Thursday, June 3, 2021

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum..

Hi korang

Memandangkan aktiviti Pak Zain hari ni menyalai daging dan ikan keli...so SA rajin skit la nak share ngan korang resepi Masak Lemak Cili Api Daging Salai. Mana la tau kalau korang nak cuba masak masakan N9 kan..tak susah pun nak masak...Masakan N9 la paling senang. bahan pun basic je..x perlu guna bawang ke bawang putih ke...resepi yang SAa belajar ni memang pure resepi N9 dan tak renyah...korang pun bleh masak ikut cara ni....

Baca juga > Masak Lemak Cili Api Daging Salai Campur Terung Telunjuk

Jom tengok resepi dan cara masak..SA ada sediakan beberapa keping gambar juga..mana yang sempat SA snap ikut step by step..



saje bagi korang terliur..letak gambar dah siap masak atas sekali..hahaha...


Cili api dan kunyit hidup ditumbuk sekali sampai halus...


Mula kena kecutkan dia, SA x tau nak terangkan macam mana...masa Mak ajar masak memang guna istilah kecutkan untuk bagi daging tu empuk/lembut..daging + cili api dan kunyit + serai direbus dengan sedikit air sampai air tadi hampir kering


Pucuk ubi serai...( yang jenis daun panjang2)


Kemudian masukkan santan


Biarkan dia mereneh dan kacau sentiasa agar tidak terbit minyak dan kuah jadi cantik...


Nampak sedap kan...memang sedap sebab ada bau salai...masukkan garam sedikit demi sedikit..perasakan dan jangan terlebih garam sebab masa salai daging dag lumurkan garam juga...


Step seterusnya masukkan pucuk ubi. Boleh rebus dahulu pucuk ubi kalau rajin...SA masukkan terus je..malas nak rebus sebab dah lambat masak...


Biarkan seketika sampai pucuk ubi mesra dengan kuah dan elok masaknya...jangan lupa kacau selalu...jangan terbit minyak..nanti x sedap...


Dah siap!!!!SA terlebih cili..so sedikit pedas...


RESEPI

Masak Lemak Cili Api Daging  Salai


Bahan-bahan

  • 1kg daging ( disalai guna sabut kelapa, tempurung & arang)
  • Cili api segenggam & kunyit hidup ditumbuk halus
  • 3 batang serai- dititik
  • 1 kg Santan
  • Secekak pucuk ubi
  • Garam


Cara-cara

  • Masukkan santan + cili api + serai dlm periuk..kacau selalu agar tidak terbit minyak..tambah air jika perlu, biar mendidih dan agak pekat santan tu
  • Masukkan daging salai yang dah dihiris
  • Perasa kan garam
  • Masukkan pucuk ubi, biar seketika sambil di kacau selalu
  • Tutup api
  • Siap


Selain dari dari pucuk ubi, boleh juga campur dengan terung telunjuk, apa yang sedap dicampurkan dalam masakan daging salai? Ada orang suka campur buah bacang , mangga muda, daun gelugor atau campur buah belimbing buluh..semua ni memang sesuai dicampur dengan Masak Lemak Cili Api Daging Salai...sedap sangat...korang cuba la..nanti SA nak cuba letak bayam brazil plak..mana tau kan..sedap plak..sesekali kena la buat kelainan..Pak Zain ada tanam kacang botor..nan ti kalau hidup dan merimbun daunnya...bleh petik daunnya plak...campur dalam masakan..sedap tau....

Jumpa lagi next entry..

22 comments:

  1. Sk kalau masak lomak cili mmg ikut resepi ori nogori, senang dan sedap

    ReplyDelete
  2. Masak lemak cili api . Sedapnya . CCL suka pedas .

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap. Mesti berselera makan kalau ada menu ni.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya ! Tiba-tiba rindu kampung dekat N9..lama x balik makan masak lemak cili api.

    ReplyDelete
  5. Ada tambahan pucuk ubi tu yang tambah terliur SA!

    ReplyDelete
  6. Favorite laukkkkk! Dari jauhh dah terbau bau ni hehehe :D

    ReplyDelete
  7. Boleh bertambah makan kalau lauk gini

    ReplyDelete
  8. wow. sedapnyaaa daging salai. da lama xmkn :)

    ReplyDelete
  9. Wah. Memang terliur nak makan. Terbayang-bayang rasa smoking daging tu.

    ReplyDelete
  10. Kalau ke area Negeri Sembilan, memang wajib cari daging salai masak lemak..

    ReplyDelete
  11. Ya allah mmg pebret ni... Hahah tp skrg ni mls nk buat sbdri.. Slalu beli dagingsalai frozen yg sdh siap bahan.. Hahaha men campak2 je 😂😂

    ReplyDelete
  12. saya dah 4 tahun dok N9, tak pernah lagi masak sendiri daging salai, selalu makan time kat kantin sekolah atau bila makan kat luar..tapi daging salai masak lomak ni memang sedap!

    ReplyDelete
  13. adooiiii...kenapa nampak sedap sangat daging salai tu kak SA oiiiii.... kita dah la hantu daging...

    ReplyDelete
  14. sedap tu daging salai..adik ipar slalu buat sbb die org negeri 9

    ReplyDelete
  15. Memang sodap tapi wak tak tahan podas

    ReplyDelete
  16. sampai skg ni shida xpernah lg masak or mkn dgg salai msk lemak cili api..tp teringin nk rasa huhuu

    ReplyDelete
  17. sedapnya..fav gak ni. tapi nak buat sendiri tak reti sebab kena menyalai tu..

    ReplyDelete
  18. Sedapnya SA.. patot lah banyak like kat group FB tu SA..

    ReplyDelete
  19. Bau salai tu yang mahal tu. So sedap!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......