Assalamualaikum..
Hi korang
Memandangkan aktiviti Pak Zain hari ni menyalai daging dan ikan keli...so SA rajin skit la nak share ngan korang resepi Masak Lemak Cili Api Daging Salai. Mana la tau kalau korang nak cuba masak masakan N9 kan..tak susah pun nak masak...Masakan N9 la paling senang. bahan pun basic je..x perlu guna bawang ke bawang putih ke...resepi yang SAa belajar ni memang pure resepi N9 dan tak renyah...korang pun bleh masak ikut cara ni....
Baca juga > Masak Lemak Cili Api Daging Salai Campur Terung Telunjuk
Jom tengok resepi dan cara masak..SA ada sediakan beberapa keping gambar juga..mana yang sempat SA snap ikut step by step..
RESEPI
Masak Lemak Cili Api Daging Salai
Bahan-bahan
- 1kg daging ( disalai guna sabut kelapa, tempurung & arang)
- Cili api segenggam & kunyit hidup ditumbuk halus
- 3 batang serai- dititik
- 1 kg Santan
- Secekak pucuk ubi
- Garam
Cara-cara
- Masukkan santan + cili api + serai dlm periuk..kacau selalu agar tidak terbit minyak..tambah air jika perlu, biar mendidih dan agak pekat santan tu
- Masukkan daging salai yang dah dihiris
- Perasa kan garam
- Masukkan pucuk ubi, biar seketika sambil di kacau selalu
- Tutup api
- Siap
Selain dari dari pucuk ubi, boleh juga campur dengan terung telunjuk, apa yang sedap dicampurkan dalam masakan daging salai? Ada orang suka campur buah bacang , mangga muda, daun gelugor atau campur buah belimbing buluh..semua ni memang sesuai dicampur dengan Masak Lemak Cili Api Daging Salai...sedap sangat...korang cuba la..nanti SA nak cuba letak bayam brazil plak..mana tau kan..sedap plak..sesekali kena la buat kelainan..Pak Zain ada tanam kacang botor..nan ti kalau hidup dan merimbun daunnya...bleh petik daunnya plak...campur dalam masakan..sedap tau....
Jumpa lagi next entry..
Sk kalau masak lomak cili mmg ikut resepi ori nogori, senang dan sedap
ReplyDeleteterliurrr dah ni
ReplyDeletemenu feberet n9
Masak lemak cili api . Sedapnya . CCL suka pedas .
ReplyDeleteNampak sedap. Mesti berselera makan kalau ada menu ni.
ReplyDeleteSedapnya ! Tiba-tiba rindu kampung dekat N9..lama x balik makan masak lemak cili api.
ReplyDeleteAda tambahan pucuk ubi tu yang tambah terliur SA!
ReplyDeleteFavorite laukkkkk! Dari jauhh dah terbau bau ni hehehe :D
ReplyDeleteBoleh bertambah makan kalau lauk gini
ReplyDeletewow. sedapnyaaa daging salai. da lama xmkn :)
ReplyDeleteWah. Memang terliur nak makan. Terbayang-bayang rasa smoking daging tu.
ReplyDeleteSedapnya..
ReplyDeleteKalau ke area Negeri Sembilan, memang wajib cari daging salai masak lemak..
ReplyDeleteYa allah mmg pebret ni... Hahah tp skrg ni mls nk buat sbdri.. Slalu beli dagingsalai frozen yg sdh siap bahan.. Hahaha men campak2 je 😂😂
ReplyDeletesaya dah 4 tahun dok N9, tak pernah lagi masak sendiri daging salai, selalu makan time kat kantin sekolah atau bila makan kat luar..tapi daging salai masak lomak ni memang sedap!
ReplyDeletepergh, sodap ni
ReplyDeleteadooiiii...kenapa nampak sedap sangat daging salai tu kak SA oiiiii.... kita dah la hantu daging...
ReplyDeletesedap tu daging salai..adik ipar slalu buat sbb die org negeri 9
ReplyDeleteMemang sodap tapi wak tak tahan podas
ReplyDeletesampai skg ni shida xpernah lg masak or mkn dgg salai msk lemak cili api..tp teringin nk rasa huhuu
ReplyDeletesedapnya..fav gak ni. tapi nak buat sendiri tak reti sebab kena menyalai tu..
ReplyDeleteSedapnya SA.. patot lah banyak like kat group FB tu SA..
ReplyDeleteBau salai tu yang mahal tu. So sedap!
ReplyDelete