Monday, June 14, 2021

Laksa Bodo- Bodo Je Buat Anak Dara Tersayang

Assalamualaikum...

Hi korang....

Biasanya kita yang mak- mak ni pasti nak masak makanan yang digemari anak- anak kita kan. Macam tu jugak la SA..gigih hari Khamis lepas buatkan Dania Laksa. SA nak buat utara style yang siap ada nenas tu...tapi cari nenas takde plak jumpa. Kalau dapat nenas potong pun ok bleh buat salah satu condiments laksa kan.. Gigih SA masak lepas makan tengahari dan lepas siapkan kerja office. Kalau tak salah dalam pukul 3 SA masak laksa ni. 

Kali ni SA gunakan ikan pelaling sebagai bahan utama laksa. Ada ikan kembung tapi malas nak defrost so beli je ikan pelaling dalam 7 ekor macam tu...sorang- sorang SA masak kat dapur. Pak Zain dan Mak Pah tido kan...so tenang sikit nak buat kerja. Bahan- bahan condiments SA sediakan sementara tunggu ikan dah siap direbus. Bukan susah pun kan....dah siap bahan- bahan susun elok2 letak kat atas meja makan dan tutup ngan tudung saji...lepas tu  SA kerjakan plak kuah laksa...pun x susah mana...bahan dah siap...

Lepas tu...tadaaaaa......



Semangkuk kebahagiaan buat anak dara...suka tengok dia makan bertambah...








Siapkan sedikit untuk Pak Zain dan Mak Pah...tapi....depa makan 2-3 sudu je...nasib buat x banyak


Petang tu Pak Zain nak pergi klinik so kirim kan sekali laksa untuk anak buah si Dida. Kirimkan jugak lauk siput sedut kat Mommy dia yang kerja di klinik yang sama....

Esoknya Jumat settle laksa tu semua..SA makan sikit je..biasa la bila kita ni tukang masak pasti takde selera nak makan banyak..SA makan semangkuk je...

Lepas- lepas ni tak tau la nak masak apa plak...

Ingat petang ni nak buat cucur udang...bahan ada dalam fridge tu...tgok la kalau leher ni tak sakit dan rasa rajin tu datang....hehehe...

17 comments:

  1. sedapppnya
    laksa memang perrgghhh layannn

    ReplyDelete
  2. Laksa bodo2 pun kemain ingredient dia.. Mcm perfect sume pun lengkap ��

    ReplyDelete
  3. Laksa bodoh pon tetap sedap ni

    ReplyDelete
  4. Laksamana? Laksamana Hang Tuah. Hihi

    ReplyDelete
  5. Bukan kaleng-kaleng resipi kak SA ni tau, terus rasa nak on kat dapur bila tgk laksa ni hishhhh lama tak buat hehe

    ReplyDelete
  6. Laksa bodo bodo pun janji sedapp dan kenyang kak SA hehehe ;)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya laksa bodo bodo N9
    lepasni bolehlah cuba try buat laksa JDT pulak

    ReplyDelete
  8. Hadoi pantang tengok laksa, Sedapnye SA, nak citer pengalaman PKP yang lepas buat laksa, dari tghari, malam sampai esk pagi kami ulang makan laksa hahaha lepas tu sampai hr ni tak buat dah

    ReplyDelete
  9. Sedap . Feberet ccl . Mujur minggu lepas da makan laksa . So tak terliur sangat

    ReplyDelete
  10. Seronok bila masak orang makan bertambah tambah. Sebagai tukang memang kurang sikit nak makan lebih.

    ReplyDelete
  11. laksa bodo dah mcm ni. kalau dia pandai mcm mana la pula kak

    ReplyDelete
  12. bodo-bodo nampak sedap gila!

    ReplyDelete
  13. bodo-bodo pun sedap tu..dibuatnya tergigit cili potong tu lagilah sedap tu

    ReplyDelete
  14. Laksa bodo bodo pon menarik kak🤪

    ReplyDelete
  15. Terliur Kak Amie tengok laksa tu. Lagilah ada cili padi potong. Sedapnya!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......