tu arwah atuk memamg ada beberapa barang pokok durian kat kampung..sekarang dah takde dah..i mean pokok tu ada tapi dah tak berbuah dah. merajuk kot pokok tu sebab dah takde orang jaga. So sekarang kalau nak makan durian memang beli je la..mahal sikit pun takpe..asalkan dapat makan durian.Kt rumah ni SA je la makan durian ngan abah. Mak cuma boleh makan seulas dua je...Dania langsung x makan. Kalau tempoyak dia makan...erm...sabar jer la...pasal durian ni kan..dulu sblom koma SA tak makan saangat durian. Bangun dari koma SA jadi hantu durian...pantang ada durian orang jual...mahal pun SA akan beli bila tiba- tiba terasa nak makan durian.

Mahal ke? 

Mula2 tokey tu cakap RM25 sekilo...telan air liur SA. Tapi dia kata kalau beli 4 biji dia bagi RM15 sekilo..ni durian kampung kawen. Sebab tu mahal. Then SA pun cakap okey la...boleh la....settle bayar, bawak balik rumah..then lepas solat asar kami kerjakan durian.

Pujuk Dania makan durian, tak nak dia...susah nak tengok dia makan durian..kalau SA bab durian ni memang taka pernah puas la....mana ada istilah puas bagi penggemar durian kan?kalau anak buah SA yang paling suka durian si Aydan...yang laain2 tu takdenya...nak plak adik bongsu memang x makan durian...anak2 dia pun x makan la...sikembar makan tapi sikit je setakat 2-3 ulas. Tapi Dida suka....
















 

Semalam Mak SA buatkan gula durian. SA x tau la diorang sebut gula durian...for me lebih kepada serawa durian. makan cicah ngan roti. SA tak berapa suka durian yang dijadikan makanan lain. lebih suka makan durian fresh. Bila dah makan durian ni rasa panas badan la kan....susah nak tido malam- malam...pasang kipas no 3 pun masih x mampu hilangkan rasa panas SA..last2 suruh Dania on aircond. 

Biasa orang cakap kalau makan durian banyak dan tak nak panas kena minum air dari pangsa durian tu kan...memang takde la SA buat..hehehe.....

Siapa hantu durian?

Durian yang SA beli ni total RM178 termasuk durian buat tempoyak. Korang tau la Pak Zain tu...setiap tahun memang akan buat tempoyak. Dalam fridge tu dah berbotol2 besar tempoyak. Tak habis lagi..buat plak tempoyak baru..SA layan kan aje la...

12 comments:

  1. Kat sini x jumpa lagi doyan.. Dgr mmg mahal la skrg..

    ReplyDelete
  2. PC hantu durian. Kalau balik kampung, musim durian ada nanti PC duduk berzikir je biar buah durian tu gugur cepat dan banyak sikit. hahahaha.

    ReplyDelete
  3. Harga durian memang mahal sikit kalau di kawasan bandar. Dah tak boleh merentas negeri ke kampung untuk makan durian so redha jelah. Saya pun hantu durian. Kalau sebiji dua tu apalah sangat. Hehe

    ReplyDelete
  4. cantik isinya
    elokk pegghhh
    tgk SA makan rasa nk ngap jugak he hee
    ada dah nmpk lori parking tepi jalan tu tp xtau berpa sekilo
    nak blk kg tgk kebun entah bila boleh ni huhuuu

    ReplyDelete
  5. Baru beli hari tu. Durian siap kopek kulit masuk dalam box. 3 box RM100

    ReplyDelete
  6. Mesti semerbakk bauuunya kan kak SA :D

    ReplyDelete
  7. Sedapnya. Saya suka kedua-dua durian fresh dan tempoyak.

    ReplyDelete
  8. Dulu masa ada dusun durian memang hantu durian sampailah jemu dan tak suka durian lansung. Bau pun xboleh. lepas bebelas tahun baru sekarang saya makan semula jadi hantu durian. Memang tak puas makan durian kalau dah jumpa yang sedap. Suka makana yang fresh juga daripada masakan lain. Tak pernah cuba gak letak air dan minum dari pangsa durian tu. Macam pelik pulak nak buat :)

    ReplyDelete
  9. jgn kaakk. saya tgh craving gilos ni

    ReplyDelete
  10. Alamak ..durian. hmm sedapnyaaaaa kak

    ReplyDelete
  11. Biasanya penghujung musin durian di Malaya, barulah bermula musim durian di Sabah. Sabar menanti hihihiii.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......