Friday, June 11, 2021

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Favourite SA

Assalamualaikum..

Hi korang...

Siapa suka makan siput sedut? 

SA yakin siput sedut ni ada peminatanya yang tersendiri...sebab tu harganya sekarang sangat melambung tinggi. Kebanyakkan hotel- hotel dan restaurant memang menjadikan hidangan ini sebagai hidangan utama dan menjadi special dish untuk tarik ramai peminatnya datang makan di hotel dan restoran mereka. Masa SA aktif review makanan sebelum ni memang SA selalu nampak menu siput sedut masak lemak cili api dihidangkan di buffet- buffet hotel dan ye..ianya menjadi pilihan pengunjung. Tak kira bangsa apa..semua suka...

So hari ni SA berkongsi resepi dan cara SA sendiri. Lain tempat lain cara kan...




Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Bahan- bahan

  1. Siput Sedut  - 1kg - bersihkan dan dipotong hujungnya / montotnya
  2. Cili Api  - 15 biji  - Jangan banyak sangat takut pedas (tumbuk halus)
  3. Kunyit Hidup - sebesar ibu jari - tumbuk halus
  4. Serai 3 batang - dititik
  5. Santan 1 kotak - tak kisah apa jenama
  6. Asam keping  - 1 keping
  7. Daun kunyit - 1 helai ( koyak2 je..)

Cara masak
  1. SA masak guna kuali
  2. Masukkan siput dan bahan tumbuk iaitu cili api dan kunyit hidup dalam kuali
  3. Gaul biar bahan jadi mesra 
  4. Masukkan Serai dan daun kunyit
  5. Masukkan Santan dan asam keping
  6. Masukkan air sikit supaya santan sedikit cair
  7. Biar mendidih 
  8. Perasakan garam
  9. Siap



leka menyedut...


Sekilo siput sedut settle SA makan sorang...dah macam hakak Nita bibir akak....


Lauk siput sedut masak lemak cili api ni memang mahal ye korang...semangkuk SA pernah makan RM12-15 tau. Sebab tu SA cakap lauk siput sedut ni lauk kayangan...sekilo dah mahal giler kan..compare dulu- dulu around 20 years back, siput sedut, kerang apa segala takde harga pun. masa tu RM3 atau RM5 sekilo paling mahal kan...tapi sekarang, walau mahal tetap orang beli dan makan sebab ada peminat tersendiri. termasuk la SA ni ha...dan SA jenis memilih skit..kecik- kecik size siput SA x nak..nak beli yang besar- besar je baru puas makan. Kalau boleh pilih masa beli tu..memang SA dah pilih dah..nasib x boleh...

Selamat mencuba ye....

 


16 comments:

  1. Hahahaha bibir macam kak nita pun tetap lawo :D
    Pernah sekali makannnn siput sedut tapi letih nak sedut hahaha.

    ReplyDelete
  2. Alamak! Berapa RM sekilogram siput tu SA?
    Kali terakhir Kak Amie beli di pasar Sungai Buluh, Jeram sekilogram RM12. Tak tahulah harga sekarang. Dulu Kak Amie suka kutip siput tu dengan kawan-kawan di muara sungai dekat paya bakau. Sekali kutip dapat 4-5 kilo. Bawa balik masak asam pedas dengan batang keladi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal kat sekilo RM24, memang mahal kak sebab siput ni banyak permintaan.

      Delete
  3. Biar betul seorang makan sekilo.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekilo tu tak banyak mana pun Fairus...hehehe...dah bagi adik sikit..balance SA makan la habiskan...

      Delete
  4. Dah berpuluh tahun akak tak jumpa siput ni...masa kecik2 dulu biasa la makan..mak masak campur dgn keladi

    ReplyDelete
  5. takpernah try siput sedut 😅 tapi yang pasti resepi resepi kat blog SA akan jadi rujukan untk sha lepas nikah nnti hahaha

    ReplyDelete
  6. Sedapnya. Lama tak makan siput sedut.

    ReplyDelete
  7. Makanan orang susah dulu harga kayangan dah zaman sekarang.
    Sedapnya kak SA siput tu. naniey x pernah masak sendiri lagi. Tukang makan yang orang masak je.. Rasanya last menyedut ni thn 2019..

    ReplyDelete
  8. Makan suka
    tapi nak nyiangnya yang malas
    terpaksa potong bontotnya satu2.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi shida masak menu ni ka SA :)
    sedap nampaknya..cara kak SA sedut heheee

    ReplyDelete
  10. Telan air liur baca entri ni .
    Sipu sedut masak pulak dengan masak lemak cili api .
    Alahaii teringinnya . Lama tak makan sipu sedut .

    ReplyDelete
  11. sedapnya.. kalau tgh sedut tetiba tersedak nangis kak

    ReplyDelete
  12. Tak pernah lagi makan siput sedut ni.

    ReplyDelete
  13. Melambung betul harga siput sedut ni. Kalau teringin memang beli jugaklah. Sesekali bolehlah. Betul tu kak, dah siap masak pun harga lagilah bukan biasa biasa.

    ReplyDelete
  14. sedapnyaaa siput sedut.. mcm nak beli gak.. tp xthu bila.hahahah

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah