Wednesday, June 16, 2021

Bahaya Apabila Alamat Email Dan No HP Di Salah Guna

Assalamualaikum..

Hi korang

Hari ni SA nak share, malam tadi masa SA nak tido sebelum lelap mata SA saje la check email kat yahoo. sekali nampak banyak notifications website dating...yang kelakarnya ntah bila plak SA join...cuba unsubscribe tak boleh plak...so SA yakin memang alamat email SA di salahgunakan oleh orang yang tak bertanggungjawab. Agak la kalau nak daftarkan SA ke website yang tak mendatangkan hasil kan...ada ramai jer salah guna alamat email kita tanpa pengetahuan kita. Macam sebelum ni SA dapat notification pasal beli barangan PA System kat oversea. cuma alamat penerima barangan tu alamat negara sana la..email address guna email SA...tu yang SA cuak.. Sekarnag kan banyak scammers hantar barang, sangkut kat imigresen pas tu kita disuruh bayar dan ambil barang tu kan..kalau jadi kat kita macam mana...scary kan...since semalam SA memang banyak daat notification pasal website dating ni...kebanyakkan semua orang tua dari oversea...apa jadahnya SA nak kenal orang tua2 sebaya Abah SA? giler la orang yang niaya SA tu...dan pastinya x logik untuk SA join website dating macam ni...yang ada kat Malaysia ni pun SA x layan kan... 



Satu lagi SA notice SA didaftarkan untuk applikasi Appi Travels ni oleh someone bernama Radzuan Ibrahim dan ada nickname dia nama perempuan. SA cuba masuk website ni guna login yang tertera..mulanya SA boleh masuk dan check info cuma ada email address SA dan no hp...SA cuba tukar details personal dalam tu..cuba tukar no hp dan lepas dah berjaya SA log out. Lepas tu SA masih dapat lagi notification kat email..rupanya details SA di tukar lagi...so SA x boleh masuk dah. SA check lagi website ni rupanya website ni macam Adsense, SA cuba check akaun number yang didaftarkan tu tapi tak boleh buka dan dikawal oleh admin, kiranya dia daftar email address dan no hp SA as her/his downline. Website ni untuk collect point kalau dia running video dan SA yakin dia ada banyak akaun atas email orang lain yang jadi downline so dia akan kaut keuntungan dari situ..biadap kan? dia kumpul komisen dan ada akaun bila dah matang dan cukup nilai terkumpul boleh cash out. But still guna no hp dan email address SA kan...orang ni memang tak bijak..SA tengah deal dengan someone. So SA akan report polis pasal ni dan email ke SKMM..


Lepas ni tak tau la apa plak orang yang tak bertanggungjawab guna alamat email dan no hp kita. Sebab tu SA x suka share no hp kat internet. ada jer manusia yang tak bertanggungjawab akan ambil kesempatan. Ada jugak yang dengki dan daftarkan kita ke website tak senonoh. SA pernah kena dulu. Lepas ni SA nak shutdown la email yahoo ni.. SA akan cuba guna email lain untuk semua social media SA...SA tak pasti siapa punya kerja. Bab IT ni SA kureng skit...

So korang...hati- hati share email address dan hati- hati share no hp...takut benda macam ni berlaku. SA yakin orang- orang mcam ni memang kerjanya amik kesempatan dan bukan kat SA sorang je...mesti ada ramai lagi...nak- nak kita blogger selalu share email address dan no hp kat banyak platform untuk paid job dan sebagainya kan...dari situ maklumat kita pun dah banyak terdedah dah. Bahaya memang bahaya tapi kita x tau macam mana nak pastikan kita tak terlibat kan...senang betul orang kaut keuntungan...

Korang rasa apa yang SA perlu buat...ada sape2 yang pandai bab IT ni?


25 comments:

  1. Bahaya betul macam ni kan... sesuka hati je guna details kita untuk tujuan yang ntah apa-apa

    ReplyDelete
  2. Betul.. Ako pun slalu kena part yg website dating ni.. Siap dpt msg DM lagi hahaha.. Nk unsubscribe x bole.. Last2 block kan aje.. Letak as spam

    ReplyDelete
  3. Bahaya, tq kak SA tolong ingatkan

    ReplyDelete
  4. aduh, susah jugk mcm tu, tapi betullah kdg2 kita dedahkn kita punya email dgn no phone utk job atau online business, org salah guna pulak..

    ReplyDelete
  5. Lapor je kpd MCMC...Biar mrka siasat. Jgn bagi muka kpd scammer..

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar. Terima kasih SA atas perkongsian dan peringatan.

    ReplyDelete
  7. Kena beringat lepas ni. 😮

    ReplyDelete
  8. Sanggup betul guna emel dan no telefon orang lain untuk kepentingan diri.

    ReplyDelete
  9. Jahat betul orang yang register Appi Travels atas nama SA tu. memang patut report. Thanks for sharing SA.

    ReplyDelete
  10. Faiq penah kena, ada yang gunakan no telefon dan email faiq untuk daftar benda yang tak sepatutnya.

    ReplyDelete
  11. Bahaya betul ek. Lepasni kene berjaga2 ni

    ReplyDelete
  12. Scarynyaaaa. Pakai details kita pastu buat untung. Kalau tak memudaratkan kita takpelah, tapi kalau memudaratkan, double triple scary. Better kak SA laporkan aje. Sebagai backup diri incase jadi apa apa.

    ReplyDelete
  13. Macam-macam hal.. handphone pun sama. Macam-macam orang SMS/Whatsapp itu ini. Ada yang nak suruh buat pinjaman la,menang itu ini la, judi online, semua ada. Memang saya dekat terus nombor-nombor sedemikian.

    ReplyDelete
  14. jahatnya la manusia ni, dah takda kerja agaknya dok guna email/no hp orang. report SA biar masuk penjara

    ReplyDelete
  15. aduh. scary!
    zaman skang ni memang terlalu byk ekk benda gini. kenapa diorang gunakan kecerdikan IT utk menipu? aduhai. semua nya nak fast money. malas usaha dan bekerja.
    aida memang sgt jaga no fon. sentiasa hati2 dgn apa2 dokumen.

    ReplyDelete
  16. Bahaya betul sekarang nie. Manusia makin bijak nak mencari duit tak mengira halal haram atau menyusahkan orang. Perhaps try lapor kat MCMC Kak SA.

    ReplyDelete
  17. Bahaya juga sekarang ni kalau buat transaksi online yang tidak dipercayai ini bila detail kita diguna orang lain untuk kepentingan mereka yang tanggun kita juga nanti bahaya kena buat report kat MCMC ni atas aktar Data Peribadi...

    ReplyDelete
  18. ni la anatar perkara yg paling saya takut terjadi

    ReplyDelete
  19. bahaya ni bila ada yg salahguna details kita

    ReplyDelete
  20. Menakutkan yaaa.. sebab tu Sis di blog ke hanya letak email aja, nombor telefon jarang nak share, kat FB pun.. dan email kena check selalu dan tukar pasword at least 3 bulan sekali..

    ReplyDelete
  21. Takutnya. Banyak perkara tak selamat sebenarnya. Macam-macam boleh berlaku kalau orang dapat no tel kita.

    ReplyDelete
  22. Laa..baru tahu. Thanks ya sistur SA. Kadang kita tak tahukan niat orang , berani betul la orang tu. Kalau dapat rasa nak cepuk je. Silap² ada ejen yang jual maklumat gini ..

    ReplyDelete
  23. Kurang ajar kan guna data org untuk kepentingan peribadi..takut benda2 mcm ni la bila nk isi form dri PR ka apa ka

    ReplyDelete
  24. Eee. Bahayanya! Teringat pulak masa buat domain ritu tetiba banyak email, call and whatsapp dapat. Email tu tak heran sgt la. No phone tu ntah macam mana boleh dapat ntah.

    ReplyDelete
  25. Tak tahulah apa yang dorang cuba buat. Macam lah nak boleh create email sendiri kan. Manusia sekarang bijak menipu betul. berhati hati lah kita. Moga dijauhi lah benda benda macam ni.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah