Monday, June 7, 2021

Garapan Cerita Rindu Kamu Separuh Nyawa Meruntun Hati SA

Assalamualaikum..

Hi korang...

Siapa follow drama Rindu Kamu Separuh Nyawa yang tengah trending kat Astro sekarang ni? SA memang dh baca novel hasil nukilan novelis yang SA minat sangat iaitu Siti Rosmizah Ismail. Setiap nukilan dan karya Siti Rosmizah memang buat SA puas hati sangat-sangat dan x pernah tak bagus. Sebab tu Siti Rosmizah antara nivelis popular yang karya nyer laris di pasaran. Siapa yang mengikuti drama Rindu Kamu Separuh Nyawa ni rasanya setuju dengan pendapat SA dimana cerita ni sangat-sangat melekat di hati semua yang meminatinya...untuk minggu terakhir ni kisahnya sangat menyentuh hati....tak semena-mena SA turut mengalirkan airmata bila tgok citer ni. Memang terkesan seperti semaaa SA baca novel cerita ni. Entah mana SA letak novel ni...ada dalam almari kot...adik SA nak pinjam novel....hehehe...nanti la cari semula...


Sinopsis Novel

“Kasih Maisara!!!”


Kemarahan papanya tidak diendahkan. Sikap angkuh dan sombong begitu menebal dalam diri. Ditambah pula dia menyalahkan papanya atas kematian arwah mamanya.

Pertemuan tanpa di duga dengan lelaki bernama Nazril Nazim membuka tirai baru dalam hidupnya. Maisara bertemu buku dengan ruas, keegoannya dicabar!

“Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada paras rupa. Saya mencari isteri solehah bukan ratu cantik dunia!”

Bagai nak meletup jantung Maisara mendengarnya!

“Nazril! Kau sedang bermain dengan api! Dan api itu adalah aku! Aku akan bakar kau sampai hangus!”

Manusia itu tak sempurna pasti ada salah dan silapnya. Begitu juga Maisara, ketulusan cinta Nazril Nazim menyinar keinsafan dalam dirinya. Namun di kala kasih berputik, cinta bersemi, Nazril pergi begitu saja.

Maisara akur kesilapannya tapi kenapa tiada ruang kemaafan buatnya? Hati Nazril beku! Maisara memujuk! Maisara merayu! Sekelumit pun tidak terkesan di hatinya!

“Mulai hari ini, awak tutup pintu hati awak serapat-rapat untuk saya sebab Nazril Nazim tak akan terima awak sampai awak mati!”

Ya Allah! Begitu bisa setiap patah katanya.

“Awak jangan risau, saya tak akan kembali semula dalam hidup awak. Kalau ditakdirkan saya mati, saya akan bawa kata-kata awak sampai ke liang lahad! Cuma jika awak ada sedikit ehsan, buat terakhir kali imamkan jenazah saya. Bawa jenazah saya ke kubur, kebumikan saya dan kata Kasih Maisara saya dah buktikan saya tak akan terima awak sampai awak mati!” Jelas kelukaannya.

Kini, Kasih Maisara telah pergi. Keluar air mata darah sekali pun dah tak berguna lagi!

“Maafkan abang sayang, maafkan abang. Hati abang tak pernah mati buat sayang. Saralah nafas, nyawa dan bidadari syurga abang.”

Dalam hati dihimpit kekesalan, Nazril mendongak ke langit memandang bintang yang bertaburan.

“Kasih Maisara, rindu awak separuh nyawa,” bisiknya dengan deraian air mata.


Sinopsis Drama

SINOPSIS RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

Maisara menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato’ Raqib, kerana dia merasakan bahawa Dato’ Raqib merupakan penyebab kematian ibunya. Kerana dendam itu, Maisara telah menggunakan Aidil, anak lelaki kepada sahabat baik bapanya sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya. Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalkan upacara pertunangan ketika ia bakal berlangsung. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu.


Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim yang sedang menunggang motorsikal. Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu. Pertemuan kedua mereka adalah apabila Nazril menghubungi Maisara untuk menyerahkan surat amanah sahabat baiknya Aidil, tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara yang telah mengecewakan sabahatnya itu merupakan perempuan yang sama yang diceramahnya sebelum ini. Sewaktu bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombongan Maisara. Nazril satu-satunya lelaki yang berani menegur perangai buruk Maisara. Egonya terusik dengan teguran Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally yang kemudiannya mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. Dengan sombongnya Maisara bersetuju menyebabkan Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh Maisara tanpa dia ketahui.


Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda, gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya. Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa. Manusia tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Maisara hidup dan belajar, ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah ‘pertaruhan’ buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah. Maisara yang sedang dilamun cinta menunggu kepulangan suaminya namun Nazril tidak kunjung tiba, apakah itu pengakhiran kisah cinta mereka.

Rindu Kamu Separuh Nyawa lakonan mantap Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Marsha Milan, Norreen Iman, Fizo Omar dan ramai lagi...

Jom kita tengok episode seterusnya malam nanti...drama ni yang SA tunggu-tunggu walau SA dah tau ending ceritanya cuma tak nak la jadi spoiler sebab SA tau ramai yang blom baca novel ni lagi kan..



9 comments:

  1. Saya tonton drama ni tapi tak pernah lagi baca novelnya.

    ReplyDelete
  2. baru layan, tgk online jer, so terlambat sikit, baru tgk episod belas2, hihi, jauh lagi nak pi episod akhir tu..hehe..

    ReplyDelete
  3. Baca novel ajeee, tengok drama belum hehehe

    ReplyDelete
  4. Alaaaa shida x tgk la kak SA..sbb timing dia x kena ^^

    ReplyDelete
  5. wah, sy lagi minat nak baca novel ni..hehe

    ReplyDelete
  6. paling tak tahan masa scene bubur durian tu lah. sampai hati naz tak bagi sara makan. tak sabar nak tengok ending. apa jadi dengan si kepit tu.

    ReplyDelete
  7. atie tggu habis marathon smua

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah