Assalamualaikum..
Hi korang..
Salam 29 Ramadhan korang, PKP Seluruh Malaysia??? Dah agak dah...berhuhu laa..apapun SA tetap nak update juadah berbuka puasa Ramadhan ke 28 semalam..Semalam ni meriah berbuka adik no 3 satu family ngan adik no 4 dua beranak balik berbuka sesama..Juadah hari ni SA masak awal dalam pukul 2 petang..itupun masak Ayam "bersara" masak lemak cili api je..yang lain- lain tu sampai la ke mee goreng adik -adik masakkan...
Jom la tengok semua menu berbuka semalam
Abah cakap bosan la panggil ayam pencen..kita tukar panggil ayam bersara masak lemak cili api
Dendeng daging sedap beli online
Daging lempap ni Pak Zain yang masak...daging digoreng tanpa minyak dan hanya ada daging dan sedikit garam...
Left over kari ikan parang
Kuew Teow Goreng
Cili potong nak makan ngan mee goreng
Mee goreng basah campur kerang dan daging
Tinggal hari ni ngan esok je kita puasa kan...tak sabar nak habiskan bulan Ramadhan ni dan masuk Syawal walau kita semua masih perlu beraya dalam suasana PKP. Semoga usaha kerajaan untuk pulihkan negara kita ni berhasil. For me tak perlu la semua nak mengamuk x boleh beraya kena fikir sendiri semua ni terjadi akibat semua mengikut kata hati..semua ikut perasaan. Kalau dari dulu ikut arahan takde jadi macam ni...kesian la ski kat semua frontliner, kesian juga la pada semua yang patuh SOP...
Jumpa lagi korang next entry...
Ramainya juadah sesedap
ReplyDeleteMeriahnya makanan.. Semalam saya makan mee goreng sahaja. Alhamdulillah.
ReplyDeleteAyam bersara, hihi.
ReplyDeleteMana boleh tak raya, Kita dah berpuasa sebulan inilah masa meraikan kemenangan
mee goreng campur kerang ngan daging tu sedapnya
ReplyDeleteayam bersara hehehe
ReplyDeletesedapnya kuey teow goreng 😋😋
ReplyDeletePernah dengar daging lembap tu tapi tak pernah makan & tak pernah masak.Macam best jer
ReplyDeleteSedap smeua menu kak SA..
ReplyDeleteMeriah menunya!
ReplyDeleteMoga moga mco 3.0 ni membuahkan hasil kan kak SA.
Ayam bersara pun cun gak nama menu tu kak. hihi..seronok betul berbuka ramai ramai balik. Macam macam juadah ada. Mee goreng kayangan tu ada kerang dan daging. Sedap alahaiii :)
ReplyDeleteSedap semua menu. Rendang dendeng tu paling sukaa
ReplyDeletesedappnya ayam masak lemak cili api tapi saya suka ayam yg belum bersara
ReplyDelete