Assalamualaikum..
Hi korang
Hari ni Mak SA teringin nak makan daging salai masak lemak cili api....nasib la semalam SA ada beli daging batang pinang sekilo...so hari ni Pak Zain tolong la salaikan...pucuk ubi pun SA dah petik semalam kat simpang rumah. Haa...bukan curi..pucuk ubi tu Pak Zain yang tanam..sekali ngan serai dan daun pandan..bukan main subur lagi tanaman Pak Zain tu...Pagi- pagi lagi Pak Zain dah pi pasar segar cari tempurung kelapa..kalau salai daging atau ikan atau ayam pun, lebih sedap dan wangi baunya kalau di salai dengan bara api dari tempurung dan sabut kelapa..tambah jugak la sedikit arang..ye la kat bandar ni mana ada kayu api kan..kalau kat kampung boleh la salai ngan kayu api, tempurung dan sabut kelapa.
Entry ni fresh hari ni tau...walau SA sibuk kerja..tapi tetap luangkan masa tolong Pak Zain dan Mak Pah tu ha...dari awal proses sampai la proses terakhir. tersenyum simpul Mak bila tengok abah berusaha betul nak buat and tunaikan permintaan dia. Biasa la Mak SA kan tengah sakit, selera memang kelaut sebab tekak dia dah pahit..hari- hari makan ubat berpuluh- puluh biji . Sebab tu dia ada masalah selera makan...Kadang SA bising gak sebab dia makan sesuap dua je lepas tu dia stop. Kita yang kat rumah ni risau betul dia x berselera makan. Bukan apa takut effect kesihatan...
Jom tengo gambar yang sempat SA snap...
Arang + sabut dan tempurung kelapa di bakar utk dapatkan bara..
Sedap ke daging salai dan ikan keli salai...?
Of course la sedap u olls...lain rasanya bila di salai...okey kejap lagi nanti dah siap lauk daging salai masak lemak cili api tu..SA update entry ni dengan gambar ye....sekarang blom masak lagi...lambat la makan hari ni memandangkan tak settle lagi Pak Zai menyalai...
Jumpa lagi nanti ye....
sedappppp tu.. sy pun suka daging salai masak lepak cili api nogori... menu must eat bila sampai di melaya... hihihih
ReplyDeleteSA!
ReplyDeleteRasa nak datang rumah SA sekarang jugak! Tak tahan tengok daging salai atas panggangan tu. Pandainya Pak Zain menyalai! Cantik betul!
sedapnya..ikan keli kalau masak sambal sedap tu
ReplyDeletePak Zain tu menyalai pun smart ek...jaga penampilan betul...๐
ReplyDeletesedapnya daging salai..wuaaa nak juga..kak sa pos sini sket meh heheh
ReplyDeleteMacam tu ya cara salai? Macam barbeque pun ada jugak ya, teringin nak cuba salai daging sendiri, nak beli siap, mahal, huhu
ReplyDeleteikan keli tu kalau blk kg , semua ngadap he hee
ReplyDeleteSedapnyaaaa! Saya pula mengidam dibuatnya :)
ReplyDeletePertama kali nampak keli salai. Selalunya jumpa daging salai je.
ReplyDeleteRajinnnya pakcik Zain! Ada daya walaupun tengah menyalao hahaha
ReplyDeletewow. sedapnya ikan keli tuuu
ReplyDeleteYa ampun kak.. Sedapnyaaaaa.. Saya suka masak lemak daging salai.. Keli salai pun fav jugakkkk.. Sedapnyaaaaa
ReplyDeleteWaa.. Sedap ni..
ReplyDeleteRindu nyaaaaa zaman kecil2 oii.. Rindu nya kat arwah uwan... Sbb suka tgk uwan masak2.. Dulu kita guna dapur kayu je hahaa missing those moments..
ReplyDeleteKak SA, sambal belacan + pucuk ubi + sayur kangkung celur adalah THE BEST! Teringat my mum pula now. Aduhhhh makan dengan nasi putih panas sahaja dah mencukupi
ReplyDeletetengok daging salai tu kak... tiba2 teringat kenangan dengan arwah ayah SHa.. pantang tahu Sha nak balik kampung.. dah siap dah beli daging..daging masin masak lemak...daging bakar..wajib ada..
ReplyDeletemantop...daging ngan ikan keli tu..yummyyy
ReplyDeleteFuhhh... time2 PKP ni pulak dia lalu eh. Ngencessss๐๐๐
ReplyDeletebaru tengok gambar dah meleleh air liur. Kalau dapat rasa tu lagi sedap
ReplyDeleteLama dah tak makan , belum jumpa lagi yang betul-betul sedap kat sini, buat sendiri rasanya lagi tak sedap haha rajin kak s.a , terbaik
ReplyDeletearoma sabtu / tempurung tu yg mahal tu!
ReplyDeleteFuhh buat sendiri ke sis? Lagi la puas hati! Rajin betul. Kecur air liur tengok daging tu pedas lemak dia urghh dapnyaaa
ReplyDeletesedapnyaaaa lahai. . patutlah mahal orang jual daging salai ni, bukan mudah nak salai, bermandi asap
ReplyDeletewow I am drooling now! Nak makan them too coz it's cook with traditional method. Sure very tasty and juicy!
ReplyDeletedah lama betul saya tak makan daging salai ni. last makan tahu 2010 kot. sedap. aroma arang tu mmg special
ReplyDeleteNi sorang lagi hidup macma kat syurga ngidam jer dapat ngidam jer dapat hehehe kita tak ada orang nak hantar kalau mengidam Daging Salai Masak Lemak Cili Api ni kena lah buat sendiri daging pun bakar sendiri wakakaka tapi ni nampak sedap guna air arang tu bestnya..
ReplyDeleteUisshhh mengidam terus tengok daging salai masak lemak cili api macam ni.. so far tak pernah try masak sendiri but ada satu kedai ni memang khas masak masakan ni yang Nell suka.. macam nak pergi tapau jer nanti..
ReplyDeleteomg that looks super good! i have always wondered what are the ways to prepare this delicious traditional dish and now i do thanks to you
ReplyDeleteAkak! Bestnya buat sendiri daging salai. Semua salai bleh buat sendiri tu yang priceless. Rindu kampung halaman.
ReplyDeleteSekali nengok terkecur di buatnya.. ni kalau buat sendiri gini puashati gak ekkk..
ReplyDeleteEE nanti nak try laa ajak adik-adik semua merewang...
craving jugak ni. tunggu balik kampung lah camni baru dapat. Sedap tu campur dengan pucuk ubi. Memang gigih Pak Zain salaikan untuk buah hatinya eh. Mahu tak tersenyum simpul Mak Pah kat situ :) Alhamdulillah dapat juga makan daging salai masak lemak. dari dia tak berselera, ada juga selera nak makan.
ReplyDelete