Sunday, May 30, 2021

Nasi Goreng Sardine Untuk Berbuka Puasa Hari Ke 6


Assalamualaikum...

Hi korang

Petang semalam SA masak nasi goreng sardine untuk Dania berbuka. Lama dah tak makan nasi goreng sardine so terus buat. Sesekali makan sedap la kan..SA buat tak pedas mana pun. Cuma nasi dia sedikit lembut..selalu SA suka masak nasi agak berderai skit sebab  suka buat nasi goeng jenis berderai. Tak suka lembab2 lembik gitu...tapi takpe la..SA adjust bagi nampak tak lembab sangat....Kat rumah SA ni selalu buat nasi goreng tapi versi Nasi goreng ikan bilis, nasi goreng cili api atau nasi goreng daging..kali ni Dania request lain plak memandangkan nasi sejuk banyak...Adakala kalau nasi sejuk banyak dan dah muak buat nasi goreng...sedekah je kat burung merpati belakang rumah yang ada beratus ekor...

Jom tengok resepi...dan SA sediakan jugak resepi version bergambar. Senang untuk korang follow kalau nak cuba style SA la kan..

Resepi Nasi Goreng Sardine versi SA

  1. Nasi sejuk semangkuk
  2. Bawang kecil 3 ulas*
  3. Bawang putih 2 ulas*
  4. Cili api 10 biji *
  5. Sos tiram 1 sudu besar
  6. Minyak bijan 1 sudu kecil
  7. Sardine cap ayam tin kecil ( hancurkan isinya, kuah ambil sikit)
  8. 2 batang sayur sawi
  9. 1 sudu kecil secukup rasa
Bahan 2-4 tumbuk lumat

Cara masak
  1. Tumis bahan 2-4 sampai naik bau, masukkan sardine
  2. Tumis agar nampak garing sedikit
  3. Masukkan sos tiram dan minyak bijan
  4. Masukkan telur sebiji, gaulkan
  5. Masukkan secukup rasa dan sayur sawi..
  6. Biarkan seketika
  7. Masukkan nasi sejuk dan gaul sampai semua bumbu meliputi nasi
  8. Tak perlu letak garam sebab secukup rasa dan sos tiram dah masin
  9. Siap dan sedia untuk dihidang



Bumbu yang dah di tumbuk


Nasi sejuk


Sardine cap ayam tin kecil


Minyak bijan


Sos tiram jenama mahsuri


Sardine yang telah di hancurkan isinya


Sayur sawi


Dah siap!!

 

Done...

Selamat mencuba ye kawan- kawan....

12 comments:

  1. ada je sardin kat rumah tapi kalau buat lauk semata tak makan. kalau buat nasi goreng sedap jugak ni 😋

    ReplyDelete
  2. Heheehe kita suka sambal sardin.. Tp klu buar nasi goreng mcm x lalu sket hehe��

    ReplyDelete
  3. Masak sekali eh nasi tu dengan sardin? Ingatkan makan asing-asing.

    ReplyDelete
  4. Nasi goreng sardin belum pernah makan dan masak. Nak buat jugalah.

    ReplyDelete
  5. Jarang jumpa nasi goreng sardin. Saya selalunya masak nasi goreng ikan bilis je.

    ReplyDelete
  6. Wah. Memang best. Lagi-lagi bila makan dengan keropok.

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaaaa tak try masak lagi nasi goreng sardin

    ReplyDelete
  8. Tak pernah try lagi nasi goreng sardin, biasa buat lauk aje hehehe. Nak kena cuba nanti :D

    ReplyDelete
  9. sedapnya.. lama sungguh tak makan nasi goreng ikan sardin..

    ReplyDelete
  10. tu dia sedap oo.. baru aje aritu saya terigin nak masak ni kak

    ReplyDelete
  11. Lama dah tak goreng nasi. Memang sedap goreng nasi sardin. Bubuh cili padi banyak-banyak...woooooo!

    ReplyDelete
  12. Sesekali masak nasi goreng sardin memang sedap. Masak pedas pedas, ada timun buat ulam. Laju menambah :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah