Tuesday, May 11, 2021

Juadah Berbuka Puasa Hari Ke 28

Assalamualaikum..

Hi korang..

Salam 29 Ramadhan korang, PKP Seluruh Malaysia??? Dah agak dah...berhuhu laa..apapun SA tetap nak update juadah berbuka puasa Ramadhan ke 28 semalam..Semalam ni meriah berbuka adik no 3 satu family ngan adik no 4 dua beranak balik berbuka sesama..Juadah hari ni SA masak awal dalam pukul 2 petang..itupun masak Ayam "bersara" masak lemak cili api je..yang lain- lain tu sampai la ke mee goreng adik -adik masakkan...

Jom la tengok semua menu berbuka semalam


Abah cakap bosan la panggil ayam pencen..kita tukar panggil ayam bersara masak lemak cili api


Dendeng daging sedap beli online


Daging lempap ni Pak Zain yang masak...daging digoreng tanpa minyak dan hanya ada daging dan sedikit garam...


Left over kari ikan parang


Kuew Teow Goreng


Cili potong nak makan ngan mee goreng


Mee goreng basah campur kerang dan daging

Tinggal hari ni ngan esok je kita puasa kan...tak sabar nak habiskan bulan Ramadhan ni dan masuk Syawal walau kita semua masih perlu beraya dalam suasana PKP. Semoga usaha kerajaan untuk pulihkan negara kita ni berhasil. For me tak perlu la semua nak mengamuk x boleh beraya kena fikir sendiri semua ni terjadi akibat semua mengikut kata hati..semua ikut perasaan. Kalau dari dulu ikut arahan takde jadi macam ni...kesian la ski kat semua frontliner, kesian juga la pada semua yang patuh SOP...

Jumpa lagi korang next entry...


12 comments:

  1. Meriahnya makanan.. Semalam saya makan mee goreng sahaja. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Ayam bersara, hihi.

    Mana boleh tak raya, Kita dah berpuasa sebulan inilah masa meraikan kemenangan

    ReplyDelete
  3. mee goreng campur kerang ngan daging tu sedapnya

    ReplyDelete
  4. sedapnya kuey teow goreng 😋😋

    ReplyDelete
  5. Pernah dengar daging lembap tu tapi tak pernah makan & tak pernah masak.Macam best jer

    ReplyDelete
  6. Meriah menunya!
    Moga moga mco 3.0 ni membuahkan hasil kan kak SA.

    ReplyDelete
  7. Ayam bersara pun cun gak nama menu tu kak. hihi..seronok betul berbuka ramai ramai balik. Macam macam juadah ada. Mee goreng kayangan tu ada kerang dan daging. Sedap alahaiii :)

    ReplyDelete
  8. Sedap semua menu. Rendang dendeng tu paling sukaa

    ReplyDelete
  9. sedappnya ayam masak lemak cili api tapi saya suka ayam yg belum bersara

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah