Assalamualaikum...
Hi korang..
Hari ni SA work from home...ikutkan takde apa nak share dan buntu sangat- sangat...sambil- sambil buat kerja office SA layan novel ni ha...cubaan nak habiskan baca novel memang sangat -sangat mencabar. Hahahaha...baca jer sikit mula la mata ni mengantuk walau jalan cerita best aje..memang tak leh bagi kerjasama langsung tau...tapi SA cuba jugak la habiskan novel ni ha..jenuh...walau belum habis..memandangkan SA buat kerja office jugak kan...
Tersalah Aturan Cinta ni memang best...banyak bermain dengan perasaan. tips SA untuk korang focus membaca macam yang SA buat...masukkan diri korang dalam jalan cerita..insyaallah...start baca korang memang takkan berhenti selagi tak habis...
Penulis ~ Sara Irdina
Sinopsis ~ Cantik, janda dan miskin. Itu ciri-ciri seorang Qalisa yang membuatkan dia diupah Elyana untuk melakukan satu ‘tugasan’. Atas desakan hidup dan terdesak, Qalisa terpaksa menerima. Tugasan yang dimaksudkan adalah membuat Faid jatuh cinta kepadanya walaupun dia sedar Faid adalah suami orang.Bagi menjayakan tugasan, Qalisa bekerja sebagai tea lady di syarikat lelaki itu.
Tanpa perlu dia mendekat, Faid sendiri yang datang merapat. Tak perlu memikat tapi Faid seakan sudah terpikat.
“Qalisa... kenapa awak jual mahal sangat dengan saya?” - Faid
“Saya tak boleh keluar malam dengan lelaki. Lagipun encik suami orang. Apa orang kata nanti.” - Qalisa
Ketika rancangan berjaya, dia diarahkan untuk meninggalkan lelaki tersebut. Tapi satu kejadian telah membuatkan mereka berdua terikat. Faid rela mengahwini Qalisa walaupun dia tahu Qalisa diupah oleh isterinya sendiri.
“Aku tetap nak kahwin dengan kau. Kalau 3 bulan kau permainkan perasaan aku... tak salah kalau aku permainkan perasaan kau seumur hidup, kan?” – Faid
“Tak nak! Saya tak boleh kahwin dengan encik. Jangan nak buat kerja gila.” – Qalisa
Qalisa menyalahkan diri disebabkan tersalah aturan cinta sehingga memerangkap dia dengan sebuah perkahwinan tak dijangka. Bolehkah mereka menggapai bahagia sedangkan dalam hati masing-masing masih curiga? Siapakah Naqif sebenarnya sehingga Qalisa sanggup berkorban segalanya?
Best tau jalan citer dia...korang kalau nak baca boleh beli Novel ni kat Popular Bookstore atau MPH. Kat Shopee pun ada jual..memang best citer ni...sangat- sangat recommended..ni kalau buat drama adaptasi memang letop citer ni....
Jumpa lagi korang next entry...
Mcm best tgk tajuk tu
ReplyDeleteSememangnya cinta memerlukan aturan, tersalah aturan buruk padahnya.
ReplyDeleteSama laaa.. Dh tua2 ni nak ngabihkan 1 bab bacaan mmg berejam laa jawab nya
ReplyDeletesetuju, kalau baca kena feel baru seronok membaca :)
ReplyDeleteOwh, tajuk buku
ReplyDeleteInagtkan betul2 tadi
saya dulu sehari boleh abis baca novel kak.. sekarang, 2 tahun pun belum tentu haha
ReplyDeleteTak pernah jumpa lagi novel ni. Sinopsis macam best.
ReplyDeleteApabila melibatkan perasaan, agak susah untuk menjadi teratur.
ReplyDeleteNampak menarik jalan ceritanya.
ReplyDeletemacam best je jalan cerita dia 😍 rasa nak beli pulak!
ReplyDelete