Sunday, June 27, 2021

Ikan Masin Jeruk Tenggiri All Time Favourite SA Dan Keluarga

Assalamualaikum..

Hi korang...

Suka makan ikan masin jeruk Tenggiri?

Kat rumah SA memang x putus stok ikan masin ikan tenggiri jeruk ni. Suka goreng lepas tu goreng bawang besar, cili padi dan perahkan limau nipis...huiii..lepas tu memang menambah la nasi kan...tak toleh kiri kanan lagi dah...lepas tu SA suka masak campur sayur kangkung ataupun sayur kailan. Memang laku la lauk macam ni kat rumah SA. Adakala kalau rajin SA buat nasi goreng ikan masin. SA suka sebab bau wanginya tu...memang kalau tengah kenyang pun jadi lapar semula...


 Apa itu ikan masin jeruk Tenggiri?

Ikan masin jeruk Tenggiri adalah potongan ikan Tenggiri yang telah melalui proses pemeraman dengan garam dan asam keping dalam tempoh tertentu.Nak beli pun senang..mana- mana platform online shopping pun ada..kat Shopee, Lazada even Carousell pun ada jual ikan masin tenggiri jeruk ni...memang menjadi pilihan ramai nampaknya...

Setelah siap, potongan ikan ini akan dimasukkan kedalam balang bersama minyak masak. Ini akan menjadikan potongan ikan ini mampu bertahan lama disimpan.

Selain dari menjadikan tekstur daging ikan lebih tahan lama ianyanya juga meningkatkan lagi rasanya.

Kebiasaannya ikan masin jeruk ni boleh terus digoreng untuk dijadikan menu pembuka selera atau dijadikan sebagai perasa tambahan dalam masakan.

Penyediaannya yang memerlukan masa yang lama dan faktor untuk mendapatkan bekalan ikan Tenggiri segar yang semakin berkurangan menjadikan kos penyediaannya semakin hari semakin meningkat.

Bagi mereka yang menggemari ikan masin jeruk Tenggiri ini, mereka telah memahami akan faktor ini. Pada mereka harga bukanlah penghalang asalkan kualiti produk yang baik dan keenakkan citarasanya dapat dikekalkan. Itulah yang menjadikan produk ini semakin diminati dan sentiasa diburui oleh para penggemarnya.

Korang suka ikan masin jeruk tenggiri? 

13 comments:

  1. Wak kalau makan nasi goreng, memang suka cari ikan masin
    Ikan pekasam tenggiri ni pun sedap

    ReplyDelete
  2. Akak pun suka SA..dok ada stok dlm botol tu..bila grg bau dia menyengat hidung

    ReplyDelete
  3. Suka ikan ni.Kalau makan dengan pulut memang layan giler.Hu3.Tapi sekarang ikan ni dah mahal.Kadang tu kalau saiz kecik ada dekat RM10 jugaklah sekor.

    ReplyDelete
  4. Sedap ni SA. Kalau Kak di dapur ada ikan masin jeruk ni Encik Suami selalu pesan supaya masakbubur. Dia suka makan bubur tambah ikan masin gini.

    ReplyDelete
  5. Ala takde, teringin hendak rasa jeruk ikan tenggiri.

    ReplyDelete
  6. sedap ni..lawan kailan ikan masin..hehe

    ReplyDelete
  7. Sedap tu ikan masin goreng dengan bawang dan cili padi. Tak pernah perahkan asam limau. next time ada ikan masin goreng boleh cuba cara akak ni.

    ReplyDelete
  8. sedap makan dgn nasi goreng

    ReplyDelete
  9. tak reti la pulak makan ikan masin jeruk tenggiri..tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
  10. Xpenah makan. Kalau da namanya ikan tengiri mesti sedap nii 😋

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......