Assalamualaikum
Hi korang
Jumpa lagi dalam siri random photo untuk wordless Wednesday... dah macam wajib plak SA citer pasal random story ni every week kan...memang nak buat permanent artikel kat blog ni rasanya...hehe...semalam SA mental block tau...on laptop..off laptop..satu apa pun SA tak dapat buat semalam...sampai ke malam...
Eh membebel banyak plak...jom la tengok apa yang ada kat random photo hari ni....
Choc Oreo smoothies
Waffle
Pergi kedai Setia RM2.20 lebur RM80
Antara barang- barang yang SA beli
beli botol2 air...dan macam- macam lagi..memang kedai ni berhantu la...sedar x sedar habis RM80
Beli plak kuaci ni...sedap...
SA dah start pakai 2 item ni...dari Minara dan kulit muka SA makin baik...
SA beli 2 set.. RM200
Kat office sejuk nak mati, so SA beli benda ni..heater dan baru je sampai last week..blom guna lagi tapi comel kan...harap- harap membantu SA rasa sedikit panas kat opis
Semalam SA beli 2 botol vitamin C ni RM150...boleh la bertahan untuk 6 bulan..
Adik sepupu kat Langkawi selamat nikah hari Isnin...selamat pengantin baru buat Aisyah & Amir
Air asam mak buatkan sebab Isnin hari tu SA sibuk kerja dari pagi sampai petang...x dapat nak masak...
Sayur bayam goreng
Sotong bakar air tangan Abah...sabar jer la dia x marinated...dah pucat je rupanya
Order tiffin ni kat kawan sekolah SA....satu untuk mommy Dida
Satu untuk SA...
Dania mengaji dengan atuknya...
Setiap hari selepas asar...dania sekarang tengah puasa 6 dan nak direct buat puasa ganti
Terjebak dengan Sis Lin...beli kain buruk 40 sen ni kat Shopee...cepat betul sampai..ari ni beli esok sampai dah..tapi takde plak size L, tinggal size S je...beli je la sampai 20 helai
Kenalan FB buat bisnes Rendang Daging Rusa....so kirimkan kat SA sepeket...sedap...rendang tok katanya....
Cukup rasanya cuma sedikit manis...
Opick ni pencinta haiwan...Octopus yang ibu beli nak buat sambal dia buat main...lepas tu mengamuk ibu dah buat sambal...ambil jugak version sambal buat main...sabar je la..
Sorry gambar terbalik...makan rendang daging rusa ni dengan nasi panas...yummy
Opah kat Ipoh meninggal dunia hari Isnin pukul 3 petang akibat sakit tua...dari opah nazak sampai meninggal kami bergoogle meet..sedih memang sedih so semalam dah selesai pengkebumian...
Birthday si kembar Aressa dan Adeliya pun sambut guna video call je
Pagi ni SA bangun tido SA kemas2 sikit depan rumah...lepas tu petik limau kasturi yang dah banyak besar besar...dapat la sebekas ni ha....
Petik jugak cili api yang banyak buahnya
Mintak daun limau purut kat jiran depan rumah
Tak perasan buah peria ni...terus2 dah masak dah dia...memang duk celah2 daun yang x boleh perasan kewujudan dia....
Haaa..settle dah entry random photo ni...boleh delete dah semua gambar....nanti cari gambar lain plak....yes...berjaya jugak SA buat 1 entry hari ni dalam pada takde mood sangat ni....entah la kenapa ntah...lepas satu- satu berita sampai ke telinga. Bermula dari berita kawan- kawan office positive covid sampai la arwah Opah meninggal dan beberapa lagi kes covid yang positive dan ada yang meninggal dunia...SA x boleh dengar semua ni dan terus jadi panic attacked dan di serang anxiety.
Okey la jumpa lagi next entry.....
ha'ah..comel heater tu...cantik set tiffin..menari design & colour..
ReplyDeleteLama tak membeli waffle. makan panas panas sedap. Kalau masuk kedai setia eco ke memang berhabis membeli tapi still berbaloi sebab boleh banyak. Sedap sotong bakar tu. Tak marinate pun sodap kak.Hihi..cantiknya tiffin siap boleh tulis nama lagi tu. Alhamdulillah, bagus kakak Dania. Daging rusa rare tu susah nak jumpa. Kalau rendang agak manis saya pun kurang suka, suka pedas. yelah kan, skang ni banyak virtual meeting je mampu. Alfatihah buat arwah.
ReplyDeleteHappy birthday untuk si kembar. Elok hasil tanaman tu. Sayang peria dah masak..selalu peria masak tu boleh buat masak lagi tak? sebab biasa masak atau buat ulam yang muda hijau tu :)
Sebagaimana makanan begitu kehidupan ada manis dan pahit
ReplyDeleteEntri random photo ..banyak jugak tu .
ReplyDeleteWahhh siap beli heater untuk panaskan diri bila di office.
ReplyDeleteTapi yang part lebur RM80 tu betul kak SA, niat nak beli 2/3 barang je, sekali keluar, penuh tangan dengan plastik kiri kanan >.<
Banyak2 gambar, wak terpikat kat gambar air asam tu
ReplyDeleteSejuk mata memandang melihat Dania. Moga menjadi anak yang solehah, hormat ayah ibu dan berjaya dunia serta akhirat.
ReplyDeleteaduyai sedapnya
ReplyDeletedah baca sampai habis, tapi lupa nak komen apa...hahaha
ReplyDeletewakaka tu! japgi nak gi beli lah haha
ReplyDelete