Monday, June 28, 2021

Resepi Grilled Lamb Shoulder ~ Pilihan Menu Kegemaran Dania Dan Keluarga SA

Assalamualaikum

Hi korang...

Suka lamb grill? Tak kisah la bahagian kambing yang mana ianya tetap menjadi pujaan di mana- mana. Kalau makan kat restoran- restoran ternama memang mahal la harganya kan...kalau nak makan puas kena la buat sendiri. Kambing memang kegemaran SA dan Dania. Abah pun suka tapi abah dah x leh makan banyak. So kali ni SA beli kepingan lamb shoulder di Sam Grocery NuSentral. SA beli 2 pack RM80 dengan setiap pack ada 6 keping lamb shoulder. Jadinya ada lah 12 keping semuanya...Cukup untuk buat stok. 

Petang Jumaat SA marinate sendiri guna resepi sendiri..dan lepas isyak malam tu SA start grilled atas dapur gas je..Kenapa SA suka beli Lamb Shoulder dari bahagian kambing yang lain? Sebab bahagian ni ada sedikit lemak dan banyak daging. Lepas tu dia cepat masak. Kalau nak grilled pun tak perlu lama sangat sebab SA suka medium well dari well done. 

Resepi marinate cara SA
  1. Lamb Shoulder - 12 keping
  2. Sos blackpepper 
  3. Sos tiram 2sb
  4. Serbuk blackpepper 
  5. Sesedap rasa 2sk
  6. Bawang putih 6 ulas- cincang halus
  7. Oregano 2 sudu besar
  8. Rosemary nak bagi wangi - tuang pada seluruh bahagian lamb yg dah di marinated
Gaul semua bahan dengan lamb sampai mesra dan simpan dalam fridge bahagian freezer dan pastikaan simpan dalam bekas bertutup. Malam tu masa nak masak SA keluarkan 5 keping dan selebihnya simpan dalam freezer pulak...



SA grilled guna buttercup..satu rumah bau sedap...


SA grilled atas pemanggang ajaib je..


Balik- balikkan dia agar masak sekata


Dania suka macam ni..ada rentung2 skit..haha...x la lemak tu kasi garing..end up dia akan keluarkan lemak tu masuk pinggan mama...sebeb tu mama dia badan banyak lemak


Medium well all time favourite

Pada SA jimat beli lamb shoulder sendiri dan marinated sendiri kalau compare yang dijual dalam packet. Satu packet RM60-RM80 tapi cuma ada 5-6 keping sahaja. SA beli 2 pack lamb shoulder dapat 12 keping..boleh makan 3 hari berturut atau selang2 ikut keinginan.

SA suka marinated sendiri..sendiri buat..sendiri puas makan compare beli kat luar. Kalau x pandai nak marinate boleh je cari kat google cara- cara marinated, resepi dan bahan- bahan sesuai...tak pun boleh je rujuk Youtube. Ramai aje yang buat dan share. Kalau dah pandai boleh la olah ikut citarasa dan tekak sendiri...Sedap pun sedap..makana pun puas....kan?

Selamat mencuba..


8 comments:

  1. Kita pun kalau beli lamb atau steak ni, lebih suka perap sendiri, dari beli yg dah siap perap tu, lagi puas makan, hihi

    ReplyDelete
  2. marinated sdiri lg jimat..husband yg slalu buat..fav kambing kami sefamily

    ReplyDelete
  3. era saya nak makan daging atau ayam dah berlalu. entah kenapa, jika diberi pilihan saya lebih suka makan ikan atau sayur sahaja...

    ReplyDelete
  4. Betul kak SA, perap sendiri lagi puas hati, ikut citarasa kita sendiri

    ReplyDelete
  5. Bakar bakar ni ada garing garing sikit tu yang penambah sedap tu.

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaa...lamb chop nak sedap memang kena letak rosemary tu..herba yang sangat sepadan!

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaaaa..da lama xmkn..huhu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah