Tuesday, June 22, 2021

Drama Love Elsa

Assalamualaikum

Hi korang...

Dah tengok citer baru di Astro Ria? Love Elsa ialah sebuah siri drama televisyen melayu  arahan Micheal Ang. Dibintangi oleh Zul Ariffin, Uyaina Arshad dan Neera Azizi. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 15 Jun 2021 menggantikan Rindu Awak Separuh Nyawa. Mulanya SA x minat nak tengok sebab ada Zul Ariffin dan Uyaina. Ntah kenapa SA tak minat gandingan dua pelakon ni..tapi Ahad lepas SA tengok marathon citer ni dari episode 1 sampai episode 3, macam best plak jalan cerita. Lepas tu rasa macam dah pernah baca novel ni...cuma x ingat bila SA baca. Cari balik novel tu macam takde dalam simpanan. Takpe la kita tengok je la drama dulu...kalau takde SA nak cari...nak beli baru....


source from google.com

SA tengah cari kombo novel ni nak beli untuk koleksi...of course la nak baca...


Sinopsis

Kisah Ammara, seorang gadis yang mempunyai kelebihan untuk mengembara ke masa silam orang yang disentuhnya. Kesannya Ammara akan jatuh sakit selepas berlaku sentuhan. Disebabkan penyakit misteri ni, ayahnya menempatkan Ammara di satu kawasan yang dikawal ketat keselamatannya. Ammara kemurungan hidup seorang diri selepas ibunya meninggal dan disisihkan oleh ayahnya sendiri.

Kemunculan Ridza Kim yang berpindah bersebelahan rumahnya, mengubah hidup Ammara. Tanpa sengaja Ammara tersentuh Ridza Kim dan melihat masa silam lelaki itu. Ammara menggunakan kelebihannya untuk membantu menyelesaikan kes pembunuhan keluarga Ridza Kim dan lahirnya perasaan cinta.


Dania dah rakam dari episode 1, so nanti kalau SA x sempat tengok boleh la SA tengok semula...nak tengok citer ni bagi faham sebenarnya kena baca novel dulu kan...tapi takpe la..kita tunggu novel dulu. SA rasa macam pernah baca citer ni...tapi ni nukilan Acik Lana..SA mencari gak ni kat collection..memang ini tajuk novel betul kan..takde ubah tajuk lain kan?haih...x puas hati laaa....rasa macam pernah baca tapi x ingat...

9 comments:

  1. Kak SA, saya dok tunggu cerita ni hari-hari pasal tengok kat youtube je. Baru tau isnin-jumaat je ye cerita dia? Please la cepat upload ep 4 ni..aamiin

    ReplyDelete
  2. macam menarik jer sinopsi cerita begini..

    kelebihan orang suka membaca dapat kosa kata yang banyak menarik

    ReplyDelete
  3. Selamat menonton dan moga bermanfaat.

    ReplyDelete
  4. Kita layan org cite je la.. X dak astro nak tgk kt tb heheh

    ReplyDelete
  5. Acik lana ni biasanya best best novel dia! Boleh try cari jugak ni novel acik lana ni sebab macam menarikkkk hehehe

    ReplyDelete
  6. Saya dah baca novelnya dan tonton juga drama ni. Macam ada perbezaan sikit.

    ReplyDelete
  7. Belum tengok lagi sebab dia macam akak cakap tu lah, gabungan dua pelakon ni tak berapa minat. tapi macam nak tengok jugak sebab ramai kata best cerita ni.

    ReplyDelete
  8. Wah best nih, kena cari juga novel Acik Lana novelis fav sy nih

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......