Friday, June 11, 2021

Keputusan Check Up Buat SA Terkesima..

 Assalamualaikum..

Hi korang..

Semalam SA dah dapat result check up yang 3 bulan lepas. Doktor Marina buat clear picture analysis pasal platelet darah putih SA terlampau tinggi. Untuk normal bacaan adalah 10 ke bawah tetapi SA punyer bacaan 18.9. Which is terlampau tinggi dan berkemungkinan infection. So buat la clear picture bloodtest. Hasilnya SA dikatakan suspected Thalassemia dan dikehendaki buat  blood analysis lagi...

Bayangkan perasaan SA masa tu. Lama SA berbincang dengan doktor Marina pasal result ni. Dia kata jangan risau. belum disahkan cuma suspect je..so dia mintak buat lagi sekali detail blood test. Mungkin keputusan tu salah sebab result SA semalam agak baik dan ada penambahbaikkan kat result platelet darah merah.


source from google.com


SA x tau apa punca bacaan darah putih SA naik tinggi. Biasanya kalau bacaan tinggi seseorang tu berkemungkinan demam atau tak sihat macam selsema atau batuk. So doc akan rawat dengan berikan pesakit antibiotic. Lepas tu should be ok. Masalah SA plak..SA dari tahun lepas x pernah demam atau batuk tapi platelet darah naik tinggi seolah- olah ada infection. Result SA cantik semua semalam. 

So darah dah amik lagi semalam untuk analysis. setahu SA Thalassemia ni adalah mengikut keturunan. Mak Abah SA bukan pembawa. So kebearangkalian  utuk dapat penyakit ni adalah mustahil. If yes dari kecik lagi dah detected kan. Ikut info dari Dr Marina semalam kalau ada Thalasemmia memang tak digalakkan untuk berkahwin dan ada anak. so dia tanya SA..ada plan nak kawen ke dalam masa terdekat atau akan datang. SA cakap so far xde pun terfikir nak berkahwin. hahahaha...adoi la....harap- harap semua ni ok la...takde apa- apa berkaitan dengan Thalassemia...

So SA x nak pening- pening...tunggu ajer lah next result nanti. Bulan 9 SA kena jumpa doctor semula. 

Kita doakan yang baik- baik aje ok.....

13 comments:

  1. Semoga tiada apa yg membimbangkan, take care tau

    ReplyDelete
  2. Insyallah harap bukan seperti yang di sangka...
    Harap semua yang baik2 aje

    ReplyDelete
  3. take care, semoga dipermudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  4. Alamak seram pula keputusan begitu. Buat tertanya-tanya.

    ReplyDelete
  5. Mudah2an keputusannya okay selepas ini

    ReplyDelete
  6. saya doakan takde apa2 kak.. mungkin masa ambil darah tu je akak tgh x sihat

    ReplyDelete
  7. Semoga semuanya baik-baik sahaja buat SA

    ReplyDelete
  8. Semoga Kak SA sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
  9. Mudah mudahan tiada apa yang serious. Semoga dipermudahkan segala urusan kak SA! :)

    ReplyDelete
  10. Moga dapat berita yang baik-baik saja. In shaa Allah. Take care SA.

    ReplyDelete
  11. Allahu, memang terkejut kalau result macam tu. Pelik juga tu kan. Semoga result pasni better. Semoga baik baik je kak. Aaminn...

    ReplyDelete
  12. inshaallah .. moga sihat selalu kak :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......