Assalamualaikum...
Hi korang...
Hari ni SA macam biasa ada kat rumah work from home. Tapi tengahari tadi bergegas ke Balai Polis area rumah SA...semata- mata nak apply permit pelepasan merentas daerah. Rupanya tak perlu pun minta permit kat anggota polis yang bertugas. Hanya tunjukkan nanti apointment di applikasi MySejahtera tu dan SA ada tanya boleh ada orang teman ke. Polis tu cakap boleh. 2 orang dibenarkan untuk pergi appointment Vaccine.
Abah SA akan ambil suntikan vaccine pertama Rabu nanti di USIM Nilai. So sedikit masalah la bagi kami sebab tak tahu tempat satu hal. Lepas tu jauh plak. SA sendiri tak tahu kenapa Abah di hantar ke Nilai sedangkan alamat dalam applikasi MySejahtera kat Sikamat Seremban ni. Bukan Abah SA sorang jer yang dihantar ke Nilai...tetapi ramai mak ayah kawan- kawan SA turut di hantar ke sana. So malas nak cancelkan dan malas nak tunggu lebih lama lagi. Nanti kalau cancel lagi lambat plak dapat kan. Syukur Mak SA dapat kat Senawang Specialist Hospital. SA kena teman Abah nanti sebab abah tak tahu guna applikasi dan x tau guna waze..takpe la nasib baik SA ada and SA dah apply cuti untuk hari Rabu. Untuk Mak nanti SA akan temankan sebab pagi..
Lega mak dan abah dah dapat appointment vaccine. Kalau tak duk resah gelisah je SA ni hari- hari check applikasi MySejahtera diorang...syukur semalam dah dapat dah appointment..Semoga allah permudahkan la nanti untuk SA dan Abah yang akan travel ke Nilai...semoga mudah perjalanan kami dua beranak nanti. Ingat nak ikut Hiway Lekas. Lepas tu ikut jalan lama..balik tu kalau ada orang jual durian boleh la beli durian kan...hahahaha....sambil menyelam minum air kan....
Alhamdulillah.. Semoga semuanya sihat-sihat sahaja selepas disuntik.
ReplyDeleteAlhamdulilah dapat gak akhirnya ....
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeleteSelamat bervacsin Mak Pah & Pak Zain
Semoga Allah mudahkan urusan
Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan kak SA dan keluarga.
ReplyDeleteAllhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan :)
ReplyDeletecara edit video
cara buat video
production house in malaysia
cara buat video
alhamdulillah.. waze kak usim tu
ReplyDeletealhamdulillah syukur...adik saya pun esok appointment vaksin dia..tapi kat sarawak lah..sana lajuuuu berdesup pemberian vaksin..dalam family, saya sorang je la belum dapat..huhu
ReplyDeleteAlhamdulilah.. moga sehat2 jela lepas vaksin nty kan kak
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteBeruntung sungguh SA dapat peluang berbakti kepada orang tua.
MOga perjalanan hidup SA sentiasa mendapat keberkatan, bahagia dunia dan akhirat. Aamiin.
alhamdulillah mugo dipermudahkan urusan cucuk vaksin ayahnda SA tuuuh.. aminn
ReplyDeletealhamdulillah... semoga semuanya baik baik aje
ReplyDeleteAlhamdulillah..semoga dipermudahkan. Jauh jugak nak ke USIM tu. Sama macam jiran dapat kat USIM jugak. Patutnya kalau pasangan tu satu tempat kan senang.
ReplyDelete