Assalamualaikum...
Hi korang..
Situasi semasa Covid 19 mengalami turun naik yang mendadak. Kes seolah- olah tak terkawal dan tak konsisten tapi SA respect dengan tindakan Kerajaan dan para frontliners kita yang masih bertungkus lumus bekerja tanpa henti bagi menangani wabak ini. Mereka pun dah penat..jadi tugas kita di luar ni...jaga diri kita. Jangan keluar kalau tak perlu. Pergi ambil vaksin bila tiba giliran. Jangan follow info- info yang salah tentang vaksin. Kenal pasti golongan antivaccine yang sentiasa menghasut orang ramai especially warga- warga emas yang naive dan mudah percaya. Pelik SA orang macam ni..tak nak amik vaksin x payah ambil dan jangan influence orang lain kan...pilihana di tangan sendiri.
SA terbaca info mengenai tips simptom covid di rumah.
SA kongsikan di sini untuk pengetahuan kita bersama..
7 Tips Menangani Simptom Covid di rumah.
Tip 1:
Memantau tahap oksigen menggunakan “pulse oximetry”. Cara penggunaan yang betul boleh rujuk video.
Cara penggunaan pulse oximetry ( credit to Youtube)
Tip 2:
Kekal sihat dengan melakukan aktiviti fizikal dan makan makanan seimbang. Ini dapat meningkatkan sistem imuniti badan.
Tip 3:
Jika batuk boleh ambil air campuran madu,lemon dan halia. Sekiranya demam, boleh ambil panadol dan kerap mandi untuk turunkan suhu badan.
Tip 4:
Jika berkahak dan berhingus boleh ambil ubat cair kahak seperti bromhexine.
Tip 5:
Jika sesak nafas,jangan panik. Lakukan teknik pernafasan(boleh rujuk dalam video - credit to youtube)
Tip 6:
Jika sesak nafas yang teruk,batuk berdarah,kencing kurang atau pengsan, hendaklah segera dapatkan rawatan di hospital terdekat.
Tips 7:
Baring dalam posisi “prone position”, paru-paru dapat menyerap oksigen lebih banyak.
Kongsikan video dan tips ini kepada keluarga dan rakan - rakan anda.
Info credit to > FB Dr. Ahmad Samhan
SA harap perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua. Mintak dijauhkan kita dan keluarga semua dari wabak Covid 19 ni...teruskan jaga SOP, jaga kebersihan diri..mandi dengan kerap, pentingkan supplement seperti Vitamin C dan sebagainya...Jangan keluar rumah sekiranya tidak perlu.. Kita jaga kita...Sayangi diri kita dan keluarga...
Jumpa lagi next entry...
Terima kasih atas perkongsian ini dan semoga bermanfaat untuk semua.
ReplyDeletenice sharing!!tq
ReplyDeleteTerima kasih SA perkongsian.
ReplyDeleteinfo menarik dan bagus ni Kak SA.
ReplyDeleteTerima kasih sharing..
ReplyDeleteTerima kasih SA atas perkongsian :)
ReplyDeleteTakut betul dengan pelbagai simptom Covid-19 ni. Tq for sharing SA.
ReplyDeletetqq info, bagus utk pengetahuan semua
ReplyDeletekena sentiasa beringat
Terima kasih utk perkongsian ini, kak :)
ReplyDeletethanks kak untuk sharing nii.. takot kann sejak2 kes makin naik nii
ReplyDeletePerkongsian yang bermanfaat. terima kasih kak. sama sama lah kita bantu frontliner dengan pkp kendiri kat rumah. kesian dorang dah cukup penat.
ReplyDelete