Monday, May 3, 2021

Kad Raya Pertama Dari Blogger Shida Radzuan

Assalamualaikum...

Hi korang..

Isnin 3 Mei dah hari ni...SA mulakan hari SA dengan kad raya pertama yang SA terima hari Khamis lepas. Kad Raya dari blogger Dunia Sebenar Shida a.k.a Shida Radzuan. Lama betul SA tak dapat kad raya dan kalau boleh nak mengekalkan tradisi berbalas Kad Raya. Dulu- dulu masa zaman remaja best sangat. Berlumba- lumba masing-masing mengumpul kad raya dan berbalas kad raya. 

Zaman sekolah dan zaman belajar best la..zaman umur 18-20 pun best sebab masa tu ramai kawan dan ramai secret admire. Megah betul masa tu banyak peminat. Mana kad raya special tu la nak gantung...eh..x special pun gantung tau. Ada yang letak atas meja lapik dengan plastic alas meja..cantik je..tak cukup kat situ cari ranting pokok dan gantuk tepi sofa. Sekarang ada ke? Leps tu saudara mara beraya pasti akan belek kad- kad raya nak tengok siapa bagi..special ke tak special ke..ingat lagi SAa time tu.. Macam tak pernah nampak je sekarang kan...hahaha....Nostalgia la Kad Raya ni..zaman pun dah berubah so semuanya macam dah tak relevan plak kan....



Ribuan terima kasih SA ucapkan buat Shida Radzuan. Rasanya every year dapat kad raya dari Shida ni...rajin sungguh Shida.

Semoga silaturrahim di alam maya ini terus kekal sampai bila- bila. Nak jumpa belum tau lagi bila kan...Insyaallah kalau ada rezeki lebih tahun depan nak jugak la ada kad raya sendiri...tapi kena awal2 tempah la kan...

Jumpa lagi next entry.....

17 comments:

  1. Betul tu, SA.. dulu, SK suka tengok rumah yg gantung2 kad raya ni, kadang siap ada lampu lap lip, hihi

    ReplyDelete
  2. tu la kita pun dah dapat kad raya pertama dah terakhir kot utk tahun ni hahaha

    ReplyDelete
  3. Kita punn dapat kad raya dari kak shida setelah bertahun tahun tak dapat hahaha.
    Next year entah dapat ke tidak hahaha.

    ReplyDelete
  4. tahun depan nak tempah kad raya awal sikit la...lepastu nak bagi ramai sikit... tahun ni memusing cari kad raya... jumpa kat AEON..tapi mahal sikit la..sekeping RM2.50

    ReplyDelete
  5. Rindu zaman bertukar-tukar kada raya.

    ReplyDelete
  6. Tahniah. Seronoknya dapat kad raya.. 😃

    ReplyDelete
  7. cantik and simple kan kad raya ni :)

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya SA. Zaman kirim2 kad raya, macam2 dapat. Ada kad raya bermuzik lagi.Lepas tu cari ranting kering, gantung kad.

    ReplyDelete
  9. Sekarang ni susah nak jumpa orang jual kad raya sebab ramai yang bagi kad raya secara atas talian je.

    ReplyDelete
  10. Mengembalikan nostalgia zaman duly2...kumpul kad raya

    ReplyDelete
  11. Best kan dulu kumpul kad raya dan gantung. Datang rumah orang membelek kad raya yang ada. Shida memang rajin bagi kad raya setiap tahun :)

    ReplyDelete
  12. untungla dpt kad raya dari girlfriend.. 😅

    ReplyDelete
  13. lama tak dapat kad raya 🤩

    ReplyDelete
  14. Terima kasih kak SA :)
    Inshaa Allah jika diberi rezeki lebih
    tiap2 tahun nk bagi kad raya kat kawan2 :)
    seronok dapat kumpul kad raya mcm ni :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah