Saturday, June 26, 2021

Apa Itu Cinta?

Hi korang..

Cinta..

Apa itu cinta?Satu perkataan yang dieja dengan tiga huruf konsonan dan dua huruf vokal. Dengan lima huruf, percaya atau tidak, perkataan inilah yang dibicarakan oleh setiap manusia di seluruh dunia. Semua orang perlukan cinta. Semua orang mahukan cinta. Bagaimana dengan SA? Adakah SA juga perlukan cinta? Bagi orang selain SA, jatuh cinta sesuatu yang sangat mudah. Hanya digerakkan dengan naluri dan sedikit nafsu tanpa perlu adanya alasan dan dan ulasan. Yang ada hanya kegembiraan dan harapan. kata orang cinta itu datang dengan sendirinya dalam hati. Datangnya membawa bahagia dan kegembiraan dalam hidup.




Namun adakalanya cinta perlu dicari. Ringkasnya untuk bahagia kita perlukan cinta. Jadi haruskah SA mencari? Bagaimana nak mencari sedangkan SA tidak tahu rupa bentuk cinta. 

Apakah cinta itu Mitos?

SA tak percaya ke pada kewujudan Cinta?

Maaf..pada SA cinta itu hanya mitos. Mungkin disebabkan SA gagal dalam bercinta ia memberi impak yang besar. Cinta memberi harapan palsu kepada yang berharap, memberikan nama pada rasa teruja, rasa  yang didorong oleh hormon dalam suatu jangka masa tertentu.

Tetapi, sekiranya Cinta itu mitos semata, mengapa ada yang berbahagia kerana cinta? kenapa masih ramai yang berharap pada kewujudan dan keajaibannya?


Nukilan insan yang pernah terluka kerana CINTA.....Suria Amanda


5 comments:

  1. SA pernah tak dapat surprise dari seseorang..
    ”8 letters 3 words 1 sentence”
    Hihihi

    ReplyDelete
  2. CINTA..maksud berbeza dgn setiap yg kita rasa..hanya kita je yg tahu...heheee

    ReplyDelete
  3. Setiap orang ada definisi yang berbeza tentang cinta kan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah